WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, June 22, 2011

SATU SOALAN BUAT HAWA, SATU JAWAPAN DARI ADAM

Artikel ini bukan penulisan saya. Dikongsikan dari laman FB seorang sahabat.SUMBER : SEMERDU KALAM SEINDAH ISLAM

Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?

Baca ni ;

Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~

"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

28 GENTA RASA:

Gen2Merah said...

iya saya setuju sangat tu cikgu... macam2 sekarang fesyen wanita bertudung skrg... kadang2 pakai bukan kerana ikhlas atas tuntuan agama, tetapi lebih untuk menarik perhatian. kita kaum lelaki selalu terjerat dengan isu ini.. ekekeke...

IMANSHAH said...

@Gen2Merah

wah sampai trejerat ye..hish

alif haris said...

tu la ..
mcm2 fesyen sampai semua nk terjojol kelua .. hish !

CikFF said...

isk2.. bahana fesyen.. muge2 ff xde la pai cmtu.. amin~

yatie Awang said...

anak muda sekarang betul2 mengikut fesyenkan, tak tahu dimana keselesaan dengan berpakaian begitu, kita yg tengok rasa rimas pulak

NURUL NADIAH MAMAT said...

Nauzubillah.....terima kasih atas ingatan...

iKhRam said...

gambar tu mcm tepat utk menggambarkan isi-isi penting entry.. !!

Qamaruls said...

man. aku selalu pakai seluar 3 suku takpe kan??

conangirlz said...

dislike gmbr last! huhuhu

nur aisya humaira said...

Assalam cikgu..:)

betul laa, utk ape dieorg pakai macam tu..Dulu, aisya slalu je bce kt blog2 cite pasal pompuan pakai bju tpi macam telanjang...

alih2, aritu tertgk photo membe sendri kt fb..MasyaALLAH, tak sangka pakai tudung, da lawa tpi pakai legging...Tak thu nak ckp ape...ade laki, tpi biarkn bini macam tu... hoho

Abd Razak said...

aSSalamualaikum..

Jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu.

Peliharalah keduanya dengan baik agar tidak terjerumus dalam kancah maksiat.

Afida Anuar said...

malu kadang-kadang tengok kaum sendiri...errr

IMANSHAH said...

@Qamaruls

make sure tutup aaurat

IMANSHAH said...

@nur aisya humaira
dayus tu kalau suami tak berani tegur isteri

adrenalina said...

Mari kita doakan semoga kaum2 hawa yang sebegini sedar dan terbuka hati untuk bertaubat dan berubah...AMIN

gadisBunga said...

saya gemor pakai baju kurung sekarang.

tapi pendapat saya:

ada cara untuk incorporate menutup aurat dengan sempurna sambil berfesyen. jgn sempitkan fikiran bahawa fashion harus sesuatu yg mendedahkan, yg ketat, yg mengikut bentuk badan atau yg keterlaluan.

moderation is the key.

my 2 cents. :)

a kl citizen said...

masa muda... sering terikut2.
bila dah tua, tak nak ketinggalan...

tu lah, namanya manusia. tak mengata orang, ngata diri sendiri :(

fikri FAUZI said...

baik bogel je kaalau cenggitu

Dim Benihana said...

bagus la sharing ni...

Kakzakie said...

Wahai teman kakak yg "Hawa" sahutlah cabaran "Adam" ini. Mengapa masih lalai. Ayuh kuatkan iman kita demi kebaikan bersama.

Bagus N3 ini cikgu...

Heidi Shafiq said...

peh betis..

NuSaNa NoSa 91 said...

bagus entry.. patutu dibaca oleh semua org.. semoga kita meletakkan agama di dpn dlm smeua keadaan.. huhuu~ =.=

shetaq said...

SEmoga Allah memberikan hidayah kepada mereka2 di luar sana. amin~

HAFIZAL said...

tq perkongsian ini

Shahputra said...

dunia didahulukan, akhirat dibelakangkan..itulah pegangan hidup HAMBA fesyen masa kini..berpakaian tetapi telanjang..kasihan..

'Setiap keindahan yang tampak oleh mata itu adalah kehinaan dunia. Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.'

Hijab: Penjara Wanita Muslim?

Aurat: Maruah Seorang Insan

WhoAmie ItisMei said...

baca lagi berkaitan:
http://whoamieitismei.blogspot.com/2011/10/tudung.html;
http://whoamieitismei.blogspot.com/2011/09/menutup-tubuh-bukannya-menutup-aurat.html

Arif Sam said...

Assalamu'alaikum....
Memang benar kalau dijaman sekarang sudah banyak wanita yang melupakan kodrat sehingga merekapun melupakan auratnya....
salam.....

Penjejak Cakerawala said...

Alasan diorang, diorang pakai macam tu sebab LELAKI SUKA. Nampak sangat buat TAK IKHLAS sebab mencari REDHA MANUSIA bukan REDHA ALLAH.

Lelaki yang baik akan tetap memilih perempuan yang BAIK & tidak melihat kepada paras rupa semata-mata...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget