WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, June 15, 2011

SERANGAN PENGGODAM BERMULA LEBIH AWAL


KUALA LUMPUR – Serangan penggodam ke atas laman web milik kerajaan yang sebelum ini dinyatakan akan dilakukan Khamis ini nampaknya telah dimulakan lebih awal.
Serangan dipercayai digerakkan oleh pengodam dari Malaysia sendiri dan bukannya kumpulan Anonymous yang berpengkalan di luar negara.
Apa yang nyata, serangan pengodam ini adalah sebagai tanda protes terhadap tindakan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) menghalang akses kepada laman web file sharing.
Sebelum ini, kumpulan Anonymous telah mengeluarkan amaran akan melakukan serangan ke atas laman www.malaysia.gov.my pada 3.30 pagi Khamis.
Serangan awal ke atas laman web kerajaan bermula malam tadi dan laman pertama yang menjadi mangsa adalah http://politeknik.gov.my/ iaitu  Portal Rasmi Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Terdahulu daripada laman web politeknik itu, sebuah laman web lain iaitu http://www.tourmalaysia.com.my/ telah digodam, namun tourmalaysia dipercayai bukan laman web milik kerajaan.
Kedua-duanya telah digodam oleh pihak yang sama yang mengelarkan diri sebagai Kambeng Merah. SUMBER : MYNEWSHUB

Hurm, rupanya dah kecoh ya pasal isu godam menggodam ni.  Takut juga tetiba HOK SENGOTI pun terkena tempiasanya. Tak pasal-pasal kena godam. Tapi kesianlah kalau laman-laman web seperti POLITEKNIK ini digodam. Lumpuh sistem penyampaian maklumat politeknik. Sungguh tidak bermoral dan bertanggungjawab. Semakin maju teknologi dan pembangunan ICT, semakin rakus manusia.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

shah, kalau hok sengoti pun kena hack..kita bako..kita bako...

err..bako penggodam tu la..heh~

PS: kalau saya terrer bab hacking ni,teringin jugak sebenarnya nak hack website2 yang..entah apa2 tu..padan muka!..errr. tp tak terrer kan,so tak hack la... ha ha

MerLe said...

ni la org kata.. bijak yg sia2

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

hissshhh pelik laaa kalu dh TERLEBIH pandai ni..sume nk usik hak org...takot gak usik2 blogger plk...

cucu umie said...

ayie tahu tadi pagi pasal isu nie..herm, memang btol portal politeknik dh kne hack..tpy kecina loh sape yg nak semak keputusan ke poli..

nur aisya humaira said...

dieorg tk de keje agaknye kan cikgu iman??:)


Hok sengoti berwajah baru laa..:)

iKhRam said...

diorang ni dah tak de keje agaknye.. g la buat benda2 yg berfaedah.. kok iyer pun nak tunjuk protes.. g la buat dgn cara yg plg elok.. berbincang ker..

gadisBunga said...

bila hak dinafikan. sesetengah pihak sanggup berbuat apa saja.

tapi harap2 jgn le kacau blog kita sebab kita tak kacau org...

Raynold wellson said...

!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget