WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, July 15, 2011

AKHIRNYA PIALA PERDANA MENTERI DIBAWA PULANG KE IPOH

Dengan ini Dewan MENERIMA usul perbahasan, dan pemenang pertandingan bahas Piala Perdana Menteri Kategori Bahasa Melayu jatuh kepada Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.

Maka, bergemalah Dewan Pleneri Pusat Konvinsyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan tepukan dan sorakan atas kejayaan yang sungguh bermakna ini setelah melakukan perkara yang sama lewat tahun 1996. Ketika itu Imanshah tak tahu apa yang hendak digambarkan perasaan ini. Memandang kepada wajah gembira puan Noridah, Imanshah seakan berkongsi perasaan yang sama dengan beliau, orang yang banyak mencurah ilmu dan pengalaman beliau dalam dunia perdebatan ini. Terima kasih Puan Noridah atas perkongsian yang mantap dan hebat ini.

Melihat para pembahas menangis dan berpelukan tanda syukur dan gembira, hati jadi sebak. Terasa begitu lama menantikan momen-momen indah ini sejak tahun 2004 lagi ketika mula-mula mengambil alih pasukan bersama Puan Noridah. Alhamdulillah, mungkin orang hanya nampak kepada kejayaan yang diraih, namun sebenarnya banyak air mata yang tumpah di sebalik kejayaan yang hadir ini. Alhamdulillah, Imanshah panjatkan kesyukuran buat Maha Esa yang akhirnya memperkenankan kejayaan ini. Asas Hujjatul Islam yang kami perjuangkan ditambah dengan semangat ukhuwah yang tinggi akhirnya memberikan impak yang positif dalam hidup.

Sekalung apresiasi ditujukan buat sifu saya, Puan Noridah bt Haji Ramlan, anak-anak yang saya sayangi, Qushairi, Uthman, Amirul, Amir Syafiq atas persembahan hebat kalian di pentas final. Juga buat bekas-bekas pembahas yang nama mereka saya abdikan di blog ini.. ADAM EFFENDY, SYAFIQ MAZLAN, FARID AL AZIM, HARINN HIZHADI, SYAZWAN ASWAT, HAZIQ JANUDIN, FAIZS OMAR, ABDUL HAKIM, SIRAJ, ASYRAf, AZRI KAMARUDIN. Kegagalan kalian semua telahpun ditebus hari ini.  Juga tak lupa buat KELUARGA DEBAT BAHASA MELAYU STAR terdiri daripada para pelajar junior yang saban waktu membantu , tanpa kalian kejayaan ini mungkin tertangguh. Alhamdulillah, Piala Perdana Menteri akhirnya selamat dibawa pulang ke Ipoh.


Perbahasan sedang berlangsung


Para penyokong dibawa dari Ipoh


Pembahas Terbaik, Qushairi sedang menjulang PPM


 Juara dan naib juara kategori BM dan BI bergambar kenangan


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

NzA said...

TAHNIAH!!!!

iKhRam said...

tahniah star
bukan mudah nak cpaai kejayaan..

nurkass said...

alhamdulillah..
rezeki STAR..congrats to all of you..!

gadisBunga said...

tahniah STAR! :D

Amy Syaquena said...

wow tahniah star , bangga kejap jadi orang ipoh hehe..

sarah-najwan said...

tahniah deh...smlm tgk sekejap via webtv..

***blog ni nape skrg hapdet tak naik kat dashboard?..ade prob eh?

makdara TERdiva said...

congrats!
anak2 murid hebat sbb adanya guru2 yang hebat spt cikgu imanshah :)

Acik said...

congrats! kite pun dp rasakan manisnya kemenangan itu! :) nanti menang lagi, k!

Inche gabbana said...

aik..?? saya dululah..! apsal tak kuar pon kat belog saya, yg cikgu dah hapdet..??

takde takde, saya dulu...! ;p

btw, ada koreksi di situ. 'effendY' dan bukan 'I' ye sekian terima kasih. ^^

p/s: seriyes bangga dan hepi, sampai ari ni tak ilang lagi. hehe.. TAHNIAH SEKOLAH BINTANG...!!!

IMANSHAH said...

@Inche gabbana

peroblem lah belog ini, memang tak kuar hupdate dia..aish

wahida said...

tahniah STAR!!

cayalah korang!! korang mmg hebat!!

- abdul hadi abdul muti - said...

tahniah cikgu!!suke baca ayat cikgu yang ni : "anak-anak yang saya sayangi".aaawwwhhh..kebapaan sungguh!!haha

cucu umie said...

tahniah bt anak STAr..incya-ALlah kejayaan nie akan diteruskan untuk tahun2 akan dtng

Siti Mashitah Saidin said...

wow.. tahniah!

Encik Rasis said...

tahniah kepada semua guru & pelajar yang bertungkus lumus membawa pulang piala PPM balik ke tanah keramat

Afida Anuar said...

Alhamdulillah...akhirnya berjaya.
Tahniah buat semua yang terlibat..terutama guru2 yang tak putus2 kasi bimbingan, ajaran..

PS: bila balik ipoh? tak round2 putrajaya dulu ke shah? tengah ada pesta floral ni;0

arsal74 said...

Tahniah, yop!

Kalamhati said...

Tahniah!tumpang bangga..=)

Rohaizam Rosli said...

tahniah tahniah.... kawan iejam pendebat STAR ipoh jugak.... dia SPM tahun 2006... Abdul Hafiedz kalau kenal la... dia kat U pon stil berdebat... huhu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget