WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, June 21, 2011

SEKOLAH SAMPAI KE MALAM

Maaf hari ni Imanshah tak sempat untuk menulis entri baru, sehinggalah baru memiliki kesempatan pada malam ini. Seperti biasa apabila tiba hari persekolahan, kerja bertimbun, tugasan juga berlambak. Dari pagi sehingga malam, jadual kami guru-guru terutamanya Imanshah agak padat.

Pagi tadi berlangsung perlawanan bahas persahaabatan antara pasukan Imanshah dengan pasukan SMK Seri Serdang, Selangor yang akan mewakili negeri Selangor ke Pertandingan Bahas Piala Dato' Syukur (PDS) di Perlis. Orang dah datang jauh-jauh kena lah entertaint dengan baik. Perlawanan dilangsungkan sebanyak dua kali.


Pada sebelah petangnya pula, di Sekolah Bintang, telah diadakan Mesyuarat Post Mortem HKSBP ke -38 lalu di TKC, Seremban. Sekolah Bintang dipilih sebagai tempat bermesyuarat kerana bakal menganjurkan HKSBP ke-39 untuk tahun 2012  nanti. Alkisahnya maka ramailah para pengetua, PK koko SBP, serta pegawai-pegawai dari BPSBPSK yang hadir. Mesyuarat hanya berakhir hampir jam enam petang setelah dimulakan pada jam 2.30 petang. Mangkor orang Perak cakap.

Mesyuarat dijalankan.

Aktiviti malam pula diteruskan dengan satu program bersama pengarah SBP yang baru, Tuan Haji Rosland Hussein. Semua guru wajib hadir, maka kami yang menurut perintah kenalah hadir. Majlis bermula sekitar jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 10.00 malam. Pening, penat dan berpinar mata menghabiskan jadual yang ketat hari ini. Terfikir juga, bari sedikit, kalau nak dibandingkan dengan Perdana Menteri ke, Presiden Amerika kan. Ayoo, sebab tu memang ditakdirkan tak jadi Perdana Menteri. Ok, jumpa lagi, maaf tak dapat membalas kunjungan kawan-kawan hari ini. Assalamualaikum.


Tuan Pengarah.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

31 GENTA RASA:

Acik said...

Uihhh ... seronok tengok pelajar berbakat nih! Tingat zaman bebudak dulu2 ... cuma masa tu Acik ni berbakat jadi penonton jer ... Hehehe

ღ♥ H A J I R A ♥ღ said...

bestnya jadi cikgu.bimbing pelajar..salah satu cita2 masa kecik. Habis spm tak dapat maktab pulak..

Gen2Merah said...

jadi cigu memang mencabar tapi seronok kalau dikerjakan dengan ikhlas... salam kunjung mengunjung(",)

NuSaNa NoSa 91 said...

emmm.. susah gak jd cikgu.. tu belum lg part nk kena wat laporan pembljrn la, tanda buku, tanda kertas.. ngeee~ tu pasal keen tamau jd cikgu.. serik tengok ibu keen sibuk.. heeee~ ^_^

ibuintan said...

masa sibuknya tiba

yatie Awang said...

wahhh...sekolah sampai malam ek...tak pe lah, dah lama kan cuti hari tu....

cucu umie said...

biaselah abg iman...ayie pon tak thu lg mcm maner jadi cikgu kelak..incya-Allah dpt membhagikan mase dengan baik..

entry ayie tadi sama tahap itu adlh title guru bukan penglman..

Eazy Izzuddin said...

sibuk betul sekolah sekarang..
xD

Andrik McVean said...

i hate classes!!!! i like to do it by myself and meet up the teacher face to face,,rather than going to the school every day...

Aman Ibrahim said...

memang cikgu yg productive, berkat setiap nilai ganji nanti. Amin~

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

mangkor sekarang
Insyaallah
lemak berkerim diakhirat nanti...

Wassalam

zarazueyin said...

kawe pehe...cikgu meme sebok sokmo...hehe

Kalamhati said...

sibuk nyo la cikgu kito soghe ni..
ambo tabik la nga demo..byk bakti utk skolah

ecah mashuri said...

huuuuu...rehat cikgu deh.:)

iKhRam said...

sibuk je memanjang cikgu kita ni kan? apa boleh buat kan.. ??

Afida Anuar said...

Waalaikumusalam...

pernah balik pukul 4/5 pagi dak sebab kerja? he he...

kalah PM!

NzA said...

cikgu kerja xtentu masa.....

::FAIZ FARISH:: said...

rindu ngan sekolah... dah lama tinggalkan... huhu

gadisBunga said...

tak lama lagi jadi pengarah le tu!

Acik Erna said...

rajin cik gu..

makdara TERdiva said...

hoihh! bz sungguh jd cikgu ni eh

waN Mohd Salim said...

rajin nyo cikgu kawe ni

Far8 budak baik said...

teringat pulak sekolah dulu..
pernah gak berdebat..
rasa macam nak cepuk je lawan kita tuuu..grrrrrrr..=)))

nurkass said...

amboi busy betul..
keje2 juga, kesihatan tu jaga sama dik oi..

Suhami Ahmad said...

aiyoooo bizinya...

nur aisya humaira said...

Assalam cikgu iman..:)

waaa,padatnye laa jadual...

FasiHaH SupiaN said...

saya rindu masa dahulu. dulu saya juga aktif dgn perbahasan, sekarang hanya kenangan...

Cik SHiNJU said...

Wah..bz tahap gaban neh.. :)

AkuMuzikFilem said...

salam. aik, takkan la cikgu pun boleh salah eja entertain sebagai entertaint?

NaeBlog said...

Salam,
Minggu ni memang agak sibuk... Cg. Iman Mangkor tu apa ya?

aida4eva said...

lamanya tak join bahas..

rindu gilaaaaa~

http://aida4eva.blogspot.com

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget