WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, July 17, 2011

BAGAIMANA SUBUH KITA?

Salam hujung minggu. Nampaknya sudah dua minggu berturut-turut Imanshah tak dapat menikmati hujung minggu yang sempurna. Pagi ini bersiaran dari Mahallah Mariam, Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM). Untuk apa?? Seperti biasa kalau tak hoki, mesti debat. Kali ni Interschool Debating Championship 2011. 

Sedikit masa lagi azan akan berkumandang menandakan waktu subuh akan tiba. Selalunya beginilah bila bertukar tempat tidur, mata sukar untuk dilelaplan. Namun bukan ini persoalan yang hendak dicetuskan. Imanshah masih terkenang zaman persekolahan, zaman kampus sehinggalah zaman sewaktu di awal-awal alam kerjaya. Apabila tiba sahaja waktu subuh, maka hati tanpa dipaksa, kaki dengan rela akan melangkah ke surau atau masjid untuk menyahut panggilan ilahi. Teringat lagi sewaktu zaman persekolahan, walaupun pada mulanya paksaan dari ayah untuk menunaikan solat berjamaah di surau, namun akhirnya paksaan ini bertukar kepada kebiasaan. Dan ditambah lagi apabila Imanshah menjejaki kaki ke asrama, rasanya tidak pernah nama dicatatkan akibat ponteng solat subuh berjamaah.

Begitu juga apabila menginjak ke alam pengajian tinggi, kebetulan bilik Imashah dekat dengan surau. Dan Imanshah juga terlibat dengan usrah. Maka antara tempat yang menjadi tumpuan dalah surau dan masjid. Bergerak ke fasa baru dalam hidup iaitu alam kerjaya. Sudah tentu memegang jawatan sebagai warden memerlukan Imanshah setiap hari berada di surau pada jam 5.30 untuk berjemaah selain daripada tugas mengejutkan para pelajar. Terasa dekatnya diri dengan Allah.

Namun, sejak akhir-akhir ini setelah tidak lagi menjadi warden, rasanya semakin lama semakin jarak masjid dan surau untuk solat subuh berjemaah. Rasa sesuatu yang hilang dalam hidup apabila tidak menunaikan solat subuh berjemaah. Entahlah, disebabkan kesibukan ataupun keletihan. Semoga diberi kekuatan untuk terus menjadi tetamu Allah di rumah-Nya. Semoga kehadiran Ramadhan yang akan tiba nanti menjadi wadah untuk kembali mengimarahkan rumah-Nya.
” Sesungguhnya salat yang paling berat bagi orang munafik adalah salat Isya’ Dan salat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

Aik, shah menetap di mahallah maryam? bukan mahallah perempuan ke tu? saya dulu duk kat mahallah safiyah, seblah pintu pagar utama tu;)...cantik kan UIA? he he

PS: tak sure pulak hadith atau apa, tapi zaman nabi dulu, Baginda nak bakar rumah sape2 yang tak solat berjemaah di masjid/surau... Alhamdulillah...didikan dari ayah shah dulu2 berjaya mendidik utk solat berjemaah...harap dapat kekalkan hingga akhir hayat, hatta tak jd warden pun lagi;)..

btw, pi la solat berjemaah di masjid UIA, cantik masjid dia, imam dia pun mantap.

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip pasang audio sound sistem kereta

Berikut ini adalah kajian daripada berbagai dalil samawi tentang fadhilah (keutamaan) shalat shubuh.

1. Shalat shubuh memelihara setiap muslim

عن أبي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:من صلى الصبح فهو في ذمة الله رواه مسلم.

Rasulullah SAW bersabda, ”Orang yang melakukan shalat shubuh, maka dia berada di dalam perlindungan Allah”. (HR Muslim)

2. Shalat Shubuh Setara dengan Qiyamullail

من شهد العشاء فكأنما قام نصف ليلة, ومن شهد الصبح فكأنما قام ليلة رواه مسلم.

Orang yang ikut shalat Isya’ (berjmaaah), seolah-olah telah shalat setengah malam. Orang yang ikut shalat shubuh (berjamaah), seolah-olah dia telah melaksanakan shalat sepanjang malam (qiyamullail). (HR Muslim)

3. Shalat Shubuh Menyelamatkan Pelakunya daripada Api Neraka

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لن يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس وقبل غروبها رواه مسلم

Tidak akan masuk neraka seseorang yang shalat sebelum terbit matahari (shalat shubuh) dan sebelum terbenam. (HR Muslim)

4. Shalat Shubuh Memasukkan Pelakunya ke dalam Syurga

من صلى البردين دخل الجنة

Orang yang melakukan shalat baradain (ashar dan shubuh) masuk syurga

5. Shalat Shubuh Dua Rakaat Lebih Baik dari Dunia dan Segala Isinya

ركعتا الفجر خير من الدنيا ومافيها رواه مسلم

Dua rakaat shalat Fajar (shubuh) nilainya lebih baik daripada dunia dan segala isinya (HR Muslim)

6. Shalat Shubuh Disaksikan oleh Malaikat Malam dan Malaikat Siang

رَوَى التِّرْمِذِيّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَة عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي قَوْله, ” وَقُرْآن الْفَجْر إِنَّ قُرْآن الْفَجْر كَانَ مَشْهُودًا ” قَالَ: تَشْهَدهُ مَلَائِكَة اللَّيْل وَمَلَائِكَة النَّهَار هَذَا حَدِيث حَسَن صَحِيح.

Abu Hurairah radhiyallahi’anhu meriwayatkan dari nabi SAW tentang ayat [wa quraanal fajri inna quraanal fajri kaana masyhuda]: Shalat shubuh itu disaksikan oleh malaikat malam dan malaikat siang”. (HR Imam At-Tirmizy)

At-Tirmizy mengatakan bahawa riwayat hadits ini hasan shahih.

وَرَوَى الْبُخَارِيّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَة عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فَضْل صَلَاة الْجَمِيع عَلَى صَلَاة الْوَاحِد خَمْس وَعِشْرُونَ دَرَجَة وَتَجْتَمِع مَلَائِكَة اللَّيْل وَمَلَائِكَة النَّهَار فِي صَلَاة الصُّبْح

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda, ”Shalat berjamaah lebih diutamakan dari shalat sendirian dengan 25 darjat. Malaikat malam dan malaikat siang bertemu dalam shalat shubuh (HR Bukhari)

7. Orang Yang Shalat Shubuh Akan Mendapat Cahaya Terang di Hari Kiamat

قال صلى الله عليه وسلم: بشر المشائين في الظلم إلى المساجد بالنور التام يوم القيامة رواه الترمذي وا بن ماجه

Rasulullah SAW bersabda, ”Berikan kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan kaki di kegelapan malam menuju masjid, bahawa mereka akan mendapatkan cahaya terang yang sempurna di hari kiamat”. (HR Tirmizy dan Ibnu Majah)

8. Orang Munafik Merasa Berat dan Malas untuk Shalat Shubuh

وإذا قاموا إلى الصلاة قاموا كسالى يراؤن الناس ولا يذكرون الله إلا قليلا

(Orang-orang munafik itu) bila melakukan shalat, melakukannya dengan malas. Mereka berlaku riya di hadapan manusia dan tidak mengingat Allah kecuali sedikit

Siti Mashitah Saidin said...

pernah baca hadis tuh.. :)

Fyqa said...

:)

NzA said...

yg baik terus kekalkan n yg xelok cpt kita tinggalkan....

k e y r i said...

suka entry ni. :)

Un Phat Lee said...

oh cikgu dah stop jadi warden ea.

pha is said...

terasa diri ini... terima kasih atas peringatan...

delarocha said...

dushhh tepat ke btg idung sendiri.. subuh paling liat untuk dikerjakannnn

Miecyber said...

Hari ini Subuh di bilik jer...

- abdul hadi abdul muti - said...

Rasanya, boleh cuba ni. Sebelum tidur,kena pasang and doa dekat Allah yang kita nak bangun and sembahyang berjemaah subuh.

adol ihsan said...

SAlam..

Uhuhu.. teringat pulak zaman di asrama, memang tiap pagi turun ke surau sembahyang subuh brjemaah.. :)

Terbelog said...

waktu plg ngantuk subuh
tp solat tu wajib :0

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget