WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, June 12, 2011

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

Mengunjungi Indonesia sememangnya sesuatu yang sentiasa saya nantikan. Kunjungan kali ini bermakna sudah empat kali saya mengunjungi negara serumpun ini. Kali ini, saya ke sana kerana ada urusan seri paduka baginda. Hurm, kedengarannya semacam ada tugasan penting. Benar, tugas saya seperti biasa mengadakan program pengantarabangsaan. Dan Alhamdulilah saya cukup selesa dengan tugasan ini. Jika tahun lepas kami ke Rome, Italy, namun kali ini Indonesia pula yang menjadi destinasi persinggahan kerana masalah kewangan yang menghalang ke Korea (matlamat asal). Apapun saya tetap berbangga kerana turut menyumbang kepada pembangunan sekolah dengan cara saya sendiri selain daripada tugasan hakiki mengajar. 

Kali ini saya memilih Sekolah Menengah Atas 2 Bukit Tinggi, Sumatera Barat Indonesia sebagai sekolah sister kami. Alhamduillah perancangan untuk mengunjungi sekolah yang tertua di Sumatera Barat ini menjadi kenyataan pada tanggal 9 Jun 2011. Rombongan kami seramai 28 orang akhirnya menjejak kan kaki ke sekolah ini dan akhirnya satu memorandum persefahaman (MOU) ditandatangani oleh ke dua-dua sekolah sebagai satu bentuk persefahaman yang wujud anara STAR dan Sekolah Menengah Atas Negeri 2 Bukit Tinggi. Dan InsyaAllah kunjungan balas dari pihak Indonesia akan diadakan selepas ini. 

Sebenarnya, mengadakan program pengantarabangsaan bagi mewujudkan jaringan dan jalinan di peringkat Antarabangsa amat digalakkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Ianya merupakan salah satu syarat untuk mendapatkan taraf Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).  Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik sekali. Dan InsyaAllah selepas ini akan memikirkan program seterusnya di peringkat antarabangsa. Imanshah sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan teman-teman tentang perogram tersebut.



Sekolah Menengah Atas Negeri 2 Bukit Tinggi


Kedatangan kami disambut oleh para pentadbir sekolah


Majlis menandatangani MOU antara STAR dan SMA Negeri 2 Bukit Tinggi


Para pelajar SMA Negeri 2 Bukit Tinggi kusyuk belajar


Bergambar kenangan di hadapan sekolah

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

DaHLia said...

wahhh tahniah cikgu,,
entah bilalah cikgu dahlia pula akan dapat pengalaman sebegitu :D

sonata anak kancil said...

Tahniah mengwujudkkan MOU ini.Sekolah saya tak mampu lagi buat macam ni...

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah satu usaha yang baik, mudah-mudahan ia mendatangkan manfaat yang banyak semua.

Afida Anuar said...

Ooo..begitu... takpe2. InsyaAllah tahun hadapan shah ke korea pulak. Tak pun jepun.. tak pun UK..;)

NzA said...

wow....hebat!!!!Syabas dik.

cucu umie said...

wah sudah maju STAR..teruskan usha itu abg iman.. hehe incya-Allah pogram yang dirncng itu akan berjalan sgn lancar lh..

Mohamad said...

Semalam 11.6 sy ternampak bas STAR di. LcCT jam 11 pg. Barangkali dr Indonesia.

MerLe said...

alhamdulillah..jauh berjalan,byk pengalaman,tambah pengetahuan =)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget