WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, June 6, 2011

MAK NYAH KOT!

Cuak, bukan CUKA. Memang cuak, kalau ditoreh dengan pisau pun mungkin tak berdarah. Sewaktu hendak turun dari kereta Imanshah perasan dompet Imanshah tak ada di tempat asalnya. Puas mencari namun tidak berjumpa. Almaklumlah malam. Terus perasaan gelabah menerpa. Teringat semalam baru sahaja mengeluarkan beberapa keping not lima puluh ringgit. Kad kredit, kad bank, kad pengenalan, lesen memandu dan bermacam jenis kad lagi lah. Yang penting kad tesco tu, nak kumpul mata. Hahaha.  Aduss!! Puas mencari, akhirnya tiba-tiba Imanshah perasan yang dompetnya terselindung di bawah timbunan buku. Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Bukan apa, hari ini Imanshah berkunjung ke bandar Grik, kira-kira dua jam perjalanan dari Ipoh. Bimbang jatuh di sana. kan naya lah kalau jatuh di sana, kira-kiranya Sodakollah je lah.

Apapun bila bercakap pasal dompet, Imanshah nak tunjuk dompet Imanshah, jangan terkejut beruk mahupun badak. Sedikit menyerupai dompet wanita.


Panjang kan? Sila abaikan gambar pasport tersebut. Gambar pemain hoki, yang lebih sewaktu nak mengisi borang penyertaan tempoh hari. Ada orang cakap ni dompet perempuan. Pernah anak murid Imanshah tegur (tingkatan 2). Ni cikgu ambil dompet mak cikgu ke? Ado ke gitu?ko ingat cikgu kau ni tak mampu sampai nak guno dompet omak den?  Kau mampu beli? Haha. Nilah trend terkini, memang direka khas untuk lelaki, diperbuat dari kulit ni. Sebenarnya Imansah baru lima bulan mencuba menggunakan dompet jenis ini. Ada pro kontranya. Pronya dapatlah Imanshah menunjuk sikit dengan kad yang bermacam-macam tukan. Taklah, senang sikit, nampak dan tak bertindih-tindih berbanding menggunakan dompet biasa. Kadang-kadang boleh patah kad kerana sering berada di dalam poket belakang. Namun yang kontranya, ianya panjang dan susah nak masukkan dalam poket. Selalunya Imanshah akan masukkan dalam pouch bag terlebih dahulu dan mengikatnya di pinggang.

Satu lagi yang tak eloknya apabila juruwang (cashier) selalu pandang pelik je bila Imanshah keluarkan dompet ini. Dalam hati gamaknya depa cakap "MAK  NYAH KOT". Aww!!! Tak rela mak..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

h A n Y S said...

sy tak pernah lg jumpa lelaki pakai wallet panjang ni, 1st time ni! bertuah cikgu! haha~
btw, cite pasal wallet ilang, purse saudara sy baru ilang semalam balik dari Janda Baik, dalam tu ada RM700!!! dengan IC, kad bank, kad2 lain.. kesian sangat kat dia, tapi apa boleh buat.. dah bukan rezeki dia.. habis murung dia semalam..

cucu umie said...

ayie xpernah lg pakai bju tu cuma pkay yg trens sekrng iaitu dompet yg berzip..nampak tebal sikit..lalal

Tirana said...

hehehe....macam purse kak tirana aje. Syukur 'purse' tu tak hilang ye. Kalau hilang, tentu susah sbb banyak sangat kad nampaknya.. :)

eddy syrol said...

my friend yg jenis metroseksual mmg pakai dompet mcm ni... bukan takat dompet malah beg beso mengalahkan beg wanita pun adoo...hehehehe..tp sy pakai yg biasa je... tak reti pakai dompet panjang cenggini

kakcik said...

Kakcik suka guna dompet kecil - senang n ak masuk dalam poket. tapi, kadang2 terpaksa juga guna dompet panjang tu - nak isi macam2! :)

a kl citizen said...

akak ni pun tak guna dompet panjang gitu dek....

Kakzakie said...

Jangan marahlah cikgu, memang macam dompet perempuan, hehehe.... Kakak guna jenis panjang juga...

nurkass said...

aha..
member pun ada guna dompet camtu..
ok jek..masing2 punya citarasakan..

Suhami Ahmad said...

hey...kalah purse mak!

Cik SHiNJU said...

erk..mcm sama jek dompet kita...
kamu 'bin' ke 'binti'?




hahaha...saje cari pasal pepagi senin ni.... :P

gadisBunga said...

saya punya wallet panjang sebab segala benda nak taruk dalam tu. hatta handphone sekali pun.

tapi kad bank selalu rosaklah. heheh~

psstt..pegi kenduri fedtri sabtu ni?

::FAIZ FARISH:: said...

kwn aku pakai wallet panjang mcm ni....

Afida Anuar said...

eh dompet kita pun panjang jugak shah.. he he...

ps: terselindung di belakang gambar pemain hoki tu, ada gambar awek dak? errr..jangan marah eh shah, gurau je..;)

Encik Suami said...

Wah..sentap mak nyah tgk dompet uols nie. kalah dompet ai tau. hahaha.

ekseli..penah tgk wallet nie. teringin jugak nak pakai.tapi..nak letak kat poket suar belakang, terjulur la lak..senang org nak seluk nanti.

tgh berkire2 nak tukar wallet nie. klu tak keberatan..berapa riban harga wallet panjang nie ye?

adrenalina said...

uish nasib baik jumpa...jangan risau..lelaki pakai wallet panjang skarang ni mmg dah trend...mungkin cashier tu tengok sbb tuan dompet tu hensem kot...hahaha

Aimi dan Pakcik Hashim said...

kalau tiba2 kita perasan dompet hilang mcm mau tercabut jantung kan. haha


aku pernah nak cuba dompet mcm tu... tp sogan nyah

noramsein said...

haha... sama la dompet kita... hahaha... bkn apa... guna dompet ni duit kertas elok je terletak.. x terlipat2... hehehe... betul2.. ada jgak anak murid yg tanya... so jwb dgn macho nye... INI DOMPET LELAKI LA... haha... nice blog... visit mine ye =)

MawardiYunus said...

saya pon guna wallet cmnie gak.. haah mmg dh jd trend lelaki skang

CEO Siber said...

...


Anak Muda Johor Terguris - Inilah UMNO... Jahat dan tiada hati perut langsung!!... Kesian Betul!!
( Lihat Bukti Di Youtube )

https://www.youtube.com/watch?v=5WEaBZcx-WE

https://www.youtube.com/watch?v=vw2B1XMax04

https://www.youtube.com/watch?v=0tRzqwkqrC0

https://www.youtube.com/watch?v=0NuxFlS80bg

https://www.youtube.com/watch?v=SviwJnhNA-Q

https://www.youtube.com/watch?v=RowxovebgI4


Sabar ye Anak2 Muda Johor... Kalian perlu tabah..




Sumber Berita

>> Klik Di Sini <<


MAKIN PARAH - UTUSAN MALAYSIA Kata Pemuda UMNO 'TERLAJAK BODOH'

MAKIN PARAH - UTUSAN MALAYSIA Kata Pemuda UMNO 'TERLAJAK BODOH'

MAKIN PARAH - UTUSAN MALAYSIA Kata Pemuda UMNO 'TERLAJAK BODOH'




Perjuangan Puteri UMNO BUSUK HINGGA KE USUS - DR.M

Perjuangan Puteri UMNO BUSUK HINGGA KE USUS - DR.M

Perjuangan Puteri UMNO BUSUK HINGGA KE USUS - DR.M

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget