WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, June 27, 2011

SIAPA BERANI BERHENTI MELANGGAN ASTRO?


KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu. Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan. Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka. Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini. "Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri. "Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit. "Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan. Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan. Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara. "Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio. "Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3,  akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya. Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban. Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya. "Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya.

Selamat petang semua. Berita yang Imashah petik dari MYNEWSHUB. Kempen untuk memboikot telah digerakkan oleh PPIM. Cuma Imanshah takut kempen tinggal kempen sahaja. Tahu-tahulah rakyat Malaysia, secara teori memang hebat, namun tindakan belum menggambarkan kehebatan teorinya. Imanshah ambil satu contoh sahaja iaitu boikot barangan yang ada kaitan dengan ISRAIL dahulu. KFC la, McD la, colgate lah dan banyak lagi. Sekarang kempen tu macam mana? Apa perkembangannya? Setahu Imanshah setiap tahun keuntungan yang dicatatkan oleh McD meningkat, begitu juga jumlah cawangannya juga terus bertambah.

Imanshah sendiri pun tidak berani mengambil keputusan menghentikan langganan ASTRO. Mungkin ramai orang bertanya, kenapa? Jawapannya bagi yang mementingkan rancangan-rancangan seperti National Geographic, Berita, Hystory Chanel, mahupun sukan, maka ASTRO adalah jawapannya. Mungkin bagi sesetengah orang keadaan ini adalah remeh, namun bagi yang meminati sukan khususnya, susah juga. Contohnya lah, sekarang ni Imanshah sedang mengikuti perlawanan tenis WIMBLEDON. Begitu juga dengan perlawanan hoki, dan juga bola sepak. 

Apapun, Imanshah berharap sangat agar kerajaan yang patut memainkan peranan dalam soal ini. Contohnya dengan membenarkan pembukaan stesen telivisyen berbayar lain seperti ASTRO supaya check and ballance dapat diwujudkan. Dengan ini, tidak timbul soal monopoli dalam industri. Dengan kualiti yang lebih hebat, dan harga yang ditawarkan adalah murah dan berpatutan, tidak mustahil ramai orang akan beralih kepada TV berbayar yang lain. Dan Imanshah telah lihat adanya perkembangan positif dari aspek persaingan syarikat telekomunikasi dalam memperkenalkan pakej broadband dan juga internet. Semua orang berebut untuk menggunakan perkhidmatan yang lebih murah namun berkualiti. 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

21 GENTA RASA:

gadisBunga said...

sebab depa untung banyak la boleh bagi hadiah beratus ribu kat maharaja lawak....

utk berhenti astro...mungkin boleh! sebab at the moment dah takde cerita dari astro yg jadi bahan tontonan rutin. tapi bila memikirkan mak mungkin bosan masa sorang2 kat rumah...takpelah.. biarkan aje lah astro tu...

conangirlz said...

hurmmm...btol2..kempen tinggal kempen..astro tu dh mcm keperluan..huhuhu..tp klo nk wat bleh je..ehehehe..kang ble x dpt tgk siaran ngan jelas..mest cri balik si astro..huhuhu...tu just pndpt laa..

Eazy Izzuddin said...

astro sangat untung..
tapi nak buat mcm mana..
kawasan sini area tak jelas..
astro juga terang n clear..

Afida Anuar said...

tiru macam saya shah..tak pernah langgan astro pun...pasai tak suka tengok tv...hik~

so tak yah nak decide dah nak berhenti ke..nak boikot ke..nak apa ke...he he..

Hans said...

nasib xlanggan astro
:-)

Kisah Seekor Anak Burung Kuning Yang Comel

nur aisya humaira said...

aisya tk pernh langgan astro...tgk kt youtube jaa..:)

Nana said...

eh mcm sama je entry kita petang ni
saya arini dah terminate secara rasmi nye

http://ibudamia.blogspot.com/2011/06/goodbye-astro.html

ikan emas said...

salam,

wpun kat rumah ada astro ..tp jarang tgk prgm tv nya..tgk maharaja lawak pun kat restn tom yam..


hehehe

ghab van hal said...

astro kijam..=(

zarazueyin said...

sy berani...
sbb mmg xde astro pun....hehehe

siti murni said...

subscribe astro sebab antenna tv kat rumah ni tk clear..itupun amik basic package je..
tak pasti lah boleh berjaya ke tidak nak memboikot astro ni...

azweennour said...

sedang berusaha susah payah tak tengok tv ( terutama astro punya rancangan )

sangat seksa sebab rasa sunyi tapi harap-harap dapat biasakan diri lepas ni.

bil astro sudah membebankan termasuk belanja yang lain.huhu

NuSaNa NoSa 91 said...

kt rumah keen xde astro lg.. so, xpyh boikot.. ^_^

ibuintan said...

sangat setuju dengan saranan Iman di atas, astro dah terlalu naik lemak..

takde persaingan tu la jadinya

Acik Erna said...

terus terang tak sanggup..nanti tv lansung tak de gambar..
dah pernah beli antena biasa..mahal kemain..dah siap pasang 280..akhirnya..tak kemana..tv9 pun tak dapat..pasang astro pun sebab dapat free masa beli tv..lepas tu ambik package family je.

yatie Awang said...

kakak langgan astro family je...

waN Mohd Salim said...

tak sanggup ler uhuuu

Roza Ami Nanomiya said...

astro pakej dia pukal tu yg mahal

cuba bg chance org ambik apa yg diornag mau ja... tak ler bayar program yg diorang x layan. yer dak?


eh.. aku 4 tahun dah stop langgan. blh ja. heh!

iKhRam said...

sangat sukar untuk tidak melanggan astro pada masa ini.. cuma bersetuju kepada abg IMANSHAH agar kerajaan memainkan peranan mereka..

perkara ini penting berhubung pembayaran bil yg sentiasa meningkat..

jamal said...

Aku dah 3 kali tukar astro bila naik aku tukar ambik yg murah balik...tapi skali ni aku nekad anak2 dah besar 2thn lepas aku bayar rm40 skrang rm60 ... chenal tamil china jepun korea nk suruh aku tengok buat apa .. nk untuk banyak .. aku nk beli arial TV rm100 bole tengok selagi aku nk sampai aroal TV aku tombang.. kompom minggu ni suruh potong babai astro

jamal said...

Aku dah 3 kali tukar astro bila naik aku tukar ambik yg murah balik...tapi skali ni aku nekad anak2 dah besar 2thn lepas aku bayar rm40 skrang rm60 ... chenal tamil china jepun korea nk suruh aku tengok buat apa .. nk untuk banyak .. aku nk beli arial TV rm100 bole tengok selagi aku nk sampai aroal TV aku tombang.. kompom minggu ni suruh potong babai astro

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget