WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, June 9, 2011

TAMAN TEMA UPIN & IPIN DI PERAK


KUALA LUMPUR – Syarikat animasi yang menghasilkan siri kartun Upin & Ipin, Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. (Les’ Copaque) akan membuka taman tema ala-ala Disneyland dengan bersandarkan konsep kartun dua kanak-kanak kembar itu tidak lama lagi.Pengarah Urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Md. Radzi berkata, pihaknya menganggarkan pelaburan antara RM200 juta hingga RM300 juta diperlukan untuk membina taman tema tersebut yang turut menawarkan studio rakaman dan pembikinan animasi seperti Universal Studio.“Buat masa ini, kami sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan yang sudi untuk memberikan sebidang tanah untuk dimajukan dengan membina Taman Tema Upin & Ipin dan pengumuman mengenainya dijangka dalam dua atau tiga minggu lagi,“Kosnya sangat besar, jadi kami sedang meneliti beberapa perkara sebelum membuat keputusan,” katanya selepas majlis pelancaran Majalah Upin & Ipin versi Bahasa Inggeris yang disempurnakan oleh Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di sini, hari ini.Turut memeriahkan majlis pelancaran majalah yang dilesenkan di bawah NYLA Sdn. Bhd. ialah puluhan kanak-kanak dari Persatuan Untuk Orang Kurang Upaya (AKAL) Selangor Dan Wilayah Persekutuan Wisma Harapan yang kelihatan cukup ceria berjumpa maskot Upin & Ipin.

Alhamdulillah kalau ianya menjadi kenyataan. Nampaknya Upin dan Ipin sudah mula diterima sebagai ikon kanak-kanak kita. Idok le macam kita dolu-dolu dok pikir nak ke Disneyland nak jumpa Micky mouse segala bagai. Entah-entah esok omputeh pulak datang ke Perak sebab nak jumpa dengan Upin dan Ipin. Nak cerita pasal impak Upin dan Ipin ni, minggu lepas ada karnival Upin dan Ipin di Stadium Indera Mulia. Teman nengok penuh dengan kanak-kanak yang datang karnival tiga hari tersebut. Memang dema berdua ni ada impak yang besar dalam diri kana-kanak di Malaysia. Kalau betol lah projek ni jadi, teman nak ucap tahniah le sebab hasil koje orang tempatan diiktiraf. Kita kena bangga nih kawang-kawan. Tambah-tambah deme cakap nak buat kat Perak. Lagi le teman suka. Dan-dan orang Kelantan bercakap Peghak ye. Kalau esok-esok mike nak datang ke Taman Tema Upin dan Ipin ni buleh le kita jumpa. Ate moh ke Peghak. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

Amboii...dan dan cakap perak...

eh mesti yang pergi ke karnival tu semua kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa..iyer dak? hik

nurkass said...

i like upin ipin..:)
penghibur hati bila balik dr keje tu..

NzA said...

nk hok farouk dok sibuk ckp "rumah opah...rumah opah" masa p perak ttp akak pn xtau kt mana....he...

Dinas Aldi said...

dik Iman, tajuk tu, taman tema la. jgn marah, selamat pagi dik Iman :D

::FAIZ FARISH:: said...

comel je patung tu

cucu umie said...

dekat jugalah kalo dekat perak..huhu boleh lh pergi time cuty nie..huhu tpy bila nk siap yer..haha

nur aisya humaira said...

knape tk buat kt ganu...ni nk request ngan les kopak ni...haha

Rozali said...

Assalamualaikum Youp Imanshah

he he

teman bangga jadi orang perak...

Wassalam

iKhRam said...

betul betul betul !!
femes la diorang tu nanti kan.. tumpang glemer diorang la sekejap!!

boleh kan?? hahaha

Aimi dan Pakcik Hashim said...

tp kan
aku rasa Boboiboy lagi best ah
sayang diorang tak lebih dulu dr upin ipin ni

zarazueyin said...

baguih bebenor ler,
ate buleh teman bawok murid ke situ...hehe

siti murni said...

fuhhh...caya lah upin & ipin....:)
tak lama lagi ada taman tema sendiri...bertaraf global dah produk Malaysia...

Kalamhati said...

perghh!ambo kagum ngan anak Melayu..tok payah doh kito nok gi jauh2

khairunnisa ar alhan said...

bangga menjadi anak perak!

kalo ade tmn tema ni,,,usah kate bebudak,,,mak bapak budak pon mau pegi ni...

soffea said...

teman bangga menetap di peghok! *tibe2* hehe.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget