WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, June 19, 2011

SENARAI BLOG YANG AKAN DIGODAM : ENTRI MESTI DIBACA

Kalau dua tiga hari yang lepas kecoh dengan berita lama web milik  kerajaan yang nak digodam oleh para penggodam, kini tetiba muncul pula berita mengatakan blog peribadi milik blogger pula akan digodam. Sumber ini tidak lah dapat dipastikan kesahihannya, tersebar di dunia maya ini pun melaului GENGBLOGGER.COM. Kecut juga perut mendengarnya. Nak percaya atau tidak? Kan kalau tak percaya, bila bangun esok pagi. tiba-tiba tengok blog kita pula yang dah bertukar wajah. Kalau berkesempatan rakan-rakan boleh periksa sama ada blog anda tersenarai atau tidak dalam senarai blog yang akan digodam.


Dah klik? Tekan Ctrl + F, kemudian masukkan link anda di bahagian hujung atas sebelah kanan. Alhamdulillah setakat ini, blog HOK SENGOTI masih terselamat lagi. Tak tahulah esok atau lusa. Apapun, Imanshah doakan berita ini hanyalah sekadar khabar angin yang tak berasas. Kalau boleh, sebagai langkah keselamatan tukarlah password tu, mana tahu kan, blog kita lebih selamat. Imanshah pun dah tukar email adress dari yahoo kepada gmail. Harap sedikit penerangan ini bermanfaat untuk semua. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

31 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

Aaaaa, pasai apa pulak depa tak puas hati dengan personal blog pulak ni. Diaorang bukannya macam SKMM yang block serba serbi tu....adehhh...
errr

yatie Awang said...

mekasih...Alhamdulillah...banyaknya blog yg nak di godam, tak pe nanti kita jumpa dia kita godam dia balik haha

sarah-najwan said...

alhamdulillah..blog akak pom selamat..

tapi nk tukar pword bagai tu..kureng pandai sket..aduss..

harap2 blog akak yg ciput tu xjd mangsa godam..blog akak xde kpentingan pun..

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

entahlah, sakit jiwa agaknya

ibuintan said...

terima kasih atas infonya... memang takde kerja lain diorang ni

IMANSHAH said...

@sarah-najwan

huahua, dah tukar adreess dari yahoo ke gmail?

IMANSHAH said...

@yatie Awang

baik, saya godam dulu, pastu akak godam pulak..ngee

IMANSHAH said...

@ibuintan

tulah, g tanam padi lagi baik kan

niena shopping2u said...

katanya dia focus pda blog yg xaktif.. hurm tpi blog cik epal ada je

Acik Erna said...

IMANSHAH..harap2 selamatkan..walau blog acik tiada apa2 tapi risau jugak..

NzA said...

dunia mkn canggih mkn ramai penjenayah....ni bukan calang2 penjenayah...org bijak pndai dlm ICT...hu.hu.hu...moga2 jauhlh semua tu...

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

moga mereka tak jumpa blog kita

Wassalam

sayangsayangibu said...

sbb benda2 gini, tido mlm tadi boleh mimpi blog dah kena virus...*nangis*

Fyqa said...

adeh risauuu

Pn Kartini said...

apa ke peddahhh nak godam menggodam ni yaa!!agaknya dia org x dek keje lain kutt!!!

Sue said...

xde keje ke nak godam blog orang...kite x besalah pun.... seb baik xder

nyanyisunyi said...

dah try cari td tkde pulak blog kak ida..alhamdulillah..walaupun belum sahih risau gak...

k e y r i said...

harap2 ler x tersenarai.. adoyai diorang ni dah xde keje ke nk godam bagai.. kang silap2 ade perang blogger ngn hackers karang.. =.=

Dinas Aldi said...

akak dari dulu dh mmg gmail dh.

tapi akak rasa takda sapa hengen nak hack blog akak yg takda menda tu, kehkehkeh

Acik said...

saspen pulak. ramai blogger citer pasal ni ...

SiNoMoSa said...

alhamdulillah blog sy pun selamat..
hampagas jenama national tul penggodam nie..ish3x baik guna kpakaran tuh ke arah yg lebih baik..ye idak? hehe

tqsm Imanshah atas info..

zarazueyin said...

blog sy x famous
hackers pn x kenal...hehe

perempuan said...

alamak cikgu, blog saya dalam list nak kena hack laa. pelik pelik.

DaHLia said...

cikgu iman, saya anak yatim..
terima kasih ucapan Hari Bapa tu..
kalau sudi, sedekahkan alfatihah untuk arwah :D

MaMa BlUe said...

rmai benar manusia sakit jiwa skang ni... kesian

NuR si CiKGu RiBeNa said...

tq for the info

::FAIZ FARISH:: said...

alhamdulilah, blog aku tak tersenarai...

Roza Ami Nanomiya said...

blog lama aku dalam senarai

Pisyek said...

serius aku pun cuak jugak. haha.

Entri terkini: Pesawat Live di Euphonious 2011 UTP

HASNAH said...

cikgu imanshah, kalau masuk senarai tu, nak bt camner ye nak selamatkan blog!! huhu...

IMANSHAH said...

@HASNAH

saya pun takde jawapan, rasanya ni macam propaganda je kot..jangan risaulah, banyak blog yang femes pun kena, tapi depa cool je

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget