WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, June 18, 2011

MISTERI WANITA CANTIK BAHAGIAN DUA

Lalu anak-anak yang daif itu mengangkatku, membawa ke anjung tamu. Dua orang warden dipanggil pada ketika itu. Kebetulan seorang dari security guard handal dalam mengubat penyakit misteri dan gangguan makhluk halus. Lalu beliau dipanggil.

"Nampaknya ada gangguan",, kata Pak Ali.

"Saya pun rasa begitu, bulu roma saya makin menegak ni Pak Ali, '' sampuk Cikgu Z.

"Saya cuba sedaya upaya untuk membantu mana yang termampu", sambung Pak Ali.

Tiba-tiba aku yang sedang pengsan, bangun dengan pantas dan menggeluarkan suara yang sangat nyaring.

"Pergi kau!! Jangan ganggu aku! Dengan tidak semena-mena aku pada waktu itu meronta-ronta dan bergelut dengan dua orang rakan guru yang lain.

"Cepat tangkap dia, pegang kuat-kuat!! Jangan biar terlepas!!" arah Pak Ali.

Lalu Pak Ali dengan menggunakan segala kemahiran dan ilmu yang dimiliki, cuba untuk menentang kuasa yang tiba-tiba masuk ke dalam badanku.

Allahhu Akbar!! Jerit Pak Ali dengan kuat sekali. Dengan sekali pukukulan di dahi, akhirnya aku pengsan.

Setengah jam kemudian, aku tersedar dari pengsan. Kelihatan wajah sangat pucat sekali akibat kehilangan tenaga yang begitu banyak. Alhamdulillah, akhirnya cikgu Z membawa aku pulang ke rumah. Sehingga pagi aku gagal melelapkan mata. Masih terbayang-bayang wajah wanita misteri yang menggamitku. Sesekali kedengaran di luar rumah seolah-olah ada seseorang sedang mengetuk cermin tingkap. Namun aku hanya membatukan diri dan membanyakkan membaca Al-Quran. Bulu roma terus tegak berdiri, ditambah lagi dengan sayup bunyi anjing menyalak. Akhirnya aku tertidur!!

Untuk mengikuti bahagian pertama, klik di SINI.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

ღ♥ H A J I R A ♥ღ said...

nasib baik takde letak gambar pocong...

IMANSHAH said...

@ღ♥ H A J I R A ♥ღ

takot ada yang tak tido malam

cucu umie said...

yes dah bis cerita hantu nie..boleh tahan..haha

senyumSOYA said...

adei!! x suka crita2 seram ni..adei~

IMANSHAH said...

@cucu umie

hurm, tak reti lah nak wat citer seram

h A n Y S said...

laju2 saya klik entri sambungan ni sbb nak habiskan bab! :D

DaHLia said...

hoho... kena masuk hantu..
mintak dijauhhkannn..

Roza Ami Nanomiya said...

hantu tu terpikat dengan ko kot

Andrik McVean said...

hi there i have just followed your blog and i hope you can follow me back..i like your blog...i will be waiting you in my blog..cheers

Afida Anuar said...

Larr..dah habis ke?

eh entah2,hantu tu dah terpikat kat shah dak? errr... klu jumpa dia lagi, cuba tanya dia pandai buat strawberry milkshake dak...hehehe...

gurau je shah..jangan marah noo;)

nurkass said...

histeria nih..
lambat lg ke nak abis..

NzA said...

misteri nusantara ni...kt hostel bnde2 camne mmg biasakan....

zarazueyin said...

ni pengalaman sebenar atau hanya rekaan semata-mata? hehe

IMANSHAH said...

@zarazueyin

sebenar..tahun 2004..ada lagi pengalaman lain

gadisBunga said...

ending cam tergantung lah!

Kakzakie said...

Kejadian ini selalu berlaku di asrama sekolah. Takut kan cikgu. Biasanya bila kena jadi kuat nak melawan org yg nak bagi dia sedar.

::FAIZ FARISH:: said...

aku suka cerita seram

Qamaruls said...

naseb baik kou tak jadi macam kisah doktor yg kuar paper tue

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget