WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, June 12, 2011

TEGANG

Tegang! Tegang! Tegang! Itulah sedikit gambaran keadaan Imanshah hari ini. Banyak perkara yang menyebabkan hidup agak tegang hari ini.

Pertama, sejak dari Lapangan Terbang lagi badan terasa sakit. Dari kepala hinggalah ke tengkuk di sebelah kanan. Mungkin salah tidur agaknya kerana perjalanan dari Bukit Tinggi ke Lapangan Terbang di Padang mengambil masa dua jam. Dengan jalan raya  yang bengkang-bengkok agaknya. Lalu ianya membawa sehingga sekarang. Kesakitan yang tidak membolehkan Imanshah untuk menoleh ke sebelah kanan. Nak berjumpa doktor? Malas rasanya. Dari pulang tadi, sehinggalah malam, hanya membatu kan diri. Buat kerja serba tak kena.

Kedua. Tegang dari aspek tugas guru. Kertas peperiksaan masih belum habis ditanda. Kali ini agak lewat kerana beberapa sebab. Makanya kertas hanya dibiarkan begitu sahaja. Markah pula perlu diserahkan kepada pelajar sebelum Selasa minggu hadapan. Walau apapun, tugas mesti dilaksanakan. Semenjak di Indonesia lagi, hati tak senang memikirkan tugasan belum siap. Dan malam ini, Imanshah gagahkan diri untuk menguatkan segala kudrat untuk berjaga menyiapkan semuanya. Tegang sungguh siuasi ini. 

Ketiga. Menyaksikan perlawanan secara langsung Final Piala Fa menemukan pasukan negeri Imanshah menentang Terengganu. Memang selalunya keaadaan perlawanan yang sentiasa tegang. Bukan hanya melibatkan para pemain, bahkan penyokong kedua-dua pasukan. Bertambah tegang apabila melihat keputusan masih tidak berubah 0-0. Harap-harap Red Warriors akan berjaya menambah koleksi piala pada tahun ini. 

Semoga hari minggu kawan-kawan sentiasa berjalan dengan lancar tanpa disekat dengan situasi-situasi yang menegangkan. InsyaAllah banyak berdoa moga segala urusan kita semua akan dipermudahkan. Selamat malam semua!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

Sue said...

Uihhh...10 kali klik baru blh bace kes tegang cikgu iman nih... saya pun x semak lagi paper budak2 midterm arituh... langsung xderk mood... heeeeeeeeeeeee

Citarasa Rinduan said...

memang nampak ke`tegangan` cikgu.. entry nie pun ada banyak typo word... hehehe...


ayu doakan semua dipermudahkan..amin

Afida Anuar said...

saya ingatkan kelantan yang menang shah...hik~...alhamdulillah... ganu menang jugok. Memang dok kenal erti putus asa orang2 ganu ni;)

sarah-najwan said...

kalu saloh tekok gtu..bantai nge bantal ajo..walaupun kene sakit atah kapatebe..hehe

selamat menanda deh..akak da beres minggu lepas lagi..hehee

dan pasal FA..sob..sob..xpa..TRW cuba lagi tahun depan..thun depan pasti boleh!!!

Mutiara Bernilai said...

cikgu,
mga makin kuat badan n minda untuk menempuh pengga| sek0|ah yang akan di buka minggu depan,,

^___^

Dinas Aldi said...

silap urat bantai kot dik Iman. tepuk bantai sampai bentuk dia berubah sikit sebelum tidoq.

cucu umie said...

relax abg iman..dah puas berjalan2kan..hoho so, dia nk bg rase sakit sikit..hehe nty okaylh tu abg iman.. tnde kertas itu elok2 loh..

Qamaruls said...

kejor yop kejor. haha ehh perak takde ekk

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget