WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, June 16, 2011

STRAWBERI SHAKE..MAMPU?

Imanshah jarang nak post pasal makanan atau minuman di blog ini. Sebab apa?? Sebab malu, sebab Imanshah ni malas sedikit bab masak-memasak ni. Sekadar berkongsi pengetahuan, tahun ni baru lima atau enam kali Imanshah masak di dapur tu. Kalau setakat nak post pasal makanan yang dibeli, erm semua orang boleh buat kan? Tak gitu Mak Jemah?  Tapi kali ni Imanshah nak kongsi kan satu minuman feveret Imanshah kat semua orang. Bukan apa, senang kan untuk bakal-bakal isteri yang nak mohon borang tu kan. Dah tahu kegemaran bakal suami. Hehe (ayat poyo, jangan marah) Jeng-jeng-jeng..


Nampak tak? Nampak tak? Namanya STRAWBERY SHAKE. Adei bergeliat lidah teman nak menyebutnya. Napa cebik? Mahal?? Susah nak buat? Hehe, fail lah korang. Kalau tak pandai buat ni tak boleh jadi calon tau. Ha Ha Ha, gelak sampai terguling ya. Bukan apa semenjak dua menjak ni, memang Imanshah jatuh cinta dengan minuman ni. Kalau nak tahu setiap dua atau tiga hari, Imanshah akan mengunjungi McDonalds untuk membeli strawberi shake  ini yang berharga RM 4.10. Mahalkan?? Tapi terasa macam ketagih pula. Tengah menulis ni pun meleleh air liur. Begitulah penangan strawberi shake.

Erm, macam mana nak buat menu ni ya? Imanshah tak berapa reti sangat. Nak kena tanam strawberi gamaknya belakang ghomah tu. Intai juga kot ada restoren yang jual. Setakat ni belum jumpa la pulak kat Ipoh. Terpaksalah juga ke Mekdi. Ok, kepada bakal-bakal calon , sila angkat tangan kalau ada sesiapa yang mampu buat ni?? 10 markah!! Kau mampu??

Kepada Mak Jemah pun kalau nak cuba, dipersilakan!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

NuR si CiKGu RiBeNa said...

huhu..mekdi tambun..
rindu kat sana...

ok..komen yg takde kena mengena..hehe

Afida Anuar said...

he he...

tak minat strawberry milkshake,tp minat...vanilla milkshake..eh vanilla ada ke?

awal tak awal dah kena rejek dah..err..okebai!

FiraHasan said...

Bahab-bahannya :

Buah strawberry
susu uht
ais

blend sume guna mesin ice blended.

SIAP. kihkih.
selamat mencuba :)

white rose said...

tak reti buat...
tau beli dah siap je...



ok, calon fail...






hahaha...

cucu umie said...

alamak, xpernah rase pon..cuma pernah rase coconut shake lol..tpy serius memang sedap and murah jer iaitu RM1.50.hohoh

sonata anak kancil said...

fuyooo....high taste la...tak mampu shake2 ni ! he3x

Aman Ibrahim said...

macam best jer.. nak jugak la. order satu bleh? haha..

Kalamhati said...

semesek jah wat goni ni..hehehe

Roza Ami Nanomiya said...

Bahab-bahannya :

Buah strawberry
susu uht
ais

blend sume guna mesin ice blended.

SIAP. kihkih.
selamat mencuba :)



ok aku copy paste komen Fira
aku pon tak pandai sebenarnya

gadisBunga said...

apo susah? mekdi kat ceruk mana pun ada. hahah!!

ok, calon fail jugak!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget