WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, June 17, 2011

NASI SEMPURNA BERLAUK UNTUK SI ANAK

Duhai anak
Jaga dan bela lah kedua ibu bapamu 
selagi ada hayat mereka 
Sentiasa dikau anak hormati mereka 
Jangan sesekali dikau memaki, memarahi 
atau menghambur perkataan kasar kepada keduanya 
Bersabarlah dengan ibumu yang melahirkanmu
Bersabarlah kepada ayah yang membesarkanmu 
apabila mereka memanggil  namamu
Segeralah kau datangi mereka 
Jika ibu lambat,  bersabar
Ibu marahpun bersabarlah. 
Jika ibu seolah-olah  sayang anak yg lain 
layaknya pun bersabar
Anggaplah  ibu dan ayahmu insan paling sempurana  
dalam setiap kekurangannya.
Usah tega berbuat maksiat yang berterusan 
kerana ibu dan ayah  di kubur tersiksa. 
Silaturrahim antara adik beradik jagalah 
agar dapat memberi kegembiraan kepada mereka.

"Nasi kerak berkuah untuk hidangan sendiri, nasi sempurna berlauk untuk si anak....demikian secebis kasih ibu yg tersembunyi......"

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15). 
“Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24). 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

waN Mohd Salim said...

lapar pakcik .. nak makan la

IMANSHAH said...

@waN Mohd Salim

makan le, nak nasi hangit tak??

Norsha said...

sedih baca n3 ni....

::FAIZ FARISH:: said...

pic tu touching

Miecyber said...

Kasih ibu tiada bandingnyer...

Fasa Gerhana Bulan

gadisBunga said...

mak mungkin penah makan nasi air je semata-mata nak bagi anaknya makan nasi sampai kenyang... :(

IMANSHAH said...

@Norsha

Jangan sedih2

IMANSHAH said...

@gadisBunga

setuju dengan GB

Mohamad said...

Sangat sedih bila terdengar ada bapak yang makan anak sendiri, sedangkan mereka adalah insan yang paling mulia di sisi anak-anak...

IMANSHAH said...

@Mohamad

itulah haruan makan anak, harapkan pagar, pagar makan padi

NzA said...

setelah brgelar ibu, baru memahami betapa kasih seorg ibu pada anak2 tiada galang gantinya....

cucu umie said...

ayie kdng2 teringt kalo time makan kt ostel..ayie makan sedap2.. umi and family kt umah mcm maner plak.. yg pntg sentiasa ingt mereka wlopon berjauhan

Kalamhati said...

rindu ko cik ambo..huhu

Afida Anuar said...

mak ..sanggup berkorban tuk anak2.. Ada 9 orang anak...sembilan2 beliau sanggup berkorban... tapi 9 orang anak...belum tentu mahu berkorban utk seorang mak...Allahualam...

shah..hmmm..nice sharing;)

siti murni said...

tersentuh hati baca entry ni..
:(

thanx imanshah..kongsi entry ni..

aQimie Ceplos said...

i <3 my umi ^^.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget