WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, June 18, 2011

MATI DILANGGAR VAN KETIKA IBU MELAYARI FACEBOOK


AURORA, Colo – Polis melaporkan bahawa seorang wanita di Denver yang kematian anak perempuannya akibat dilanggar sebuah van  didapati sedang memeriksa akaun Facebook. Sementara anak perempuannya dibiarkan  bermain di luar rumah. Wanita  berusia 30 tahun itu, Karen Pena kini menghadapi dakwaan mendera dan cuai dengan kanak-kanak sehingga  mengakibatkan kematian. Pena ditahan dengan ikat jamin AS$50,000 pada hari Jumaat. KMGH-TV melaporkan, Pena memberitahu polis  dia sedang memeriksa akaun Facebook pada 27 Mei. Ketika itu anak perempuannya yang berusia 22 bulan, Laniece Fletcher, sedang bermain dengan rakan-rakan di luar. Polis berkata bahawa kanak-kanak tersebut dilanggar oleh sebuah van yang  menghantar seseorang di kompleks pangsapuri tempat keluarga mangsa tinggal. Pemandu van tersebut memberitahu dia menjerit meminta bantuan apabila sedar sudah terlanggar kanak-kanak tersebut. Koroner Arapahoe County berkata tengkorak kanak-kanak tersebut hancur. SUMBER : MYNEWSHUB.
Selamat petang buat semua. Kejadian berlaku di luar negara, penangan FB kepada umat manusia. Meningkatkan lagi senarai KEBURUKAN laman sosial FACEBOOK dalam kehidupan seharian. Saya percaya dan tetap yakin betapa FB tetap memiliki banyak keburukan berbanding kebaikan. Walau saya juga memiliki akaun FB, namun saya kira penggunaannya tetap ada had. Jika waktu persekolahan, maka sehingga malam lah FB tidak dikemaskini. Mungkin telah banyak para blogger memberi pandangan mereka terhadap FB ini. Namun, pengguna FB saban hari dan setiap minit bertambah di seluruh dunia. Kewujudan kumpulan-kumpulan yang sangat pelik di FB seperti PERSATUAN GAY KEBANGSAAN, GROUP MEMBENCI FASHA SANDA dan banyak lagi amat menyesakkan jiwa. Hairan ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi orang pertama yang "LIKE" kumpulan-kumpulan seperti ini. 

Makanya, FB akan terus kekal menjadi agen untuk melalaikan umat manusia khusunya umat islam. Kalau tak percaya, nanti pada bulan Ramadhan, cuba perhatikan, akan ramai yang menghabiskan masa di depan komputer melayari internet khusunya FB sambil menunggu waktu berbuka. Ditambah lagi selepas waktu berbuka, ramai juga yang menjadi peneman setia FB sehingga lupa untuk mengejar pahala dan kelebihan yang disediakan dalam bulan Ramadhan. Mungkin pendapat saya agak menuduh dan tanpa diberikan fakta yang autoritatif, namun saya mengutarakan pendapat melalui pengalaman rakan-rakan. Pesan saya, berpada-pada lah dengan FB! Assalamulaikum!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

yatie Awang said...

kakak sendiri pun tak taksub sangatlah dengan FB ni...lihat kat wall entah apa2 tulis, nak pi toilet pun nak bagi tahu...hissss...

IMANSHAH said...

@yatie Awang

haha tu le, nak p toilet mujo tak cakap taik keras ke sejuk

cucu umie said...

hehe..ayie sellu on shje fb nie tpy nak update tu jrng..lgpon kawan xramai maner2.kawan yg ayie kenal jer ayie approve..yg xknal ignore jer..huhu

Afida Anuar said...

itu lah..

alhamdulillah..dah masuk bulan ke 4 saya tanpa facebook.. aman damai rasa..errr;)

IMANSHAH said...

@cucu umie

abg memang ramai kawan kat FB sebab ramai anak murid..tambah kawan sekolah n kawan mengajar n kawan kat U

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

wah !! bleh bagi petua??

iKhRam said...

walaupun byk keburukan.. tetapi saya tetap menggunakan.. kerana adakala fb menjadi medan informasi di maktab.. semuanya disebarkan di fb.. mudah cepat dan berkesan

ღ♥ H A J I R A ♥ღ said...

sy dah lama xsuka fb.bosan

A'IM said...

kecian budak tu... tak pasal2 mati... harimau mati meninggalkan belang, sekrang budak mati meninggalkan nama facebook pula

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget