WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, June 2, 2011

TEWAS LAGI!

Selamat pagi semua. Sementelah berada di kampung memang Imanshah habiskan banyak masa di rumah sahaja. Mengadap kerja yang dibawa pulang dari Ipoh nun. Target nak siapkan tak berjaya jugak den nak siapkan. Apapun selalunya jika balik kampung Imanshah akan TEWAS. Tewas apekah? adakah tewas bermain badminton bersama ketua kampung? oh tidak. Atau tewas bermain guli seperti zaman kanak-kanak dahulu? Pun bukan. Semua tu dah lama kita tinggalkan, menjadi memori yang indah untuk dikenang.

Seperti biasa, pulang ke kampung azam Imanshah memang kuat untuk mengurangkan makan. Namun tewas juga akhirnya. Cabaran berada di kampung memang kuat. Segala jenis makanan ada di sini. Tambah pula ibu memang suka memasak. Justeru, nak tak nak, azam tu kena tolak ke tepi. Pagi-pagi nasi belauk dah menanti, lepas tu hari-hari menemankan ibu ke Pasar Tumpat. Di sana ibu akana berbelanja membeli kuih-muih di Pasar. Ada pulut, ada goreng pisang dan ada pula lompat tikam serta tepung boko. Balik dari pasar siapa yang nak memgadap makanan-makanan tersebut? Jawabnya kitalah sebab kami hanya berdua. Hehe.

Tengah hari dan malam makan lagi masakan istimewa ibu. Kalau tak makan sayang pula nanti tak habis. Kesian nasi tu kan. Ni kejap lagi nak ke pasar nak mencari durian Siam dan pulut. Khabarnya nak dibuat pulut durian. Haish, kenapalah  tega wahai ibu dikau mengemukkan aku? Jangan bising ya kalau lihat badan kita macam belon lepas ni. Apapun hari ni merupakan hari terakhir Imanshah di kampung. TERPAKSA pulang ke Ipoh. Beginilah kalau ada tugasan dan tanggungjawab. Di sekolah kena menguruskan pelajar-pelajar yag akan menyertai Kejohanan Hoki 1 Mas di Seremban. Di samping itu kena menyiapkan sedikit lagi tugasan untuk Program Discovery Indonesia-UNESCO nanti pada minggu hadapan. Selamat bertemu kembali!! Salam dan selamat  makan!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

Kakzakie said...

Alahai cikgu kalau semingu je makan tak boleh jadi belon lagi, siapa boleh tahan tak makan masakan mak...

adrenalina said...

lorh...dah nak balik ke skolah ke? betul lah...kalau dh balik dari kg mmg konfem abis cuti skolah mesti semua org tegur "ohw..kenapa makin berisi??" hahahah tp xper...abis cuti aper lagi..jom lah start bersenam!!! lagipun mana lah nk cari mkanan2 yg sedap kelantan kat negeri orang kan..kalau ada pun mesti tak sama! especially masakan ibu!!! (negeri lain pun ada makanan special msg2...tp bila dh lama kat negeri org.kdg2 rindu jugak nk makan makanan yg dh biasa dimakan sejak kecil lagi)

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Takper cikgu, pasni sibuk dengan tugasan di sekolah, tak tewas dah! Kiranya balik kampong charge bateri

pena rozie said...

Sedapmyer....

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Wah, mewah makan ya. Sedap-sedap belaka. Bertuahnya badan jika masih mempunyai ibu yang tidak jemu-jemu berkebajikan kepada anak-anak.

Saya sendiri belum sempat pulang ke kampung. Bonda saya masih bercuti di SB. Keluarga kakak saya juga turun bercuti di sini~

Tambahan:
Jangan sampai terkena bencana makanan. Biarlah keperluan kita berpaksikan keimanan~

nurkass said...

adehhh..
my favourite tu pulut durian..tapau boleh..:)

gadisBunga said...

sedapnye pulut duriannnn...nak!

cepat nya balik ipoh? tak boleh extend 1-2 hari lagi?

NzA said...

dok kg mano bulih diet adik weh...akak ni maunyo brtamboh2 berat....
makae jgn xmakae...

Cik Cookie said...

sedapnyo pulot duye.
feberet tuh...

Rozuan Ismail said...

sedap tol pulut durian ni,wan kalau ngah diet nampak pulut ni pon memang tewas.hoho

cucu umie said...

abg imanshah ckp ayie bdan naik kan? abg iman pon sama jer..semaakin naik kot bdan tu..tpy xper kot sebb abg imankan sukan, so, boleh shje balance kan berat bdn yg naik tu..hauhaua

Rosnah Yunus said...

makea jge tak makea..smlam kak ngeley banyak weh..makea mace2..tapi nak kurang kalori gi shopping rantau pjg, bjln byk2 pahtu balik makea pulok..

Aimi dan Pakcik Hashim said...

aku x pernah try pulut dengan durian... tp aku terliur ni

iKhRam said...

biasalah.. kalau kat umah... makan tido.. kata bercuti.. jadi aktiviti makan dan makan.. emang tak dpt nak lari.. hahaha!!

sama la kat rumah ni.. emak rajin memasak.. dan abah pula suke pulak memebeli barang=barang utk dimasak.. huhuhu.. jadi yang menjadi adalah adik saya yang ingin diet.. untuk saya.. memang tak jadi masalah.. nikmat! hahaha

bestnye dok kat umah kan??

tak pe abg shah.. makan byk2.. nnt sampai ipoh, baru diet byk2 k?

hehehe.. selamat bercuti..!!

siti murni said...

memang sedap2 belaka menu bonda imanshah buat untuk anakandanya...
jeles saya! tambah lagi pulut durian tu...
lama jugak tak makan 'lompat tikam'..kat sini susah nak cari..

Kalamhati said...

Tewas tengok pulut durian tu..keno gi cari jugop ni..hehe

Si DauN CeRi said...

durian?? okee boleh bergenang air mata ni.. hahaha sedapnye mak oiii~

za said...

best nyerrrrrrrrrrrrrrrrr

nur aisya humaira said...

Assalam cikgu iman..:)

waaa,sedapnyeee....da byk ari aisya suruh ayah cri durian nak makan macam ni...tpi takde...huhu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget