WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, June 17, 2011

MISTERI WANITA CANTIK

Sekitar tahun 2004, sewaktu melihat dan menemankan para pelajar Band mengadakan latihan di astaka  di padang STAR, Ipoh. Tatkala jam menunjukkan jam 12.30 malam. Namun, anak-anak ini masih gigih meneruskan latihan mereka untuk menghadapi pertandingan yang akan dilangsungkan selepas itu.

Ketika sedang asyik memandang ke arah Rumah Kuning, tiba-tiba aku terpandang seorang wanita yang cantik sedang berdiri di antara pokok di hujung padang sana. Hati mula terdetik..siapakah wanita itu? Tiba-tiba wanita tersebut menggamitku, memanggilku untuk ke sana. Mulanya aku bertanya kepada salah seorang dari mereka, namun seorangpun tak dapat melihat wanita itu. Perasaan bercampur baur, badan menggigil begitu juga bulu roma mula menegak. Dengan semena-mena, mataku mula terbeliak dan menjerit dengan begitu kuat sekali.

Dengan pantas, kaki melompat dari astaka dan dengan sekuat tenaga aku berlari ke arah wanita yang menggamitku. Para pelajar yang terkejut juga turut melompat sama, cuba mengejarku dengan memanggil namaku. Namun, kudrat muda lebih pantas, aku berjaya ditangkap sebelum sampai kepada wanita itu.

Di tengah padang, diri meronta-ronta, minta dilepaskan. Ingin sekali bersatu dengan wanita cantik itu yang terus memanggilku. Terdengar hilai tawa yang kuat. Lalu aku pengsan. 

Bersambung!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

NuSaNa NoSa 91 said...

aaaaaaaaaa.. cikgu, habeslah keen xbleh tido mlm ni.. T_T

IMANSHAH said...

@NuSaNa NoSa 91

o mai god..pg tido..budak kecik kena tido..hehe

J.M.R said...

misteri sengoti

Alang Ridhwan said...

wohoooo!!! sepanjang 4 tahun duk kat blok Yellow, xde pun jumpa perempuan tuh!!

cucu umie said...

alamak abg iman kenapa xbis plak cerita nie..aduyai, baru nak rase suspen.. heheh

nur aisya humaira said...

Macam mimpi je cikgu iman..:)

Roza Ami Nanomiya said...

ko kena rasuk?

h A n Y S said...

alaaaa..cikguuuuu...awat x sambungg..dah excited dah ni..

hehe..


(sumpah tekejut scroll sampai bawah nampak 'awek cun' tu!)
;D

Afida Anuar said...

Allah...cerita seram pulok ko? berdiri bulu roma teman ni..heh~

nurkass said...

berderau darah tgk gambar tu..
dah tajuk wanita cantik apsal pulak di taruk gbr tu..adehhhhh...
sape nak teman gi toilet nih...ishhhhhh

lalink7 said...

xsukenyee cite bsmbungg..sentapp betul..hehehe

::FAIZ FARISH:: said...

sambong sambong

MerLe said...

aiiii~ berderau drh tgk gambo tu..huhu..
suspen tul kalu bersambung2 ni..

Kakzakie said...

Dah buat babak seram pulak dah cikgu ni. Suspen kakak nie. Macam kisah masa kakak sekolah dulu ramai yg kena hysteria hingga panggil bomoh. Tapi cikgu ni betul ke idak kena tunggulah...

makdara TERdiva said...

ini betul2 atau cobaan??? konpius mak!

Qamaruls said...

kalau sambungan die kou cakap
"tibe2 terjaga dari mimpi"

aku dtg ipoh aku tetak kou man. hahaha aku dah seram giler dah.

zarazueyin said...

nasib baik baca waktu siang
kalo baca waktu mlm, seram jgk ni
tmbh tgk gmbar tu...huhu

nabilah_2908 said...

la...dah best2 sambung lak...

ok..sambung la cepat... ;)

gadisBunga said...

cet! saya sorang2 kat ofis lah sekarang!!!

IMANSHAH said...

@h A n Y S

malam karang kita sambung ek

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget