WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, June 18, 2011

SYAMSUL DAN YUSUF HASLAM MOHON MAAF KEPADA PEKIDA


Demi menjernihkan keadaan dan memelihara perpaduan sesama Islam, penerbit filem KL Gangster, Datuk Yusof Haslam memohon maaf kepada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) berhubung kontroversi penggunaan beberapa nama panggilan yang dikatakan sinonim dengan pertubuhan itu melalui filem aksi terbabit, baru-baru ini.
Yusof yang juga Pengarah Urusan Skop Productions berkata, kontroversi itu tercetus disebabkan salah faham, bukannya salah PEKIDA atau Skop Productions.
“Saya dengan rasa rendah hati, menghulur tangan tanda persahabatan, demi Tuhan saya langsung tidak ada niat walau sebesar kuman untuk mempersendakan PEKIDA.
“Mungkin penggunaan beberapa nama panggilan di dalam KL Gangster membuatkan beberapa ahli PEKIDA terasa hati dan terkena tempias.
“Apabila wujud salah faham, ia berlaku secara kebetulan dalam filem, bahasa filem tak sama dengan bahasa di luar,” katanya pada majlis kesyukuran dan musyawarah antara Skop dan PEKIDA di Restoran Haslam, di sini, malam tadi.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan/Putrajaya/Labuan, Datuk Roslan Dahaman. Hadir sama, pengarah KL Gangster, Syamsul Yusof Haslam dan pelakon filem itu seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Soffi Jikan, Adam Corrie dan Sheera Iskandar. Turut hadir, penerbit filem Kongsi, David Teo dan produser drama terkenal, Mohd Noor Kadir. Sumber : PANGLIMA PERANG CYBER
Alhamdulillah, akhirnya isu ini dianggap selepas selepas tindakan bijak oleh penerbit filem yang sudah lama berkecimpung dalam dunia perfilemen, iaitu Datuk Yusof Haslam dan anaknya Syamsul memohon maaf kepada PEKIDA. Yalah, pada Imanshah pergaduhan dan permusuhan sesama Isam tu memang ditegah. Eloklah Yusuf Haslam merendah diri begini. Tiada siapa yang menang kalau masing-masing menunjukkan ego yang tinggi. Saman-menyaman sana sini seolah-olah hidup di dunia ni itu je tujuan. Salah sikit saman, silapn sedikit bergaduh dan bermasam muka. Semoga ianya menjadi contoh yang baik kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama seperti berlaku kepada beberapa tokoh politik, artis mahupun rakyat biasa yang mana kes samannya masih menunggu perbicaraan. Tok sahlah dok saman-menyaman ni, kononnya nak membersihkan maruah?? Insyaallah, kalau kita betul maruah kita akan dibersihkan di akhirat nanti. Masanya akan tiba. Di dunia ni, kita banyak bersabar dan berserah kepada-Nya.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

Hans said...

macam2 hal
kadang2 aku rasa pihak tertentu je melatah lebih semata2 nak nama
padahal xada apa pun sebenarnya

Maharaja Lawak Minggu 12

ahsfantasy24 said...

mg bagus la penerbit mcm nei,
elok jadi contoh mnjernihkan keadaan..

jgn jadi mcm pnerbit vedeo klip tu
dh la.. huk3~

IMANSHAH said...

@ahsfantasy24

penerbit video klip yang mana tu?? huahua

IMANSHAH said...

@Hans

tapi ada org kata ni sebenarnya strategi untuk meninggikan kutipan

sayangsayangibu said...

aman dunia kalau semua manusia bersikap saling maaf memaafi kan?

naz said...

bagus la sama rata sekarang :)

ckLah said...

ckLah pun nak minta maaf dari Imanshah...agak lembab merayau di dunia blog mutakhir ini.

nurkass said...

macam2 hal..
patutlah haruk kat tv mlm tadi..

IMANSHAH said...

@sayangsayangibu

betul, hidup ni tak lama kak..sementara je

IMANSHAH said...

@ckLah

xpa, saya faham kondisi ckLah

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

he he he......

bagus la dah bermaafan

Wassalam

Far8 budak baik said...

tak tau pulak
pasal isu ni...
pehhh..
macam2 ar..grrrrr..

auny aizie said...

yo yo yoooo

baguih ler kalu gitu,
maaf memaafkan tu kan amalan mulia .

hikhikkk

Siti Nurhayati Dollah said...

Baguslah gitu. Tak perlu bermasam muka, menuding jari. Maaf, dan memaafkan. Itu lebih baik.

IMANSHAH said...

@Siti Nurhayati Dollah

Alhamdulillah, memaafkan itu dituntut dalam agama

::FAIZ FARISH:: said...

bagusla

cucu umie said...

xpeah yang pntg isu nie xbwak ke mahkamah..

iKhRam said...

perbincangan lebih menjurus kepada pemikiran rasioanal.. dan mengaku salah tidak bererti kalah.. penyelesaian yang baik adalah dari rasa tolak ansur yg ikhlas..

Alang Ridhwan said...

SKOP Production sudah jadi SKOPEKIDA Family n Adik-Bradik.. Yusof Haslam jadi ayahanda, Syamsul jd Abang Long Kawasan... kahkahkahkah!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget