WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, July 27, 2011

AKADEMI FANTASIA MUSIM KE 10

Apa khabo yeop-yeop ngan yong-yong sekelian  petang-petang macam ini?? Tengah buat apa kome semua?? Ini sah-sah tengah ngadap televisyen negok derama korea ye dok?? Haha, betoi dok teman teka?? Sebenornya hari ni teman nak kabo pasal tadi teman jadik juri untuk pertandingan karaoke sempena Minggu Pusat Sumber kat sekolah teman. Apa ke bidaah buat karaoke nak sambut Ramadhan ni. Tapi bila teman dikahabor kan yang lagu-lagu berunsur ketuhanan, baghulah teman setuju yeop. Teman tahu le teman ni memang ade bakat. Tapi idok ke deme tu kesian kat teman, asal ada musabaqah je panggil teman, asal ada nasyid je panggil teman. Pertandingan pidato pun nak teman juga jadik juri. Nak buat macam mana ye dak. Oghang kalau berbakat memanglah WANTED kan. Udoh, berbulu doh teman nengok pembaca bila teman bagitahu macam tu.

Teman bukan ape, kalau rancangan kecik-kecik macam ni bagi le orang lain. Kalau Akademi Fantasia tu teman buleh le gagoh, maklumlah teman ni taraf-taraf Ogy Mat Daud. Opps. Hehe panjang benor teman membebel. Apa kate kita layan gambo-gambo yang ada.


Ini peserta ke berapa entah. Nyanyinya ke laut. Sumbang. Teman bagi  20 markah dari seratus. Memang sesuai nyanyi Kenangan Terindah.. Memang terindah le mike nyanyi tadi. Cuba lagi tahun depan. Usah putus asa.


Ini pun same juga. Pitching hang lari, pi cari dulu pitching. Tak habis-habis mintak tulung bagi menang kat dia. Ade ke ghope itu. Rasuah-rasuah buleh, tapi bak cekgu seribu dulu.


Ni pula Misha Omar deme panggil. Muka pun ada iras, gaya pun sama. Ni balik berlatih lagi ye. Muka je tak cukup!!


 Antara barisan juri yang bertugas. Sampai ternganga dengor deme nyanyi. Salah seorang juri komen, sepanjang hidup ini le nyanyian paling tidak mesra telinga pernah dia dengor. Huhu.


Tu dia, siap bawak fan club lagi. Kunun-kunun ada fan club buleh menang le tu. 


Ini le piala yang menjadi rebutan. Huhu idok le grand sangat sebenornya. Sekadar memeriahkan acara. Baguih le deme buat program Minggu Pusat Sumber sebenarnya. Karaoke sekadar salah satu pengisian sepanjang miggu. Banyak lagi acara yang dilangsungkan sebenarnya yang melibatkan penglibatan pelajar. Apapun kepada pelajar-pelajar Iamshah yang ada dalam entri kali ini, idok le teman nak mengutuk kome semua. Sekadar menambah garam dalam gulai sahaja, barulah ada rasa sedikit. Yang penting kome semua tidak malu. Jumpa lagi.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

cucu umie said...

wah pertandgn karaoke gitu...alamak, ayie lemah sikit nak karok2 nie sebb memang xsedap..btw, terlebih wanted jer abg iman nie..kehkeh

HR by HaziqRidzuan said...

ate teman teringat pule yg teman dulu pun pernah dipanggil misha omar time form 1 dulu...huahuahua..sah sah sore teman lagi hebat...lalalalala~

Afida Anuar said...

Gaya pegang mic dah ada tu.... kena makan air asam jawa banyak2 nampaknya ni..kekekekek

h A n Y S said...

sampai ternganga juri..hahaha

iKhRam said...

nak masuk sama.. mana tau glemer [pulak kat star nnt..??

Acik Erna said...

idok pulak cik gu tunjuk kan pemenangnye..

sarah-najwan said...

wow..kelaz skoloh dio..ade akademi nasyid..ehhee

NzA said...

fulamak, peserta ke 3 tu ada gaya ttp idok la teman tau suaranya ok ke idok......

Kalamhati said...

khelazzz...hehe

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

kreatip laa depa..tu pon tujuan nye pon nk menarik bebudok tu mai libry kannn...

saiazuan said...

haha mati2 igt btl2 ada.. huhu

Muhammad Yazid Rosly said...

terbaik!!... :)

a kl citizen said...

Memang budak2 sekarang suka menyanyi.... Dah ada ke pemenangnya?

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

es esh...
lagu ape yg budak tu nynyi
sapai tengge juri tu..
ate...menang ke budak tu....

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Wassalam

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget