WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, June 14, 2011

RAYUAN KE IPTA SESSI 2011/2012 BOLEH DISEMAK TENGAH HARI ESOK


KLIK GAMBAR UNTUK TERUS KE LAMAN WEB RASMI
KUALA LUMPUR – Keputusan rayuan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan yang setaraf untuk sesi akademik 2011/2012 boleh disemak mulai tengah hari esok.
Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan di sini hari Isnin, berkata pemohon boleh berbuat demikian menerusi laman webnya di http://upu.mohe.gov.my/ atau pada laman web universiti yang dipohon.
Keputusan rayuan adalah muktamad dan rayuan calon dianggap gagal jika mereka tidak menerima sebarang tawaran rasmi sehingga 3 Julai ini, kata kenyataan itu.
Kementerian itu juga tidak melantik ejen atau wakil dalam pemilihan kes rayuan tersebut.
“Semua pengurusan berpusat adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dengan mengguna pakai dasar, kriteria pemilihan prosedur serta prosedur yang ditetapkan kementerian,” kata kenyataan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan, pemohon diminta hubungi talian 03-88835858 dan 03-88835848.Calon juga boleh menyemak keputusan rayuan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No.KP) dan hantar ke 15888. – BERNAMA


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

senyumSOYA said...

dah semak.. tapi xda dalam data..huk3~

Suhami Ahmad said...

gud luck pada sapa yang memohon

NICK IRFAN said...

semoga berjaya buat yg terpilih

cucu umie said...

yeah..member ayie tak thu ah dah semak blom..hoho sebb diorng STPM and then ad yg keliru nak pergi USM @lain sebb USM dia dpt kesasteraan

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget