WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, June 7, 2011

NASI LEMAK ROME! PERNAH MAKAN??

Bila tiba bulan enam ni teringat la satu kisah di Rome, Italy tahun lepas. Ditakdirkan Allah masa tu Imanshah memang nak makan nasi lemak. Memang teringin yang amat lah. Yalah asyik makan Pizza je manjang. Rombongan kami waktu tu memang bawa bersama beras, sambal ikan bilis, ayam yang semuanya dalam pack (ihsan dari tentera). Kira bagus juga ada dalam kalangan anak murid yang bapanya pegawai tinggi angkatan tentera. Boleh mohon sponsor rangsum (istilah bagi makanan tentera yang dipack) tentera. Namun persoalannya macam mana nak buat nasi lemak? Beras nya ada tapi nak cari santan macam mana?

Lalu Imanshah ke pasar raya berhampiran. Puas mencari santan serbuk ke, atau santan kotak. Terfikir juga kot nak gantikan santan dengan susu cair. Alamak pun tak ada. Lalu Imanshah terpandang kelapa yang sudah dikupas kulitnya dijual. Wah menarik! Lalu Imanshah beli sebiji. Bagaimana nak pecahkan dan nak dapatkan santan itu belakang cerita. Rupanya bila ditanya dengan pekerja pasar raya, orang rome hanya minum sahaja kelapa, maksudnya kelapa yang Imanshah beli tu memang untuk minum sahaja.

Tak pa, ada aku kisah? Hendak seribu daya, tak nak alasannya macam-macam. Lalau pulanglah Imanshah ke hotel. Imanshah cuba nak pinjam parang dari pihak hotel. Adoi, mana ada parang kat situ. Pening juga nak memikirkannya. Lalu, taraa!! ide sudah datang. Terkenang bagaimana masyarakat Hindu memecahkan kelapa sewaktu menyambuta Hari Thaipusam. Yeah!! Lalu aksi dan skill pecah kelapa diatas jalan raya dipraktikkan. Hehe pecah juga akhirnya ciptaan Allah tu.

Lalau Imanshah serahkan kepada rakan wanita untuk aksi selanjutnya iaitu memarut kelapa. Adei sekali lagi terhenti di situ. Mana nak mesennya cik abang. Dah ambil garfu ni, Tolong kokot dan kikis guna garfu. Maka terpaksalah kami geng lelaki menggunakan kudrat yang ada dengan bantuan garfu mengorek kelapa sehingga akhirnya berjaya juga menjadi seperti KELAPA PARUT. Sakit tangan nak habiskan sebiji kelapa.


Sekadar gambar hiasan.

Hasilnya, sungguh hebat. Nasi lemak di bumi Rome. Ada telur, ada ayam, ada bilis. cukup lengkap, cuma kacang dan timun sahaja tak dapat cari. Hehe. Kami selalu curi masak di dalam hotel sebenarnya. Mana taknya memang kebulur makanan Malaysia sepuluh hari di sana. Itulah kenangan paling best sepanjang berada di Rome. Betul tak? Tiada yang mustahil kalau kita berkehendakkan sesuatu. Ok babai!

 Rome, Italy

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

Kalamhati said...

pengalaman mahal tuh..=)

kakcik said...

Kenangan yang pasti tak akan terlupakan tu. :)

gadisBunga said...

di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

tapi tang gigih nak 'memarut' kelapa tu...hahaha! apasal tak ganti pakai fresh cream ja bang oiiii~

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

mmg gile gigih ok...

Mohamad said...

Imanshah..
Itulah yang dikatakan, jika mahu seribu daya, kalau tidak mahu seribu alasan.. Begitu juga kita sebagai guru kan, kalau kita tak berusaha untuk memajukan anak2 murid kita siapa lagi..

Sedih dengan sikap sesetengah guru yang tiada usaha untuk majukan diri dan mengharap murid pandai tanpa usaha lebih..

Azzam Yani said...

LOL =)

siti murni said...

hehe...gitu ler adatnya kalau kat oversea...3hari..5 hari..seminggu...apatah lagi lebih dari tu..memang kempunan bila tekak kita masih kat malaysia...punya bersusah payah baru dapat makan nasi lemak kan...haih...sabo aje lah..!

Dosh Saleem said...

perghh..sronok ang jalan2 kat rome sambil makan nasik lemak.huhu

Aimi dan Pakcik Hashim said...

itu br 10 hari
kalau setahun rasanya mengidam kaw2 makanan malaysia yer dak

nurkass said...

kes kenangan mengusik jiwalah ni..

hafiz said...

sedap2....haha tertiba lapo haah

iKhRam said...

merasa jugakkan nasi lemak tu.. hahaha.. nak seribu daya kan??

Afida Anuar said...

10 hari je pakcik..kitaorang 4 bulan kat India tak jumpa nasi lemak. Memang mengidam yang amat. Hari tu request kat chef situ, suh buat nasi lemak. kasi resipi kat diaorang tuk buat nasi lemak. Ada ke dia pi tabur kelapa atas nasi ... sape entah yang kasi resipi lagu tu..layan je la.. tp ada rasa lemak2 gak..heh!

maCy said...

wawa. ade jugak ea ;D

Solihin Zubir said...

hahahhaa.. hebat!
hendak 1000 daya, x hendak 1000 dalih.. kan..

bleh dijadikan motivasi gak ni..
kalau nk kan sesuatu, mesti ada cara.. yg pnting kna ikhtiar dan usaha..

kalau x dipecahkan kelapa, manakan dpt santannya.. wahaha.. peribahasa baru.. heheh..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget