WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, July 27, 2011

AYAH DAN IBU

Bersiaran dari kelas Bahasa Melayu Tingkatan 1R di sekolah Bintang. Imanshah memasang laguAyah dan Ibu dendangan Sudirman. lagu ini sebagai induksi set untuk karangan. Pun boleh.. Mula-mula semuanya menyanyi bersama-sama lagu kegemaran ramai ini. Kemuadiannya masing-masing menyanyi dalam tekak. Tidak kedengaran lagi suara semangat menyanyi. rupa-rupanya ada antara mereka yang menitiskan air mata. Hehe.

Imanshah selalu je pasang lagu ni untuk pelajar tingkatan satu dekat-dekat puasa ni. Bukan apa anak-anak ini pertama kali berpuasa di rantauan. Jauh dari keluarga. Dalam usia 13 tahun dah masuk asrama . Ada yang datang dari tempat sejauh Besut Terengganu dan juga Kota Tinggi Johor. Kalau kita pun tahun pertama puasa sebagai pelajar Universiti pun akan selalu terkenang keluarga di kampung, inikan pula kanak-kanak yang berusia 13 tahun yang naif.

Apapun, kadang-kadang menangani permasalahan anak-anak yang baru meningkat remaja, memerlukan banyak kaedah. Kadang-kadang pendekatan ataupun konsep menyentuh hati melalui pendekatan keluarga sangat berkesan. Imanshah pernah mendekati pelajar yang bermasalah melaui pendekatan sebegini, menyentuh hati mereka dengan jasa ayah dan ibu. Dan Alhamdulillah pelajar tersebut akhirnya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan. Mudah-mudahan juga dalam hidupnya.

Namun, tidak semua pelajar memiliki latar belakang yang sama. Kadang-kadang ada pelajar yang memang keras dan tak makan saman. Maka kaedahnya pula lain. Yang pasti masing-masing sebagai guru memliki tanggungjawab yang besar. Dekatilah pelajar anda.Mungkin kalian boleh mengubah mereka.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

17 GENTA RASA:

- abdul hadi abdul muti - said...

alah,kenape cikgu tak record?mesti best kalau pasang masa diorang form 5 nanti.haha

Kakzakie said...

Kalau dah nama pun cikgu memang punya credibility masing-masing membantu anak muridnya...

sarah-najwan said...

molek p&p gini..bole apply..pastu rakam..heheh

nabilah_2908 said...

terint ms 1st time berpuasa jauh dri family...

terpaksa berbuka puasa tepi jalan..sbb tertinggal bas...

bila tgk rumah2 berdekatan....hati mula la sayu terkenang family...makan sambil menangis.. :)

cucu umie said...

hehe..terkenang ayie mse dekt asrama takkala di form1..tapi bila dah nek form.. mcm biase2 shje..

wahida said...

rindu ngan arwah ayah...

h A n Y S said...

terngiang2 pulak bait2 lagu arwah sudirman tu.. alahai..rindu arwah abah..

nur aisya humaira said...

teringat zaman study dlu...puase jauh di utara....tanpa family disisi...hoho

Un Phat Lee said...

aduh.gua lagi sedih nih...

NzA said...

bukan anak2 semuda itu je boleh nangis, mak budak ni pn boleh banjir tau,......hu.hu.hu....

ILA HonEyBuNNy said...

kadang2 penat jugak nak layan kerenah pejar neh...huwawaw

gadisBunga said...

sya tak suka nangis-nangis.

sebab mmg naturally saya senang nangis pun...

adrenalina said...

insaf....betapa masih byk lagi kekuranganku sebagai seorang guru... syabas imanshah! teruskan perjuanganmu sbg guru dan teruskan memberi inspirasi kpd org lain

Hana Soffelia said...

Teringat masa sekolah dlu2. Cikgu pun suka pasang lagu ni. Memang sayu sgt2..

Cheq Sue said...

kalau pasang lagu ni dalam kelas cheq sue...cikgu hk ngisak dulu...budak2 x paham

Afida Anuar said...

Aduh...yang tak dengar lagu tu, tp baca entry ni pun nangis gak, cemane shah? hu hu...

teringat kat mak ayah....

iKhRam said...

nakal ek cikgu imanshah nie..

nak jadi aznil ek..?? bg orang asyik nangis2 jer.. hahaha

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget