WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, June 10, 2011

PEKIDA MAHU SAMAN PENERBIT KL GENGSTER

PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka. Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia. "Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida."Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," - sumber mStar Online
Salam semua, masih di Indonesia. Terkejut juga den dengor cerito ni dari bumi Minang Indonesia sesekali melayari internet. Tapi sebenarnya teman rasalah dengan adanya isu ni rasanya filem ini akan lebih meletop kerana orang ramai akan berpusu-pusu menontonnya untuk melihat sendiri apa yang diperkatakan itu. Teman rasalah aja. Teman bukan pengkritik mahupun pengulas filem, jauh lagi menteri yang berkaitan dengan industri perfilemen untuk mengulas isu ini. Sebab jarang bebenor ke panggung wayang untuk menonton filem. Entah-entah teman pun tak pernah tengok pun rantai PEKIDA tu ghope mana. Banyak benar isunya yang diperbesarkan. Tengok le nanti sapa yang menang kan. Ok babai, nak jejalan untuk malam terakhir di Bukit Tinggi. Seronok juga saman-menyaman ni dapat duit percuma.Ok babai!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

Dosh Saleem said...

Orang ramai salah faham, Mengutuk pekida tidak bermakna mengutuk Melayu dan memalukan melayu.haha

kakcik said...

Macam2 cara untuk popular.

Hans said...

ku rasa Pekida nih jer terasa lebih
sebenarnya orang xamik kisah pun benda2 dalam tu iaitu kod2 rahsia yang Pekida cakap tu
tapi sebab kes nih la buat orang yang tak tahu seperti aku nih pun boleh tahu
entah
xfaham aku
apa2pun enjoy kut tgok filem nih

Review Filem KL Gangster

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

rs nye sebelum tayang pd umum mesti akan ade preview kan..nape time tu x nmpk????then now dh release bru pung pang salah itu ini segala...

a kl citizen said...

tukar je lah kod rahsia tu. :)

iKhRam said...

jgnla saman2.. tp kalau diorang main2 saman.. agak2 sapa yg menang kat mahkamah nnt.. jeng3x

conangirlz said...

dpt duit percume ke klo saman2 nie??bukn kuar duit lag ke?erkk..

SYAF said...

:fuhhhhhh saman meyaman je kerjannya tak ada keja alain kot...


P/S : bukit tinggi kenangan terindah kat JAM GADANG

Afida Anuar said...

teman pun rasa macam tu...propaganda tuk melariskan filem..cheewah..

Alang Ridhwan said...

"lu abang long ka, lu ayahanda ka, ini tempat gua pegang"...

Mutiara Bernilai said...

wahh,,

mcm strategi n pr0pa untuk |ariskan fi|em p|ak kan

hu, se|amat m|anc0ng ya!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget