WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, June 12, 2011

MAYAT DIPENGGAL, DIERET TANPA KEPALA

PENAMPANG: Leher seorang mekanik ditetak bertalu-talu dengan parang sebelum dipotong hingga putus menggunakan pisau pemotong daging. Kepala itu kemudian dicelup ke dalam minyak hitam sebelum dimasukkan ke dalam guni oleh seorang pemandu jengkaut di sebuah bengkel kereta di Kampung Kandazon, Jalan Terawi, Putatan di sini, semalam.Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, tubuh Asri Patahuddin, 37, yang tidak berkepala diheret 10 meter dari tempat kejadian sebelum disembunyikan dalam van rosak di bengkel berkenaan.Sebelum kejadian, pemandu jengkaut berusia 30 tahun itu membersihkan halaman bengkel itu. Tiba-tiba dia yang membawa sebilah parang mendekati Asri yang ketika itu membaiki enjin sebuah kenderaan lalu menetak leher mangsa menyebabkannya rebah. Lelaki terbabit kemudian bertindak lebih ganas dengan menetak leher mangsa berulang kali. Dua rakan sekerja Asri yang melihat kejadian itu cuba menghalang tindakan ganas pemandu jengkaut itu, tetapi lelaki terbabit melibas parang beberapa kali ke arah mereka menyebabkan kedua-duanya melarikan diri. SUMBER : H.METRO


Rasanya rakyat negara kita ni makin lama makin hilang pertimbangan. Setiap hari kalau tidak ada berita tentang pembuangan bayi, pasti ada cerita pembunuhan. Mungkin bagi sesetengah orang perkara ini merupakan perkara biasa sahaja sebab tidak terjadi kepada keluarga sendiri. Namun, bagaimana dengan keluarga yang terlibat? Teringat sewaktu di Indonesia, setiap hari di dada akhbar terpampang berita tentang pembunuhan di sana - sini. Rasanya dah banyak langkah demi langkah yang telah diambil oleh semua pihak dalam menangani permasalahan ini. Nak kata polis tak buat kerja, tak adil lah. Kerajaan tak ambil peduli, rasanya keterlaluan. Habis di mana salah dan silapnya? Rakyat tak beri kerjasama? 

Tapi sekadar memberi pandangan. Rasanya banyak masalah yang timbul hari ini pertamanya kerana masyarakat tak kembali kepada Alquran dan hadith. Hukum Allah dibiar begitu sahaja tanpa diberi hak yang sepatutnya. Kata orang ambil sebahagian sahaja yang memihak kepada kita. Selain itu rasanya desakan hidup sekarang membuatkan manusia hilang pertimbangan. Permasalah kewangan sering menghimpit menyebabkan diri tersepit. Maka, banyak masalah yang timbul akibat dari keadaan ini. Kos kehidupan yang tinggi menyebabkan banyak kes jenayah berlaku.

Sekadar blog kecil ini, Hok Sengoti tak mampu mengubah apa-apa. Cukuplah Imanshah berpesan kepada sahabat handai dan teman-teman maya supaya kembali menginsafi diri dan hiduplah dalam kesederhanaan. Berpeganglah kepada Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya. Cintailah kedamaian, wujudkanlah mahabbah dan kasih sayang, moga-moga perjalanan hidup kita ini diredhai-Nya. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

cucu umie said...

wah, sadis nya apa yang berlaku kepada lelaki tersebut.. mati tanpa kepala.. herm, manusia2 maner pergi yer nilai2 yang telah ditnam dalam diri kamu..kenpa perlu berbuhuhan...

MerLe said...

astagfirullahalazim... mengucap byk kli ble bc..bila setan kuasai diri,gtu la jdinya..mula lupa diri..doa2 moga kita dijauhkan dr hal2 mcm ni..

delarocha said...

dirasuk setan agaknya...

NzA said...

Ya Allah, rasa dh xselamat lak kt Msia nie....dh mcm2 kes keganasan brlaku...

chekgu BaniHassim said...

ramai skg ni yg tingtong tekanan perasaan cemni...takut doe...

sarah-najwan said...

sadis sungguh perbuatan jenayah itu
semoga kita semua dilindungi Allah taala daripada segala malapetaka...

*abis doh ko menados tu..hehe

nyanyisunyi said...

MasyaAllah...sungguh kejam dan mengerikan...rasa-rasanya kalau dijalankan hukum hudud insyallah berkurang kes2 seperti ni kot..

a kl citizen said...

jangan ada penyokong kelantan hilang pertimbangan segitu rupa lah pulak... *melawak, jgn marah iman

Acik Erna said...

menakutkan..keganasan makin menjadi jadi..
semoga kita semua dilindungi dari marabahaya..

Kemalangan Jalan Raya said...

macam2 dia orang ni... gila!

zarazueyin said...

manusia semakin hari semakin kejam

Aimi dan Pakcik Hashim said...

itu mesti kes gaduh tu
kat sabah jangan cr gaduh, jiran2 pun

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

dh TERLAMPAU kes kat mesia ni patik tgk!!! depa ni cm berani gile...hukum TUHAN itu MAHA HEBAT !!!!

Afida Anuar said...

Allah... macam-macam...terfikir jugak mungkin ini salah satu bala dari TUhan buat kita...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget