WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, June 15, 2011

SOLAT SUNAT KHUSUF : SILA BACA BAGI YANG BELUM TAHU





1) Solat sunat khusuf????

Atau juga dikenali sebagai Solat Sunat Gerhana Bulan yang bermaksud iaitu solat sunat yang dilakukan apabila berlakunya gerhana bulan. Samada ianya gerhana sedikit, separuh atau gerhana penuh, untuk beberapa saat atau beberapa ketika yang lama.

2) Waktu Melakukannya ???

Apabila berlakunya gerhana itu sehingga hilang sepenuhnya. Atau sehingga bulan nampak sempurna kembali. Gerhana bulan terjadi apabila Bumi menghalang bulan daripada mendapatkan cahaya pantulannya daripada matahari, samada secara penuh atau sedikit.

 3) Hukum melakukan solat sunat khusuf: 

Sunnat Muaakad


4) Cara mengerjakannya:
Terdapat 2 cara untuk melakukannye seperti:-

Cara pertama : solat dua rakaat sebagaimana solat-solat sunat biasa, boleh dilakukan secara perseorangan atau secara berjamaah. Yang afdhalnya dilakukan secara berjamaah.

Cara Kedua : Solat dua rakaat dengan empat kali rukuk, empat kali sujud, iaitu pada rakaat pertama, selepas membaca al-fatihah, rukuk dan iktidal kemudian disambung dengan membaca al-Fatihah sekali lagi, kemudian rukuk kali kedua dan iktidal lalu disambung dengan dua sujud untuk menyempurnakan rakaat pertama. Begitu halnya apabila melakukan rakaat kedua sehingga salam.

Dengan demikian, solat gerhana bulan itu semuanya ada 4 rukuk, 4 al-Fatihah, 4 sujud dan satu salam.

Bacaan al-Fatihah dan surah pada solat gerhana bulan dinyaringkan. Hal ini berbeza dengan solat gerhana matahari yang hanya disunatkan memperlahankan bacaan surahnya dan disunatkan membaca surah-surah yang panjang.

5) Niat Solat Sunat Khusuf:

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

sumber :SINI 





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

khairunnisa ♥ said...

terima kasih.

Faeez said...

tq 4 the info..

nurkass said...

NICE ENTRY..TQ

lalink7 said...

cikgu..tq for the info..

MerLe said...

nice info.. memang sy tgh cri info ni =)
nak share boleh? nti sy letak link blog ckgu
tenkiu~

::FAIZ FARISH:: said...

thanks 4 d info

NzA said...

TQSM 4 sharing...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

thankz coz share info yang berguna yerk :)

NuR si CiKGu RiBeNa said...

TQ for the info

mohdikram said...

makaseh utk infonya.

iKhRam said...

terima kasih..
nampak mcm mudah.. tp kenapa la tak buat2 ye saya nie??? huhuh

anazira said...

mintak izin share link ni ea...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget