WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, June 7, 2011

TOLONG JENGUK LAH ASTRO TU PAK MENTERI


KUALA LUMPUR – Astro melakukan beberapa pelarasan kepada pakej-pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai 2011. Bagaimanapun, Pek Famili dikekalkan pada harga  RM37.95 sebulan (atau hanya RM 1.30 sehari) untuk akses ke 38 buah saluran. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Astro di sini hari ini, bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikkan harga sekitar  RM1 hingga RM15.00 sebulan. “Terdapat penjimatan dari RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka. Pelarasan berkenaan adalah seiring dengan komitmen Astro untuk terus menawarkan nilai, pilihan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan,” jelas kenyataan tersebut. Tambah kenyataan itu, pelanggan Astro kini boleh menikmati nilai wang yang lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang telah direka khas bagi menawarkan pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan HD dan PVR. “Untuk hanya  RM125, para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, 3 pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan yang hebat sehingga RM45.85,” katanya. Para pelanggan boleh menikmati lebih banyak program hiburan yang menarik pada masa akan datang, seperti acara sukan ditawarkan dalam HD termasuk  Rugby World Cup 2011, London Olympics 2012, Barclays Premier League,  EURO 2012 dan Copa America Argentina 2011 dalam teknologi definisi tinggi. Saluran baru melibatkan saluran HD pula adalah Discovery World HD, Sundance HD,  sebuah saluran sukan sukan HD dan lebih banyak filem-filem dalam bentuk HD.Program-program tempatan yang lain adalah Salih Yaacob….I Follow, MasterChef Malaysia, Ustazah Pilihan, Tutor TV dan banyak lagi program pembelajaran. Para pelanggan juga akan menikmati Personal Video Recording (PVR) serta Remote Recording yang membolehkan  program kegemaran pelanggan dirakam dengan hanya menggunakan telefon bimbit walau di mana sahaja anda berada. 
Alahai, naik lagi. Dah la sekarang dah kena bayar goverment tax. Nampaknya lepas Maharaja Lawak kena berhentilah Astro Warna. Hehe. Imanshah masih ingat dulu kerajaan umumkan penghapusan cukai televisyen yang berapa ringgit entah. Maka rakyat bersorak riang, namun sebenarnya ada juga tujuannya. Lalu diperkenalkan Astro, maka kalau dulu rakyat membayar 21 ringgit untuk setahun, kini bayar 40 ringgit sebulan. Lepas tu kalau kita lihat, siaran televisyen sekarang (tanpa Astro) tak berapa jelas walaupun menggunakan arial. Lalu orang beralih pula kepada Astro sebab lebih jelas dan terang. Maka bayarlah kita semua, walaupun kita ni bukan selalu tengok TV. Tapi yang marahnya kalau hujan terus tak ada siaran.  Kalau nak tahu jika Astro kita ditamatkan perkhidmatan sekejap kerana lambat bayar, selepas kita bayar Astro akan menyambung atau aktifkan semula siaran kita. Namun, kat situ pun ada bayaran, tambahan sepuluh ringgit. Upah sambung semula. Alahai sambung melalui komputer je pun. tak perlu datang panjat memanjat kat rumah kita.

Kerajaan kena tengok lah benda-benda ni. Pak menteri jangan hanya jadi juara kes-kes pemimpin parti lawan sahaja, Ni lah yang dato' kena tengok. Kena bantu rakyat marhain ni. Hak rakyat untuk mendapat perkhidmatan terbaik dato', namun dalam masa yang sama janganlah berterusan ditindas. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

26 GENTA RASA:

pena rozie said...

Wa pun dah tak paham la.

a kl citizen said...

akak pun dok "sedekah' je kat astro ni.... tengoknya tak sangat

LUTFI SYAFIQ said...

kat rumah saya xpernah pasang astro. orang tua xmau pasang... huhu

mary ann ;) said...

pasang astro pon bukan semua channel kita tengok..sebab nak lebih clear je bila mengadap tv.. ;)

Kalamhati said...

rakyat didahulukan kan..ni la bukti dia..rakyat kena byr dulu..=)

Blogberry Emry said...

~ Barang Naik ~

gadisBunga said...

kamu masuk bertanding lah. kompem ramai undi. kita perlu pimpinan baru~

IMANSHAH said...

@gadisBunga

ayo, idok la mahu ..nak bertanding kawasan mana?? haha

Bapak said...

kagum jiran sebelah x langgan astro. yeker x clear kalu x pakai astro?, kita duk bandar raya ipoh cikgu...

ratusiput said...

masalahnye..dato pun sama naik camno..hihihi..

Aimi dan Pakcik Hashim said...

hehe
nasib baik aku x guna astro

astro yg ada nama aku member aku pakai dia bayar

iKhRam said...

itu belum kes tayangan yg diulang2.. hhuhu.. bosan!

iKhRam said...
This comment has been removed by the author.
iKhRam said...
This comment has been removed by the author.
khairunnisa ar alhan said...

dulu ayah sy tak psg pon astro ni...tp smnjk dok kat hjung dunia ni kena jugak psg...klo tak,tv 1 n 2 pon tak dpt...

Citarasa Rinduan said...

sangat2 bengang...

sabor jerlah.....

PS; morning cikgu..

Afida Anuar said...

Rakyat didahulukan..biasalah shah;)

Mira R. said...

alahaii, naik lagi?? haritu sampai 6% kalau tak silap sy gov tax yg kena bayar kan? ni naik lagi. padahal cerita yang ditayang kat astro cerita sama je, duk ulang je lebih. nak kata cerita best tu, takde sangat. kadang2 sampai naik bosan nak tgk tv. baik online fb ke, main blog ke.. chisss!

Kakzakie said...

Hanya rakyat negara kita yg takut pada perubahan. Kalau nak melihat perubahan kenalah berani tukar pak menteri!! Hahaha....

NzA said...

gaji jah xnaik2 adik weh.......

Suhami Ahmad said...

nasib baik atok tak langgan...dan insyaAllah, tak kan langgan

::FAIZ FARISH:: said...

susahla mcm ni....

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

tu laa pasal...dulu ingt lagi BAJET 2011 yg kate nk hapuskan tax spender laaa, baju dlam laaa hand fon segala tp tgk cm NON-HADO jeee..cm dilupakan jeee (kalau x silap patik laaa)so pak menteri sila laa komen

ibuintan said...

Pak Menteri pandang yang lain je, ada dio kesah rakyat susah ke apa ke!

memang benci ngan Astro skarang ni dah la servis cam hampeh yo..

wahida said...

saya setuju ngan tuan tanah!!
asyik naikkan bil, tapi bila hujan nan hado!!
mmg nampak gayanya terminate je la astro warna nnt lepas maharaja lawak nnt...
tapi nak terminate pun kena bayar sepuluh hengget...
adeh la...
pak menteri, tolong jawab!!

nurkass said...

dah pulok..pahni gapo pulok naik..haihhhh

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget