WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, June 21, 2011

WANITA MALANG

Suatu hari, seorang alim ulama telah didatangi seorang wanita yang ingin memohon pertolongan mendapatkan tempat berteduh.  Kerana kesibukannya, beliau tidak dapat membantu wanita malang itu, namun berjanji untuk mendoakan wanita tersebut.

Beberapa saat kemudian wanita itu menulis puisi seperti ini :

Saya kelaparan ...
dan Anda membentuk kelompok perbincangan untuk membincangkan kelaparan saya

Saya ingin bekerja ....
dan Anda sibuk mengharamkan pekerjaan yang anda anggap tidak boleh lakukan, padahal halal dan saya memerlukannya

Saya sakit ...
dan Anda berlutut bersyukur kepada tuhan atas kesihatan anda sendiri

Saya telanjang, tidak punya pakaian ...
dan anda menanyakan di  dalam hati kesopanan penampilan saya,
bahkan anda menasihati saya tentang aurat.

Saya kesepian ...
dan anda meninggalkan saya sendirian untuk berdoa

Anda kelihatan begitu suci, begitu dekat kepada Tuhan
tetapi saya tetap amat lapar, kesepian, dan kedinginan ...


Setelah membaca puisi itu ...
Alim ulama tadi terharu dan berkata : "kasihan wanita itu" ... lalu sibuk berdoa kembali, dan wanita itu tetap tidak memperoleh tempat berteduh.

Sahabat, dalam memberi bantuan, kita sering lebih banyak menyampaikan teori, nasihat, atau perkataan-perkataan manis.

Namun, sedikit sangat tindakan yang kita lakukan. Berusahalah untuk membantu orang, mengasihi orang, bukan hanya dengan perkataan atau dengan lidah, tetapi dengan perbuatan nyata.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

ya Allah..siapakah wanita yang malang itu?

betul...kita tak bertindak pun. cuma berkata2 je untuk membantu. Tapi...apa yang kita telah bantu?

Allahualam..

yatie Awang said...

InsyaALLAH....

adrenalina said...

mmg susah nak jadi yang orang yg baik...dan mencari org yg betul2 baik...

zarazueyin said...

insyaAllah
terima kasih krn mengingatkan ;)

aida4eva said...

insyaallah :)

http://aida4eva.blogspot.com

Kami Cikgu Blogger said...

terima kasih sudi drop komen di KCB :) semoga anda berjaya menjadi guru cemerlang ....

delarocha said...

perkongsian yang bagus

IMANSHAH said...

@Kami Cikgu Blogger

sama2

iKhRam said...

terima kasih dengan entry ini.. sedar juga.. ramai antara kita lebih membantu dalam perkataan tanpa melakukan apa2..

terima kasih lagi sekali dgn ingatan ini..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget