WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, June 25, 2011

SURAT TUNJUK SEBAB

Kadang-kadang kita banyak memberi dalam hidup ni khususnya dalam aspek kerjaya kita. Bagi Imanshah kerjaya seorang guru 'lubuk' untuk berbuat amal, menambah kebajikan dan banyak lagi. Namun, kelihatan sekarang dan sememangnya Imasnhah merasai ketidakseronokan berada dalam ruanglingkup yang dinamakan sekolah. Memberi yang bagaimana? Maksud Imanhah ialah selalunya guru-guru ini tidak berkira. Pagi sampai ke petang, kadang-kadang bawa ke malam. Tak termasuk hujung minggu lagi. Dari aspek akademik sehingalah kepada pembinaan jati diri dan sahsiah pelajar dan urusan kokurikulum. Semuanya dijalankan dengan penuh amanah dan ikhlas. 

Justeru, pada Imanshah seharusnya pihak-pihak yang berkedudukan , yang ada kuasa dan diberi amanah mentabir FAHAM dan tidak menambahkan lagi bebanan terhadap kami guru-guru. Bebanan yang dimaksudkan adalah TEKANAN yang tak berkesudahan. Usahlah sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang ada dengan menggugut kami yang di bawah ini dengan SURAT TUNJUK SEBAB yang pada Imanshah hanyalah sekadar perkara kecil pun. Lainlah jika ponteng mengajar, menipu MC mahupun memukul pelajar sehingga mati. Seolah-olah, kebanyakan guru ini terlalu banyak sangat kesalahannya, sehingga perkara-perkara remeh pun nak perlu surat tunjuk sebab. 

Perkara-perkara inilah sebenarnya menjatuhkan semangat guru-guru. Kami tidak memimta sedikitpun apa yang dibuat oleh kami dibalas dengan wang ringgit mahupun anugerah-anugerah tertentu. Namun, janganlah terlalu menekan kami dengan kesalahan yang tak pernah dilakukan. Yang penting jika, ada yang melakukan kesilapan, tegur dan panggil. Jangan sama ratakan semua orang dalam membuat arahan. Nak tunjuk sangat ketegasan, biarlah pada saluran yang betul. Guru-guru yang tak masuk kelas, ambil tindakan. Yang ponteng kerja, ambil tindakan. Barulah betul! Jangan pula kesalahan dan kelemahan di pihak kita, akhirnya orang lain yang menanggung akibatnya. Mana slogan profesional yang dilaung-laungkan?? Kalah budak-budak. Sikit-sikit, SURAT TUNJUK SEBAB. Teringat zaman kanak-kanak dulu, kalau tak siap kerja rumah, cikgu cakap nak bawa jumpa guru besar. 


Maaf, entri ini sekadar peringatan kepada diri sendiri andai kata berpeluang untuk menjadi pentadbir di kemudian hari. Kalau ada yang terasa, anggaplah kita di dunia ini saling ingat-mengingati. Kalau kebajikan guru pun tak dijaga, mana mungkin kepimpinan kita  akan dihormati. Renung-renungkan!! Salam pagi Sabtu!!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

ckLah said...

...dan apabila sesekali cikgu tua ini ingin meluah, jawapan yang diberi,"Berkorbanlah cikgu......"


Hmmm, ada sesuatu yang payah untuk diluah, terutamanya kepada yang tidak merasai.

IMANSHAH said...

@ckLah

bukan tua, LAMA..

rasa tak rasa, ni kejap lagi ramailah kaki ampu yang baca, dan melaporkan!!

cucu umie said...

tak tahu lagi dunia sekolah bagaimana.. tpy cuba fhamkan setiap kata2 abg iman tntg sekolah.. tpy sellu gak tgok umi kdng2 kne bt surat tunjuk sebb.. hermm

IMANSHAH said...

@cucu umie

insyaallah, akan menghadapi pengalaman yang banyak Ayie bila dah bergelar cikgu!!

NaeBlog said...

betul tu....

Mutiara Bernilai said...

hu, bi|a kena buat surat tunjuk sebab, kadang rasa mcm kita ni tak di percayai pu|ak,
huhu

se|amat pagi sabtu!

sarah-najwan said...

huhu..yg tak menahan..selalu kita menghadirkan diri dan memberi komitmen yg padu..tak penah tidak..tapi ada sekali kita xdpt hadir atas alasan yg munasabah..jam tu jugak surat tunjuk sebab kena buat...haishhhhh....

sobar ajolh..

Sue said...

he he he...mana nak nampak segala penat lelah kita nih... pandang tak sebelah mana... yang kecik bukan xleh setel...saje nak besar2kan..

gadisBunga said...

depa tak rasa lagi macam mana rasanya kalau cikgu macam awak ni takda kat sekolah....

nak try?

Miecyber said...

Sungguh banyak perkara yang perlu di tanggung oleh guru guru...

Pemerdagangan Orang

iPai said...

walaupun bukan guru, saya perasan pasal benda ini .. even ada juga berlaku di tempat lain .. org yang berada di pihak ketua, sepatutnya menilai lebih dalam, dan memberi layanan selayaknya.

contoh kalau orang yg selalu rajin, tiba2 ada masalah, bukan terus dikenakan denda dan dimarah2. Tetapi ditanya sebaik-baiknya sebab2 berlaku ..

conangirlz said...

luas tol tugas seorg CIKGU!sampaikan ujung2 minggu pon still keje..hurmm..gud luck imanshah..moga terus jd guru y dedikasi..ank2 murid cikgu mest akn ingt n kenanng jasa2 cikgu.. :)

::FAIZ FARISH:: said...

hm... sabo je la

Norsha said...

setuju, setuju.....

saiazuan said...

best jd cikgu ni pd saya.. sy prnah jd ckgu sandaran, walaupun tak sampai 2 bulan, tp cukup fun ketika mengajar :D

iKhRam said...

selalunye mcm tu la cikgu imanshah..
apapun ini juga peringatan persediaan saya sebelum turun ke sekolah kelak..!!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget