WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, June 19, 2011

SEKOLAH SEJENIS

Assalamualaikum WBT dan selamat menunaikan solat maghrib buat semua.

Dah lama rasanya saya tidak menulis tentang aktiviti persekolahan serta dunia cikgu saya. Saya teringat satu komen di twitter oleh rakan blogger kepada saya :
Tak best lah ye kau punya life. Mengajar di sekolah lelaki semuanya!!
Sebelum saya mengulas mengenai komen ini ada baiknya saya menceritakan sedikit latar belakang dan pengalaman saya sebagai guru. Untuk sepanjag tempoh hampir sembulan tahun bergelar guru (melapor diri pada tahun 2003) saya hanya mengajar di satu sekolah sahaja iaitu Sekolah Bintang, Ipoh. Dan walaupun saya pernah mencuba untuk memohon berpindah (empat kali rasanya) rezeki saya masih di sini. Dan saya berpegang kepada konsep di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Untuk pengetahuan semua, para pelajar saya semuanya lelaki (BOYS SCHOOL). 

Justeru, menjawab persoalan komen di atas , saya sesekali tidak pernah tertekan, bosan atau merasakan tiada life dalam hidup apabila ditakdirkan mengajar di sekolah lelaki. Antara sebabnya

1. Saya didampingi oleh bakal pemimpin negara yang akan menyambung perjuangan pemimpin terdahulu. Sememangnya di sinilah lahirnya ramai pemimpin negara yang pernah mewarnai dunia politik dan korporat negara dari dahulu hingga sekarang. Saya cukup senang dengan keintelektualan mereka, kepimpinan yang dimiliki serta sahsiah dan jati diri mereka.

2. Sangat mudah bergaul dan berdamping dengan anak-anak lelaki kerana memiliki corak pemikiran yang sama, emosi yang serupa serta minat yang sama. Senang berbicara tentang kehebatan Manchester United bersama mereka, apatah lagi untuk berkongsi tentang masalah percintaan yang mereka alami. 

3. Mereka ini kebanyakan tidak berdendam dan memendam rasa. Contohnya jika kita marahkan mereka, dan kadang-kadang naik juga cubitan di telinga mahupun rotan sekali dua, namun percayalah mereka ini jarang berdendam dan bersikap gentleman, jika nak dibandingkan dengan pelajar perempuan. Bimbang disergah sekali nanti menangis tak henti. Ayoo, tak pasal-pasal saya cabut lari. Pada mereka, salah tetap salah!

4.Brotherhood. Persaudaraan antara mereka sangat rapat, dan masing-masing menganggap rakan-rakan  yang mereka temui setiap hari ini adalah adik beradik mereka. Yalah, lima tahun bersama, makan, tidur, menangis, ketawa, belajar, bermain dan banyak lagi dilakukan bersama. Dan saya kagum dengan 'brotherhood" antara mereka waima sudah berbelas tahun meninggalkan sekolah. 

5. Kami berkawan. Rata-rata pelajar saya yang telah meninggalkan sekolah, telah menjadi kawan saya. Jangan salah sangka, Kawan dalam ertikata untuk mendapatkan maklumat, pandangan, berkongsi kegembiraan dan kesedihan.  Kadang-kadang tempat meminjam wang. Haha. Namun, batas sebagai guru dan murid masih terjaga, dan hormat mereka kepada saya tetap tinggi. Sehingga kini, telah lapan batch meninggalkan saya. Dan ramai antaranya menjadi kawan saya.

Apapun, saya ni menjalankan urusan seri paduka baginda. Terpulanglah di mana saya akan ditempatkan. Saya terima seadanya. Dan menjadi sebahagian dari keluarga besar SEKOLAH BINTANG, IPOH sememangnya detik yang tak akan saya lupakan dalam hidup saya. 


Cuba cari di mana saya??


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

27 GENTA RASA:

ckLah said...

Hihihi...
ckLah pun mengajar di sekolah sejenis.

Tapi, murid Imanshah jenis lain.
Murid ckLah jenis lain.

ckLah said...

Mohon share entri pasal senarai entri yang bakal digodam kepada kawan-kawan ckLah di fb, boleh tak?

ckLah said...

Opps: maksud cklah senarai blog.

IMANSHAH said...

@ckLah

boleh sje..silakan..jangan besila udah

Afida Anuar said...

takpe takde pelajar perempuan, tp guru perempuan ada kan? he he...

PS: yang sedang duduk, memeluk lutut,eh mcm tak peluk lutut je...pastu bercermin mata hitam, di hadapan sekali...tepatkah? cheewah;)

Fello Ariza said...

stuju pasal brotherhood tuh.. slme berkawan pon, pe2 yg jadi ttp kawan gak :)

cucu umie said...

ayie nampak abg iman..yg dok depan pky spek itam..hoho by the way, ayie dh pernah merase dok sekolah lelaki shje..memang bet lol..persekitran dan hbgn persaudraan memang rapat sgt..

a d i n said...

mereka yang x rasa experience tu ssh sket nk faham, =)tapi memang btul semua apa yg c.shahnun ckp.

Oasis said...

Cari je pengalaman cikgu. Sama je sekolah mana-mana pun. Janji tugas kita terlaksana. Tugas mendidik ni tak kira jantina...

sonata anak kancil said...

tak pernah mengajar sekolah sejenis...

Rozuan Ismail said...

wan pon sekolah laki saja.wan akui memang banyak kelebihan sekolah sejenis. brotherhood lasts forever.

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

eh haha, kenal pun

IMANSHAH said...

@cucu umie

eh, ayie pun sekolah lelaki ek

IMANSHAH said...

@a d i n

eh ada adin, sihat ??

IMANSHAH said...

@Rozuan Ismail
ahah budak malay college

- abdul hadi abdul muti - said...

terharu!!T.T.haha

btw,sorry cikgu,lame tak comment kat blog cikgu ni

IMANSHAH said...

@- abdul hadi abdul muti -

hadi apa cer tentang sijil SPM si mior agil

zarazueyin said...

x kisah sekolah sejenis or campur,
yg penting niat kita ikhlas utk mengajar, betul tak cikgu?

LiNda said...

assalam...

cikgu tetap terbaek !

Bro ahmad said...

salam
macam best je kat situ..

Roza Ami Nanomiya said...

haha. ayat gurau ja tu

opis aku semua nyonya tua

IMANSHAH said...

@Roza Ami Nanomiya

haha takpe, memang aku lama dah nak tulis ni, cuma pertanyaan kau tu mempercepatkan lagi entri ni

Azzam Yani said...

T_T sedeyh...

sy teka...cikgu sebelah mamak depan atep...tul x?... =D

IMANSHAH said...

@Azzam Yani

alah azam wat lawak la, dah kamu anak murid saya, mestila dapat teka dengan baik

IMANSHAH said...

@Bro ahmad

memang, sangat best

ariff haikal said...

saya suka reason cikgu yang first tuh and part kami tak berdendam

Encik Rasis said...

terima kasih cikgu shahnun kerana mendidik "adik-adik" saya di sekolah bintang yang tercinta...

hanya Allah yang dapat membalas jasa tuan...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget