WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, June 18, 2011

WARKAH BUATMU AYAHANDA

Warkah ini merupakan entri REPOST Imanshah yang pernah diterbitkan dalam HOK SENGOTI pada tanggal 2 September 2009, 3 hari selepas kepulangan ke rahmatullah almarhum ayahanda saya, Haji Abdul Ghani bin Abbas. Saya sekali lagi ingin berkongsi rasa dan pengalaman bersama teman-teman tentang baik budi seorang ayah, apatah lagi bersama teman-teman yang masih memiliki ayah. Semoga kalian menyayangi dan menghargai kasihnya bapa, sayangnya ayah, tulusnya abah dan cintanya walid terhadap kalian semua. Jika ayah telah pergi buat selamanya, barulah saat itu, kalian akan merasai kehadirannya!! Warkah ini juga sempena HARI BAPA yang akan disambut esok.


Assalamualaikum ayahanda..

Anakanda doakan semoga roh ayahanda tenang di sana...Tatkala anakanda menulis surat ini anakanda sudahpun sampai ke tempat anakanda berkelana, jauh meninggalkan pusara ayahanda yang masih merah. Alhamdulillah, anakanda dan keluarga redha dan merelakan pemergian ayahanda di pagi 9 Ramadhan 1430 H untuk bertemu Allah Rabbul Izzati. Di kala seluruh ummat Islam sedang menuai segala Rahmat Ramadhan, ayahanda dijemput Ilahi dalam bulan penuh Barakah ini. Cuma anakanda agak terkejut, apatah lagi ayahanda pergi dalam keaadaan yang mudah dan tiada penyakit kronik serta tiada tanda-tanda akan meninggalkan kami semua.

Ayahanda,
Apabila anakanda menulis warkah ini, anakanda terkenang pada zaman kampus di mana warkahlah yang menjadi penghubung antara kita. Pada hari ini, sekali lagi anakanda mengutuskan warkah, walau cuma warkah kali ini tidak akan diposkan seperti biasa. Walaupun kami semua merelakan pemergian ayahanda, namun terdetik sedikit perasan terkilan kerana anakanda tidak dapat berada di sisi ayahanda tatkala di saat pengakhiran hidup ayahanda. Apatah lagi anakanda merupakan anak bongsu lelaki dan antara yang paling rapat dengan ayahanda. Sememangnya setiap anak ingin berada di sisi ayah bondanya di saat kematian mereka. Namun, anakanda tidak berdaya. Jarak memisahkan kita.

Ayahanda,
Bonda ada bercerita yang ayahanda teringin benar untuk makan pulut durian. Alhamdulillah, keinginan tersebut telah dipenuhi dan ayahanda nampak berselera benar makan pulut durian sehingga bertambah. Sedangkan, sudah tiga tahun ayahanda tidak menjamahnya. Rupanya itu tandanya ayahanda hendak meninggalkan kami selamanya. Ayahanda juga beria-ia untuk menunaikan umrah, walaupun baru sahaja pulang mneunaikan haji dua tahun lepas. Maka kami kabulkan niat ayahanda dan ayahnada berangkat ke tanah suci 2 bulan yang sudah.  Alhamdulillah ayahanda pulang dengan selamat. Syukur kata ayahanda dapat menziarahi makam Nabi Muhammad junjungan besar kita serta bersolat di Masjidil Haram buat kesekian kalinya. Tatkala pulang ayahanda belikan kami semua dengan jubah.T ak terlepas dari anak-anak, menantu, dan cucu, semuanya dibelikan jubah.Ayahanda mahukan pada Aidilfitri tahun ini semua ahli keluarganya memakai jubah pada hari raya pertama. Rupanya, hajat ayahanda tak kesampaian kerana ayahanda dijemput-Nya.  InsyaAllah kami akan tunaikan hajat ayahanda sewaktu hayat dikandung badan.

Ayahanda,
Mungkin dahulu anakanda merupakan anak remaja yang nakal, selalu membantah bila disuruh. Ayahanda selalu menyuruh kami adik beradik membantunya di sawah dan juga di ladang tembakau. Maka dengan perasaan yang malas, anakanda terpaksa melakukannya. Rupanya ayahanda mahukan kami adik beradik merasai kesusahan ayahanda dan bonda dalam membesarkan kami agar kami tidak lupa asal-usul keturunan. Al-hamdulillah, anak-anak ayahnada yang 7 orang semuanya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading walaupun ayahnada tidaklah berpendidkan tinggi. Semuanya hasil berbudi kepada tanah dan berkat menjadi imam di kampung kita ayahanda. Masih terbayang lagi kenangan di saat ayahanda mengahntar dan menjemput anakanda pulang dari sekolah rendah menggunakan basikal tua.

Ayahanda,
Sebagai anak, anakanda bersyukur walau tak dapat disisi ayahanda di saat-saat akhir, namun anakanda dapat turut memandikan, menggosokkan mayat ayahanda, mengkafankan sekujur jasad di perbaringan. Anakanda sempat meyembahyangkan jenazah ayahnada, serta mengusung jenazah ke tanah perkuburan. Yang paling anakanda bersyukur, anakanda juga sempat turun ke liang lahad untuk mengebumikan ayahanda bersama kekanda. Rasanya ayahnada gembira kerana anak-anak sempat menguruskan jenazah ayahnada buat kali yang penghabisannya. Bercucuran air mata kami adik beradik saat terakhir melihat jenazah ayahanda sebelum disemadikan.

Ayahanda,
Anakanda cukup terharu menyaksikan ramai rakan taulan, sahabat handai, saudara mara yang hadir memberikan penghormatan buat bekas imam mereka. Ramai yang hadir ayahanda. Merekapun bagai tidak percaya, bekas imam dan bilal yang setengah abad hidupnya diabdikan pada masjid telah tiada. Ramai yang menyembahyangkan ayahnada. Begitu juga yang mengiringi ke tanah perkuburan. Begitulah kasih sayang mereka pada insan yang banyak berbudi pada mereka. Bacaan-bacaan solat, seruan azan, kuliah-kuliah agama, majlis-majlis keagamaan, nikah kahwin, zakat fitrah semuanya diuruskan ayahanda. Kalau dulu ayahanda membacakan talqin bila ada kematian, kini ayahanda pula ditalqinkan, kalau dulu ayahnada yang mengimamkan solat jenazah, kini ayahanda pula disembahyangkan.

Ayahanda,
Malam tadi anakanda menemankan bonda tidur di kamar ayahanda. Sayu melihat bonda yang tak dapat melelapkan matanya. Walaupun tiada kata-kata, namun wajahnya sudah menceritakan segala-galanya. Apatah lagi kami adik-beradik akan pergi hari ini meninggalkan bonda di kampung demi mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan. Saat anakanda dan adik beradik berangkat tadi, bonda tak henti-henti menangis. Tabahkan hatimu wahai bondaku.

Ayahanda,
Rasanya cukuplah warkah buat terakhir kalinya ini.Sebak rasanya dada dan titisan air mata mula berguguran di pipi. Jutaan kemaafan anakanda pohonkan andai selama 29 tahun anakanda hidup di dunia ini, dari hari pertama anakanda dilahirkan hinggalah saat ini anakanda banyak melakukan kesalahan dan kekhilafan dalam hidup ini. Anakanda telah sedaya upaya untuk menjadi anak yang akan selalu megembirakan kedua orang tuanya. Jutaan terima kasih juga anakanda titipkan kerana memberi ruang kepada diri ini untuk berteduh di bawah dahan kasih sayang ayahanda dan bonda yang sangat menyejukkan. Tiap tika dan saat yang dilalui, kenangan bersama ayanhanda akan selalu hadir dan mengalir dalam diri anakanda. Terima kasih juga Allah kerana meminjamkan ayahanda selama 63 tahun di dunia ini.. Anakanda akan sentiasa mendoakan ayahanda di sana kerana doa anak-anak yang soleh akan terus harum dan sampai buat orang tuanya..

Anakandamu...
Ipoh, Perak




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

31 GENTA RASA:

myamyza said...

sedinya surah ni.. teringat juga saya pada arwah ayahanda saya yang pergi menemui ALLAH setahun yang lalu...al fatihah..

adwafarahin said...

sedeynye,semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman
alfatihah..

akan sedaya upaya menghargai kehadiran abah selagi hayat dikandung badan :')

a kl citizen said...

Sebak membaca surat ini semula iman...

IMANSHAH said...

@a kl citizen

terima kasih kak normah sudi membaca sekali lagi...buat mereka yang masih punya ayah

yatie Awang said...

Al-Fatihah buat ayahanda Iman,dan juga buat ayahanda kakak, hanya doa yg mampu dikirimkan...rindunya kat ayah

Sue said...

Saya menangis membaca surat ini! Sesungguhnya apabila telah sampai masa...kepada Allah jua mereka kembali. Al-Fatihah buat yang telah pergi. Alhamdulillah saya masih punya ayah yang sentiasa melimpahkan kasih pada kami adik beradik... Ayah saya pun sama seorang bilal dan namanya hampir sama dengan ayahanda Imanshah... Dan sebagai anak sudah tentulah saya sentiasa mendoakan kesejahteraannya... Bersamalah kita mendoakan mereka, di sini atau 'di sana......'

nur aisya humaira said...

Alfatihah buat ayahanda cikgu iman..sebak plak bce warkah cikgu ni..

IMANSHAH said...

@Sue

ALhamdulillah Sue, sayangilah ayahanda dan bonda sepenuhnya

Dinas Aldi said...

sama la kita dik, dah takda ayah lagi..

Al-Fatihah buat arwah ayahmu.

Kalamhati said...

Baca dengan juraian airmata..
rindukan ayahanda juga..kita serupa..tiada lagi kasih sang ayah yang budiman..namun semangat kentalnya masih menjadi teman diri ini..peniup semangat..

Al-Fatihah utk semua ayahanda kita..semoga mereka tenang bersemadi di sana..

IMANSHAH said...

@Dinas Aldi

takziah juga dari saya

IMANSHAH said...

@Kalamhati

bila wan meninggal?

Miecyber said...

Al Fatihah untuk ayah ayah kita...

Cipan liar

iKhRam said...

dulu saya mungkin nakal juga.. tp usia byk mematangkan.. disaat saya nakal, di saat saya baik.. disaat kegagalan dan di saat kejayaan.. semuanya ditemani abah yg seorang ni..

dan sekarang usia sekali mematangkan.. dan saya tak mampu hidup tanpa seorang abah... tak mampu abg imanshah..

biarlahl abah saya sentiasa sihat.. satu saja impian saya.. saya mahu memegang ijazah saya dan dilihat emak dan abah..

kerana setiap hari saya melihat kekosongan hati rumate saya yg kehilangan ibunya..

abah..
kasih sepanjang hayat..

terima kasih dgn perkongsian ini..

alfatihah.. unutk mereka yg telah tiada..

Citarasa Rinduan said...

cikgu..
bangga ayu dapat mengenali cikgu.. anak arwah imam...

semoga tenang arwah disana..dengan anak2 nya yang baik budi pekertinya

selamat hari bapa untuk semua bapa di seleuruh dunia

PS: walau ayu mengantuk, surat ini buatkan air mata ayu keguguran.. sangat2 terharu...
~dan.. ayu teringin nak makan pulut durian juga~

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduan

mana nak cari durian malam2 buta ni Ayu

IMANSHAH said...

@iKhRam

Alhamdulillah, dewasa bersama kematangan..itulah proses kehidupan..

semoga Ayah Ikhram sentiasa diberi kekuatan dan kesihatan berpanjangan, kebahagian yang berterusan..

Azmer Lias said...

warkah yg menyentuh perasaanku...
huhuhu :'(
al-Fatihah..hanya doa yg mmpu dititipkn...
sem0ga sya lebih menghargai ayah yg msih hidup..insyaAllah..Amin =)

NzA said...

sedih dan sebak membacanya..xdpt bygkan utk menghadapi saat kehilangan insan trsyg dlm hidup sprti yg adik tlh lalui..yg pasti kita akan lalui juga....Al-Fatihah utk arwah.

NaeBlog said...

Takziah... sepastinya ayah Cg.Iman pergi mengadapNYA dengan penuh ketenangan... Moga saya tidak leka untuk membahagikan mak dan ayah.. Insyaallah

nelly said...

sedih nelly baca ~
T_T

Kalamhati said...

@IMANSHAHtahun 2000

sissyira said...

salam..

semoga arwah tenang disana..

comel header baru, dah lama x main dunia blog, sekarang baru ada kelapangan, sempatlah jalan2 2 3 blog..hehe

IMANSHAH said...

@sissyira

header je, badan nye masih yang dulu juga..

zarazueyin said...

really touching ;(

shahjiehan said...

semoga arwah di tempat org briman...


stail header baru tuh!! hahaha



dasyat!

shahjiehan said...

semoga arwah di tempat org briman...


stail header baru tuh!! hahaha



dasyat!

hani@debumelukut said...

setiap ayat yg bersalut kasih sayang seorang anak telah membuat hati akak tersentuh..Semoga roh nya di cucuri rahmat..Alfatihah buat ayahanda.

Afida Anuar said...

sayunya baca warkah untuk ayahanda ni, tak semena-mena air mata mengalir....

saya doakan moga arwah bahagia di alam sana dan ditempatkan di kalangan mereka yang soleh dan beriman..Amin..

IMANSHAH said...

@shahjiehan

alah biasa2 aje le

ahsfantasy24 said...

alhamdulillah..
syukur sbb kte pnye ayah
dan ayah sgt sygkn kte..

:)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget