WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, July 25, 2011

ASAM LAKSA MAKANAN KE-7 TERBAIK DI DUNIA


KUALA LUMPUR – Masakan tempatan yang berasal dari Pulau Pinang, Asam Laksa telah terpilih sebagai salah satu daripada makanan terbaik di dunia.
Kaji selidik pemakanan yang dijalankan oleh CNN International mendapati, Asam Laksa tersenarai di tangga ke-7 dalam senarai 50 makanan terbaik dunia.
Tersenarai dalam ruangan Guide to lifestyle, shopping, hotels and restaurants CNNGo, Asam Laksa Pulau Pinang ini akan menjadi lebih sedap apabila ditabur dengan halia ‘yang boleh mencairkan anda sebelum anda makan lagi.”
Menurut ruangan itu, ciri makanan tersebut sebagai ‘ikan kembung, asam jawa, cili merah, pudina, serai, bawang, nanas sup ikan masam pedas ketagihan dan mee yang direbus.’
Walau bagaimanapun, makanan tersebut adalah satu-satunya makanan Malaysia yang tersenarai walaupun Malaysia adalah antara negara yang dianggap sebagai negara yang mempunyai banyak makanan yang amat mengiurkan.
Thailand, menduduki tempat teratas carta tersebut dengan masakan kari yang mempunyai rasa kelapa dan manis dan ianya dianggap sebagai sesuatu yang lebih baik berbanding dengan pilihanraya negara tersebut.
Makanan lain Thailand yang turut tersenarai adalah tom yum goong (nombor 8), nam tok moo (nombor 19) dan som tam (nombor 46).
Asam Laksa Pulau Pinang, bagaimanapun, berjaya mengatasi makanan-makanan terkenal lain seperti Shepherd’s Pie dari Britain, French Croissant, Pho dari Vietnam dan Kebab Iran.
Singapura mendapat dua tempat iaitu Chili Crab (no 35) dan nasi ayam (no 45), walaupun kedua-dua makanan tersebut juga banyak dijual di restoran-restoran di Malaysia.
Antara makanan lain yang juga sering dinikmati oleh rakyat Malaysia seperti roti telur (Hong Kong), lasagna (Itali) dan rendang (Indonesia) juga termasuk dalam senarai tersebut.
Makanan pelik yang disenaraikan adalah tauhu busuk yang berada di tangga ke-41. Ianya disifatkan sebagai salah satu daripada ikon terhadap makanan di Asia Tenggara, sama seperti durian.
Bau yang dikeluarkan oleh tauhu tersebut amatlah kuat, hinggakan seseorang itu tidak dapat melupakan bau tersebut hingga berbulan lamanya.
“Adakah membuat makanan seperti itu sesuatu yang berbaloi? Sudah tentu,”tambah CNN. Sumber : MYNEWSHUB


Wah, tahniah nampaknya makanan Malaysia diterima ramai juga di dunia. Tapi Imanshah tak berapa nak reti makan asam laksa ni, kalau maggi asam pedas makanlah.  Tertunggu jugak kalau ada masakan lain seperti nasi kerabu ke, nasi lemak ke tersenarai. Bangga ambo sebagai rakyat kelantan kalau nasi kerabu tersenarai. Macam mana nak buat asam laksa ni ek?? Siapa tahu?? macam nak cuba je bulan puasa ni. Angan-angan je tu. Apa susah Bazar Ramadhan sudah tentu ada menjual asam laksa.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

27 GENTA RASA:

Kalamhati said...

Ambo pun tak brepa brehi asam laksa ni..tekak nk make laksa klate jugok..hehe

Hanif Omar said...

roti canai mana cikgu?

adol ihsan said...

SAlam...

Uu.. uii,, sedap lak ai.. :)

adrenalina said...

sedap tu ...kalau pedas sgt2 sedap...tapi pedas sgt xleh tahan jugok..uwa kat sini mana nak cari???? kene tunggu cuti sekolah lah baru dpt!

iKhRam said...

rindu nak makan asam pedas melaka..
asama pedas ikan terubuk tue.. walaupun letih memilih tulang.. tp sebab kuahnya sedap.. kita meletops jugak la..

IMANSHAH said...

@Hanif Omar

hallo Roti Canai tu makanan india le

yatie Awang said...

tempat kakak panggil laksa pineng, sedap juga tapi kakak kurang gemar

Hanif Omar said...

@IMANSHAH camne ngan rendang tok

IMANSHAH said...

@Hanif Omar
rendang tok takde dalam senarai sebab depa cakap tak sedap..

- abdul hadi abdul muti - said...

dulu masa kat star, ikan keramat tu, gulai asam pedas.haha

IMANSHAH said...

@- abdul hadi abdul muti -
ingat2..tapi makan ikan keramat dapat juga stret A

IMANSHAH said...

@yatie Awang

sengoti kak, tempat ambo pung panggil lakso pene

IMANSHAH said...

@yatie Awang

sengoti kak, tempat ambo pung panggil lakso pene

IMANSHAH said...

@yatie Awang

sengoti kak, tempat ambo pung panggil lakso pene

a kl citizen said...

feberet saya... pantang nampak

cucu umie said...

ayie tak pernah makan..grenty lepas nie pi penang nak rase ah asam laksa penang..huhuh

Citarasa Rinduan said...

johor ada laksa gak..
tapi tulah ada santan..

em.
tahniah jadi warga malaysia

Afida Anuar said...

Ohh..nasi dagang ganu yang femes tu tak masuk eh shah? adehh, depa salah buat pilihan ni.. kekekek

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip bersihkan lining roof kereta

uihhhh mmg terbaikkk aku suka asam laksa niii.... tak kira lahhhh janji asam laksa... caya lahhhh antara terbaik tuuu

muhamad hanif said...

walaupun asam laksa rank-7 terbaik dunia, saya stil tak suka.


masam !!


AHAHHAHAHAHAHAH

Alexandriana Alia said...

laksa johor tak masuk ranking ke? :p

nurkass said...

mmg best asam laksa..buat berbuka pun best

wahida said...

perghh....feveret tu!! sedap!! kan dah terliur!! huhu...

Eazy Izzuddin said...

aaaaaaaa
sedap2....

nabilah_2908 said...

makanan no 1 makanan dari negara man..? :)

soooooour said...

ni ranking based on kesedapan or khasiat???

NzA said...

maggiee asam laksa pn sedap!!!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget