WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, July 30, 2011

AMBANG RAMADHAN

Kehadiran Ramadhan kian terasa. Tagline RAMADHAN HADIRMU DINANTI, KEPERGIANMU DITANGISI mula kelihatan di mana-mana. Malam tadi Imanshah berkesempatan untuk menghadiri Forum Di Ambang Ramadhan : Transformasi Ramadhan di sekolah Imanshah. Alhamduillah, ada juga program untuk budak-budak ni. Kalau tak buat, tak dapat apa-apa lah mereka. Namapun budak-budak kan, inikan pula kita yang dewasa. Ada program pun mana lah nak datang sangat. Golongan dewasa yang hadir malam tadi adalah dua tiga kerat. 


Ustaz Kahar sedang mengupas persoalan puasa. Kupasan yang sangat menarik. Dengan gaya bersahaja ditambah dengan lawak jenaka yang sinis, forum kelihatan sangat menarik. Idok le deme tampil dengan suasana stress mahupun gaya zaman dulu-dulu, membuatkan para penonton tidak mengantuk dan hilang fokus.


Khusyuk tu. Ada ghope Imam Muda?? Banyak manfaat yang didapati dari program tersebut. Teringat kata-kata ahli panel :

RAMADHAN sebenarnya medan latihan untuk kita BERPUASA selama setahun...
Bukan bermaksud kita perlu berpuasa selama setahun. Islam idok suruh tu. Tapi maksud di sebalik kata-kata tersebut, perkara-perkara yang baik kita buat seperti ibadat sunat, tidak mengumpat, menutup aurat dan sebaginya seharusnya kita lakukan sepanjang tahun, bukan hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Begitu juga dengan perkara-perkara maksiat yang kita tinggalkan sewaktu Ramadhan, seharusnya juga ditinggalkan sepanjang tahun dan buat selama-lamanya.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

5 GENTA RASA:

::FAIZ FARISH:: said...

tak sabar nak puasa

slamat berpuasa

Puding Karamel said...

salam ziarah kembali
selamat memakmurkan ramadhan
semoga Allah meredhai

faiz said...

semoga ibadah puasa tahun ni lebih sempurna..

iKhRam said...

Ramadhan yang dinanti.. semoga ada keberkatannya..

amin

Afida Anuar said...

Bukan setakat ada rupa...dah memang layak jadi imam muda pun, rasanya kalau masuk imam muda ni, sah juara.. he he;)

selamat berpuasa shah;)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget