WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, June 16, 2011

PENSIL

Pada zaman dulu, pensil dibuat secara manual dan tidak menggunakan mesin-mesin canggih seperti sekarang. Untuk membuat sebatang  pensil, seorang tukang pensil memilih kayu kecil yang benar-benar lurus dengan ukuran yang sesuai. Sesudah itu ia akan membelah kayu menjadi dua tepat di tengah. Di tengah-tengah belahan kayu tersebut dipasang  grafit. Sepasang kayu tersebut kemudian dibubuh gam dan ditutupkan kembali.

Proses itu pulalah yang dilakukan oleh Charles. Charles adalah seorang tukang pensil yang cukup terkenal. Memang, tidak banyak orang yang boleh membaca dan menulis waktu itu. Hanya orang-orang tertentu saja yang memerlukan jasa Charles. Biasanya kaum bangsawan mahupun keluarga kerajaan.

Tetapi ada yang unik dari Charles. Setelah selesai membuat  pensil dan sebelum dimasukkan ke kotaknya, Charles selalu berkata-kata dulu pada pensil buatannya. Begini katanya:

“Ada lima hal yang wajib kamu ketahui untuk menjadi pensil yang sempurna.” 

“Pertama, ingatlah bahawa kalian hanya boleh menghasilkan tulisan yang indah jika ada  tangan yang membantu  menulis.

Kedua, setiap kali kalian nak digunakan , kalian akan  diraut.  Ini adalah proses yang sangat menyakitkan. Tapi hanya itulah satu-satunya cara agar kalian bisa selalu tajam, sempurna, dan boleh digunakan.

Ketiga, jangan takut untuk berbuat salah kerana kalian boleh memperbaikinya sekalipun tidak boleh menghapusnya.

Keempat, bagian terpenting pensil terletak di dalam diri kalian, yaitu batangan grafit untuk menulis.

Kelima, mungkin kalian tidak digunakan untuk menulis di atas kertas sahaja, adakalanya di tembok, di kanvas, atau di tempat-tempat lain yang tidak seharusnya. Tetapi, tetaplah setia untuk menggoreskan grafitmu. Karena tugasmu hanyalah menulis, tidak peduli dimanapun kamu akan ditugaskan.”



Sahabat, jika cerita di atas direnungkan, apa yang dikatakan Charles kepada pensil buatannya sangat tepat dengan apa yang terjadi pada manusia:

Pertama, manusia akan hanya boleh menghasilkan karya yang indah jika manusia tersebut membiarkan tangan anugerah Allah yang mengendalikannya.

Kedua, manusia akan selalu bertemu dengan berbagai masalah. Tetapi harus diakui bahawa masalah-masalah tersebut membuat manusia semakin kuat.

Ketiga, setiap manusia boleh berbuat salah, tetapi setiap manusia juga harus memperbaiki kesalahan sekalipun tidak mampu untuk menghapusnya.

Keempat, keindahan manusia  terletak pada bagian dalamnya, bukan pada sisi luarnya.

Kelima, adakalanya manusia merasa berada di tempat-tempat yang tidak seharusnya. Tetapi manusia harus tetap setia dengan peranan dan tugasnya di tempat-tempat tersebut, mungkin Sang Pencipta memiliki rencana tersendiri kenapa manusia dibiarkan berada di tempat-tempat yang tidak seharusnya.

[CeritaInspirasi.net]



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

22 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

wowww.... impressive...

;)

Citarasa Rinduan said...

cikgu..
entry nie buatkan ayu terfikir..

tanpa pensil ciptaan carles...
sure kita pakai bulu ayam...
em....

NaeBlog said...

Juadah pagi yang baik untuk disantapi...
Cg.Iman, nanti kita buat karangan "saya sebatang pensil pula"

iKhRam said...

abg IMANSHAH
saya sentiasa teringatkan pesanan mak saya..

bawak diri elok2.. agar campak ke ke laut menajdi pulau..

dan 5 perkara yg Charles ckpkan ni ada beanrnya.. dan menjadi motivasii kepada saya.. saya akan ingat cerita ini..

cucu umie said...

ayie xpernha lagi cerita charles ni..first time dengar..bnyk yg ayie boleh ambil sbgai teldn..

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

penuh bermakna, tq

Wassalam

Kakzakie said...

Qalam - pen - pensil sama saja. Nasib baik ada pensil ye cikgu...

Cantik gate!!

gadisBunga said...

gate tu betul2 ada ke?

IMANSHAH said...

@iKhRam

baguslah, mesti selalu dengar apa mak cakap..syurga kita di telapak kakinya

IMANSHAH said...

@gadisBunga

ada2.dalam ilusi..wakaka

luahfikiran said...

SALAM,
CAKAP FASAL PENSIL, TERINGAT MASA SEKOLAH DULU2, 3 BENDA NI MESTI ADA ! PENSIL, PENGASAH PENSIL DAN PEMADAM !

sarah-najwan said...

n3 ni amat sesuai utk kerjaya kita..

tapi akak da lama xguna kalam@ pensel..hehe

::FAIZ FARISH:: said...

nice i like

NzA said...

nasib baik charles trfikir nk cipta pensel..agaknya kalu xde pensel nk tulis guna apa ye..?????

siti murni said...

baca entry & tengok gambar tu buat saya teringat seorang kawan masa sekolah dulu....suka sangat simpan macam-macam jenis pensel, semuanya dijaga elok...kagum!

nur aisya humaira said...

Assalam cikgu..:)

kata2 ni bt sye terfikir,knape kte sering lalai tujuan hidup kite...:)

asraf osman said...

ske baca entries kt sini..maksud mendalam tuh!(^_^)

syanabel said...

sangat betol, ada maksud tersirat yang baik untuk direnung2kan

nyanyisunyi said...

Sungguh indah perbandingan dan persamaan yang dibuat antara pencil dn diri seorg insan..

Suhami Ahmad said...

sweet entry....betul, dalaman itu lebih penting dan utama... =)

ikan emas said...

seronok baca entri ni..

tq

andai ku sebatang pensil
maka
bersedialah untuk menulis apa sahaja
bersedialah untuk diraut !!

adrenalina said...

=) tak sangka cerita ttg pensil ini boleh jadi motivasi

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget