WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, June 30, 2011

WARDINA OH WARDINA

KUALA LUMPUR – Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.

Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.

Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

“Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.


Isu terhangat minggu ini ialah kisah WARDINA. Imanshah ada beberapa pandangan, mungkin tak sama dengan pandangan tuan-tuan dan puan-puan. Mungkin ada negetif , mungkin juga ada positifnya.

1) Imanshah rasa nak menyaman blogger tu tak wajar lah terutamanya blogger-blogger politik. Pada Imanshah jika takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai. Biasalah, penulis mahupun blogger, memang mencari isu untuk dijadikan bahan penulisannya. Sudah semestinya isu hangat dan panas akan mendapat tempat di dada akhbar mahupun blog-blog. Sekarang terpulanglah kepada beliau untuk meneruskan niatnya. Hanya yang selalu mengikuti blog-blog politik akan memahami sepak terajang politik. Ke dua-dua belah pihak akan terus mempertahankan ideologi mereka. Dan InsyaAllah, di sinilah peranan kita untuk menilai mana satu yang baik, dan satu lagi yang buruk dan seterusnya diterjemahkan dalam bentuk undi pilihanraya.

2) Kalau sesiapa yang selalu mengikuti twitter wardina, memang status beliau ada unsur-unsur politik terutamanya lebih memihak kepada parti selain daripada kerajaan.Dan Imanshah rasa itu pilihan peribadi Wardina. Justeru sekarang ni Imanshah rasa, Wardina kalau kecenderungan untuk berpolitik, dan terpulang kepada beliau utuk memilih parti politik yang disukainya. Ini negara demokrasi, terpulang kepada mana-mana individu untuk menyokong kumpulan yang disukainya. Jika berminat boleh terus menjadi calon, dan bertanding dalam pilihanraya, dan inilaah Imanshah rasa medannya untuk membuktikan pengaruh dan kepimpinan beliau.

3) Tentang gambar-gambar lama beliau tu, rasanya tiada asas untuk menyuruh blogger keluarkan dari blog mereka. Pertamanya, gambar tersebut memang dah lama ada dalam laman maya ini. Yang ke duanya tak berapa logik lah, kalau ada 300 blog yang pernah memaparkan gambar-gambar lama beliau, takkan nak saman 300 bloggers ataupun pengendali laman web pulak. Lagipun kalau search google untuk melihat image Wardina masa zaman remajanya, banyak lagi laman web yang masih ada gambar beliau. Begitu juga sitkom popular SPANAR JAYA, masih lagi diulang tayang. Namun, kalau ditanya Imanshah, Imanshah pun tak ingin nak melayari dan melihat gambar-gambar Wardina di zaman mudanya. Itulah harga yang  harus dibayar sebagai selebriti.

4) Rasanya, Wardina tidak perlu melatah dengan apa yang telah berlaku. Rasanya diam itu bukan beerti kalah. Lebih kepada proses untuk menyejukkan keadaan. Istilah berani kerana benar, takut kerana salah, tidak sesuai sekarang kerana beliau akan diserang dari segenap penjuru. Memang dia mempunyai keluarga yang perlu dijaga ai mukanya, namun usah lah lagi mengeruhkan keadaan. Itu nasihat Imanshah. Semoga isu ini tidak berpanjangan. Kalau tak percaya buka lah blog-blog politik, macam-macam ditulis.

5) Mungkin isunya ialah Wardina bekerja dengan media yang sememangnya boleh dikatakan pro kerajaan. Yalah,yang ni ibarat kita dibayar gaji ikut tangan kanan, tangan kiri pula digari. Ditelan, memang tekak tak boleh terima, apatah lagi untuk diluah, tempiasnya kena merata-rata. Faham-fahamlah Wardina, tak perlu berlebih-lebih. Kalau rasa inilah masa untuk meninggalkan Tv3, pergilah dan berjuanglah dalam apa jua organisasi yang disukai. Namun rasanya, kalau isu sekecil ini pun sudah heboh satu negara, Imanshah bimbang Wardina tak kuat untuk berada dalam pentas politik nanti yang memang tak pernah kenal kawan mahupun lawan.

Apapun, sebagai pemerhati bebas, kita doakan yang terbaik untuk WARDINA. Bukankah Islam mengajar kita saling menghormati dan berkasih sayang?? Semoga tabah WARDINA!

Al-Hujurat, ayat 11


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamumenyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

33 GENTA RASA:

Kakzakie said...

Cantik ulasan N3 cikgu. Kakak punya persepsi sama macam cikgu. Cuma kalau boleh buat blogger yg mahu memaparkan gambar wardina, carilah gambar yg molek, usahlah dipapar gambar lama.... kesian dia.

waN Mohd Salim said...

tepuk dada tanya selera

jangan makan chili api kalau x nak terasa pedasnya

Inche gabbana said...

"saling hormat-menghormati dan berkasih-sayang.."

cikgu bukan cikgu BM ke..? Saya kecewa dgn cikgu...

xp

peace.

si kacak bergaya said...

Cikgu. Cuba tengok gambar apa yang dia tunjuk. Lps tu kata-kata dia sangat menghina ya..

http://1peluru.blogspot.com/2011/05/bekas-model-kangkang-majalah-mangga-ni.html

Kalau nak tunjuk pun, tak payah la masuk kan kata-kata macam tu. Hmmm.

IMANSHAH said...

@si kacak bergaya

tk

saya dah tengok blog sATU PELURU NI, dan banyak lagi blog2 politik yang lain..semuanya menghentam dan menghina..yang saya maksudkan , kalau terus melawan, takut lebih banyak keaibana akan dikeluarkan..itu sahaja..sebab semakin hari semakin banyak orang akan mengulas isu ini...dan mengulas dari sudut yang amat menyedihkan

::FAIZ FARISH:: said...

Wardina Cantik Bertudung

si kacak bergaya said...

@IMANSHAH

Betul juga. Wardina ni agak cepat melenting.

Alexandriana Alia said...

bagus jugak wardina buat macam ni, pengajaran gak kepada blogger next time silalah jangan sewenang2nya berbuat sesuka hati dalam blog masing2..

Piasara said...

"sokong entri ini..sikit2 saman..bertenang lah,tapi yg bab gambar tu yg akak tak berkenan kalau ada blogger yg masih dok boh gambar lama dia yg free hair..akk sendiri pon dah remove gambar2 lama akk yg kwn2 taq di fb...jadi akk faham perasaan dia.."

IMANSHAH said...

@Alexandriana Alia

Mlaysia kan..saman boleh ke??

lagi dia nak saman, lagi galak orng buka keaiban dia...tunggulah, sebab saya sellau ikut blog politik

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

ulasan yg menarik

Wassalam

Solihin Zubir said...

aku rasa, part gambar yg mengaibkan tu, wardina wajar ambil tindakan..
kalau x ambil tindakan, makin ramai yg berani upload dan sebar gambar2 zmn jahiliah dia dlu di balam maya..
skrg mungkin 300.. akan datang?

suhaila-ab said...

sesetengah manusia mmg suka tengok atau dengar tentang keaiban org lain...malah keaiban senang diungkit ungkit walaupun telah ditinggalkan bertahun2 yg lalu tp bila kita buat kebaikan ia amat sukar utk diingati..dok gitew?

radzdynna said...

salam... mmg betul kalo kita pergi kt search engine n taip nama wardina, gmbr2 lama dia masih ada dlm alam maya tp kebanyakan mmg dah di post sejak zaman wardina free hair lg...

tp yg kali ni, bloggers dgn sengajanya memaparkan gmbr2 wardina free hair... makna kata 'dgn niat'.... itu bezanya

makdara TERdiva said...

hari2 pun kena bersihkan hati :)

iKhRam said...

kadang-kadang elok ikut cara dato siti dalam menghadapai apa jua persepsi masyarakat..

sebab itu dia tetap berada pada tahap atas..

bg saya untuk menjadio seorang yg dikenali masyarakat, itulah asam garamnya.

walaupun semua permaslahan mesti ada penyelesaiannya.. kadang2 pelik dgn oang yg membuat perubahan.. abis semua kanagan yg leaps nak dilupus.. tak boleh la macam tu.. kita ni pun berubah sebab perkara2 yg lepas..

saman tak tentu lg mampu menyelesaikan masalah. Kesan perbuatan semalam pasti mengimbau keadaan pada masa akan datang.

cucu umie said...

mungkin kalo gmbo itu privacy kot abg iman.. hermmm, kalo yg lain itu berdiam shje.. kalo bt kecoh lg lah menunjukkan sesuatu perkara itu mcm benar shje...

IMANSHAH said...

@cucu umie

gambar dia dalam majalah Mangga..

kimi said...

cikgu sek star ek

gadisBunga said...

ada org yg sengaja nak buka aib org. tak payah cakap pasal bab agama, sebenarnya common sense pon dah patut tau apa yg mengaibkan seseorang tu tak patut disebarkan.

sure dia nak jadi contoh yg baik untuk anak2 dia tapi kalau dia mohon kerjasama secara baik tapi tak diendah...mungkin sebab tu dia bertindak lebih tegas.

sama-sama lah jaga kehormatan sesama muslim...

Rtp Farra Arisha said...

arisha googling news tadi pun isu ni yg tgh hot skrg. mudahan cepat2 selesaikan perkara2 ini.

siti murni said...

semalam ternampak a few post menyebut pasal wardina nih..tapi tak ambil port pulak..hari ni nak korek cerita semalam lah nampak gayanya..dah ketinggalan sikit..

ibuintan said...

setuju sangat dgn ulasan Iman... diam itu lebih baik

mungkin juga dia takut TW3 akan menyingkirkannya

MR. SYAH said...

rasanya setuju dgn pendapat cikgu..

Kalamhati said...

Sabar..kerna sabar itu besar hikmahnya..walaupun payah..

Eyrique Ettiqazz said...

salam ..

lari banyak drpd tajuk..

Imanshah x jadi guru pengiring skuad ragbi STAR lwn MCKK petang ni?

NzA said...

setuju dgn pandangan iman tu....

IMANSHAH said...

@Eyrique Ettiqazz

xlah, tak reti pun main ragbi pun

Afida Anuar said...

A'aaa, memang benar apa yang shah ulas ni, saya pun berfikir macam tu.. apa pun doakan yang terbaik tuk beliau:)

nurkass said...

emm..tak taulah apa nak jadi..semoga ada hikmah disebaliknya..

Bigdaddyz said...

Wardina...beliau kurang kejujuran dalam berkata-kata...ada yang tersirat.

Zul Fattah said...

kalau kita buka aib org.. Allah akan buka aib kita..
tapi kalau kita tutup aib org.. nescaya Allah akan tutup aib kita..
ni pasal kes Wardina pergi ceramah pas r ni.. kn? tu yg diaorg x puas hati..

khairul akmal bin azman said...

1 je prinsip gua..kalaw kite ttup aib org..
begitu sebaliknye

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget