WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, June 14, 2011

TILAWAH AL-QURAN: DI MANA TEMPATMU DI HATI RAKYAT MALAYSIA?

Malam tadi, Imanshah menyaksikan  siaran secara langsung Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011. Alhamdulillah majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Majlis tahunan ini berlangsung di Kuching Sarawak. Kalau tak silap Imanshah seramai tiga peserta telah memperdengarkan bacaan masing-masing malam tadi. Alhamdulillah, bacaan para qari dan qariah kita sangat lancar dan sempurna. 

Selalunya bila ada majlis tilawah Al0quran ni adalah isyarat kepada kehadiran bulan Ramadhan. Imanshah teringat lagi kalau dulu pertandingan ini diadakan pada bilan Ramadhan di peringkat Antarabangsa. Balik je tarawikh, kami satu keluarga akan berkumpul di hadapan televisyen menyaksikan kehebatan dan kemerduan suara mereka. Itu kisah dululah, kisah zaman kanak-kanak. Tak tahulah zaman sekarang ni ada lagi tak orang yang suka menontonnya.

Seperkara lagi, apabila Imanshah nak search google mencari maklumat tentang majlis ini, susah nak jumpa blog atau laman web yang menulis tentang majlis ini. Kalau pasal HAZAMA dan Akademi Fantasia, terlalu banyak. Menunjukkan masyarakat kita merupakan masyarakat yang suka kepada hedonisme. Perkara-perkara seperti ini sepatutnya diberi peluang berada di dalam penulisan masing-masing. Boleh ke tak? Nanti ada yang akan menjawab begini, saya mana lah tahu pasal musabaqah ni, nak ulas tak pandai. Bab-bab taranum dulu saya tak belajar lah. Dah tu, tahu ke pasal nyanyian semua. Pitching ke laut bagai? Haha, kan terkantoi di situ.

Tak pelah, bukan maksud Imanshah nak memandai-mandai soal musabaqah atau taranum ni. Sekadar memberi maklumat tentang majlis yang ada ni. Bukan apa, dalam hidup ni kita kena tahu di mana keutamaan kita. Kalau ada masa, dan kesempatan mungkin, buka-bukalah RTM 1 menonton Majlis Tilawah Al-quran ini. InsyaAllah hati akan tenang. Sesekali apa kata kita alihkan KETERUJAAN kita kepada AF ke, ataupun kehangatan maharaja lawak ke kepada Al-Quran ini. Selamat beramal.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

Ooo..patut la masa dengar ikim online semalam ada dengar Najib berucap. Ala2 kasi tazkirah gitu. Pelik jugak sebenar, pesal tetiba Najib kasi tazkirah ni. Tak pernah2.. tetiba internet terputus, terus tak dengar..err

Tak heran dah shah, tatau la salah sapa yang asyik duk sogok kita semua ni dengan hiburan yang melampau sangat...hmm..sedih tengok.

Gen2Merah said...

tenang hati ketika mendengar bacaan Tilawah al-Quran dalam Tv ni

Подтверждаю said...

as salam..

▂ ▃ ▅ ▆ 90%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄


hm..sebab tu bila ada blog yang melibatkan ilmu atau Islam, kurang mendapat sambutan. carian yang berkaitan dengan Islam, tak banyak blog yang punya elemen seperti tu. leboh kepada laman sesawang kerajaan.

entri santai tazkirah :

LAW OF TODAY : KINDNESS~

nur aisya humaira said...

Assalam cikgu iman..:)

haa, AIsya suka bab2 org ngaji bertarranum ni.Tambah2 klu tilawah,tpi skang ni knape Aisya tak thu ye ade tilawah??

Macam tak de mention pn kat tv, ke Aisya yg tk tgk tv1...hoho

Haa,yg cikgu ckp masa zaman2 dulu Aisya memang suka tgk org tilawah ni, sampaikn adk beradk lain nk tukar channel pn tk bgi...

Plg tip top qari ngan qariah dulu dri indon,kemboja,malaysia klu tak silap,yg lain macam2 gaya kan cara dieorg ngaji...

pjg pulak Aisya duk comment...:)

Rancangan akademi Alquran, aisya always follow..:)

nurkass said...

mmg follow nih..suka dgn alunan mengaji tu..

Kakzakie said...

Siapa yg perlu disalahkan? Pucuk pokok tak akan tunas tanpa benih disemai. Dari semaian itulah tumbuh tunas yg menjadi pucuk dan seterusnya membuahkan ranting-ranting yg berdaun banyak. Memberi perlindungan konon tapi tanpa sedar bila hujan airnya tiris menembusi dan membasahi mereka yang mahu berlindung di bawahnya...

Renungan kita bersama cikgu....

gadisBunga said...

yes.

dan patut wujudkan sebuah terjemahan dalam rumah masing2 sebab baca AQ tanpa faham maksud tu sgt tak sesuai utk kita yg mengaku islam ni.

Bapak said...

tahun ini Sarawak jd tuan rumah. selain TV1, Astro Oasis, Al-Hijrah pun siar...

MerLe said...

semalam sempat tengok 2 orang baca je.. yang mula2 tu x sempat..

tgk smbil makn dgn fmili.. tenang jap hti.. =)

::FAIZ FARISH:: said...

suka komen Подтверждаю

NzA said...

makin lama agama makin trpinggir..cuba tnya budk2 umo 3 thn pn kena penyanyi.....

makdara TERdiva said...

baru tau ada sbb jarang sgt bukak saluran rtm..thx cikgu shah uar2kan disini :)

MR. SYAH said...

dulu ada belajar taranum.. jadi tahulah sikit2.. kt rumah sewa boleh tgk tv3 jer.. hurmm..

cucu umie said...

abg ipar sepupu ayie dpt pergi tgok live dekt kuching srawak tu pasal tilawah nie sebb dia saudara baru dlm islam..ustaz dia yg bawak..btw, btol ckap abg iman tu..ramai yg xbt pasal tilawah nie.. termasuk ehemmm..haha

Mutiara Bernilai said...

salam cikgu,,

mutiara pernah belajar taranum dulu2,,

tapi sekejap je,, dalam 6 bulan aje,,

hu, hendonisme dah jadi barah sangat2 dah zaman ni cikgu...

hu~

nyanyisunyi said...

Alhamdulillah..kak ida dapat menonton sama walaupun di tv..anak2 memang faham kalau ibu dia nk tenguk siapa pun tk berani tukar channel..

p/s paling suka tenguk Akademi Al Quran di TV 9..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

setuju dengan entry kamu.. sbb saya mmg duk cari info pasal majlis tilawah al quran ni..susah benar..

zarazueyin said...

terima kasih krn mengingatkan ttg musabaqah ni...
mmg susah nk jumpa blog yg cerita psl ni..

Kamsiah said...

tak dapat hadir...tiap th tak pernah miss tgk...bacaan yg merdu olh para qari/qariah....

nabilah_2908 said...

thnks sudi ingtkan tntng ni...perasan juga bila tgk Najib berucap semalam...tp sy tk dgr habis... ;)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget