WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, June 23, 2011

TEMPAHAN BISKUT RAYA!

Ayoo yoo sudah mari lah..rupanya dah sibuk sekarang orang mula menjual dan mempromosikan kuih raya. Ada almond london, ada tart nenas, ada apa entah lagi. Memang tak kenal pun apa jenisnya.  MAklumlah buta makanan. Heheh. Sekarang ni dah macam-macam jenis kuih dan biskut raya yang diperkenalkan dan dikomersilkan.   

Kalau dulu-dulu ada lah bantu kakak Imanshah buat biskut kacang ke hapa namanya. Agak-agaknya nama MAZOLA kot. Kalau buat kuih tu, tengok adunannya sama je, tapi warna je berbeza. Lepas tu kalau hari raya, ada macam-macam jenis,  tapi bila makan, rasanya sama sahaja. Ini bentuk bulan, ini bentuk ulat bulu, ini bentuk bunga, menarik pula nengoknya.


Sekarang ni, kalau di sekolah, mesti ada tiga dan empat orang cikgu yang akan jual biskut raya. Nak beli yang cikgu A, nanti cikgu B dan C dan D terasa pula. Akhir sekali beli lah sedikit sorang. Takut nanti ada yang terasa kan pula. KEmudian bawa balik untuk mak di kampung. Rupanya adik beradik yang lain pun dah beli banyak. Sampai tak habis dimakan. Maka lepas je raya waktu nak balik ke kampung, mak pun datang lah bagi balik biskut raya yang tak habis makan. Bawalah balik ke Ipoh semula. Akhirnya, Imanshah yang habiskan. Sendiri beli, sendiri makan.

Rasanya lah kan, buat atau beli biskut raya ni tak membazir ke? Almaklumlah, harganya pun sekarang boleh tahan..? Tapi kalau ada yang nak sedekah, Imanshah terima aje. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

zarazueyin said...

nak order almond london dan tat nenas...hehe
bg yg bekerja, x larat nk buat...order jer...hehe

adrenalina said...

buat sendiri lagi meriah kalau ramai kakitgn menolong hohoh..tp kalau xsempat tempah jer lah dgn syarat ada al-fulus lah...xyah buat byk2..cukuplah secukup rasa.. =)...

tapi kalau rasa kat rumah nanti ramai yg bertandang raya..ready2lah cukup2..xkan org dtg beraya nak hidang air sirap jer kan hohoh

yatie Awang said...

kalau beli rasanya membazir lah sikit, mahal tahu biskut raya sekarang, baik buat sendiri, untung, biskut pun dapat banyak...

Iman, mazola tu minyak la...hehe

sayangsayangibu said...

tak sabar nak makan biskut raya yg memacam rasa dan jenis tu
heheeheh setahun hanya sekali(,")

Afida Anuar said...

Biasanya mcm tu la shah, tambah lagi sejak akhir2 ni ada 2 orang adik ipar, bnyk jugak la diaorang bawak balik kuih raya..last2 yang saya beli tak habis, kena bawak cni balik, sendiri beli, sendiri habiskan..heh~

iKhRam said...

tetiba rindu dgn kuih almond london buatan mak.. slalu mak buat time lepas sahur.. takut saya meratah lagi byk dari menolong buat.. hahaha

apapun, setiap tahun maka akan bungkus seratus biji seorang utk saya dan adik utk di bawa balik ke maktab..

bawaklah.. tak sampai sehari dah abis.. kongsi dgn semau classmate.. siap diorang buat permintaan.. tu yg tak sanggup kalau tak bawak.. hahaha!!

sonata anak kancil said...

pengalaman beli kuih ni sama la jugak di sini...rasa nak beli - kadang2 lebih baik buat sendiri - fikir2 bila pulak nak buat? akhirnya beli jugak ! lepas tu...hu3x tak habis2...bila dah hari raya - kuih raya dah tak laku & tak minat! last2 kita jugak tukang habiskan...

conangirlz said...

buta makanan??bia benar..cmne nk tgk mknn tu ghupe ape..ekekekekke...
bia benar da kuih raya ulat bulu?x pernh tgk nie?da tepek kt cnie?nk tgk bleh..huhuhuhu..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

tgk laa raya ni sume naik pya....ari tu terkejut p BIG APPLE..harga donat biasa beli rm12.50 dh naik jd rm13.50...naik secara senyap je kan...ade org maki x agknye????

Citarasa Rinduan said...

ayu tahun nie mungkin beli jer.
atau
beli kerepek dan jeruk..

nanti dah sibuk niaga utk bulan posa..

cucu umie said...

abg iman... kalao bt pon sekrng bhan boleh than nek harga..beli jerlh..hoho

IMANSHAH said...

@cucu umie

makan ketupat je pun ok apa

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget