WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, July 28, 2011

BENAYOUN DIEJEK KERANA YAHUDI


CHELSEA telah menghantar surat aduan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung gangguan berbentuk perkauman terhadap pemainnya, Yossi Benayoun pada aksi persahabatan menentang Pilihan Malaysia di Kuala Lumpur minggu lalu.
Pemain Israel itu diejek dan disiul oleh penyokong-penyokong tempatan sepanjang berada di atas padang pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu.
Chelsea pada mulanya tidak membuat bantahan segera selepas perlawanan kerana mereka tidak pasti apakah punca sebenar Benayoun diberikan layanan tersebut.
Namun mereka kini membuat keputusan untuk menghantar aduan tersebut setelah mendapat gambaran sebenar daripada para penyokong Chelsea di negara ini tentang insiden tersebut.
“Kami ingin mengesahkan bahawa kami telah menghantar surat aduan rasmi kepada FAM berhubung layanan buruk diterima Benayoun pada aksi Khamis lalu (21 Julai).
“Biarpun tidak membabitkan keseluruhan penonton, kebanyakan mereka pada malam tersebut melakukannya. Kami percaya Benayoun menjadi sasaran sebahagian penonton kerana isu anti Yahudi,” kata kenyataan Chelsea awal pagi tadi.
Tambah kenyataan itu lagi, tingkahlaku para penonton tersebut telah menyinggung perasaan pemain itu dan langsung tidak boleh diterima dalam sesuatu perlawanan bola sepak.
“Setelah mengambil masa untuk menimbang segala sudut berhubung isu ini, ternyata satu aduan rasmi perlu kami lakukan.
“Sepanjang berada di Malaysia, secara keseluruhannya kami telah mengalami satu pengalaman yang cukup positif untuk jelajah pramusim ini.
“Namun agak memalukan apabila sikap segelintir penyokong ini menjadikan ia turut terpahat dalam memori kami,” jelas kenyataan itu. MYNEWSHUB


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

wahida said...

alah...itu pun nak sentap...yg yahudi asyik nak mengguris hati dan perasaan umat Islam ada dorang fikir?

IMANSHAH said...

@wahida

i setuju dengan wahida

cucu umie said...

hauhaua..mereka orng putih apa thu tntg perkara ini abg iman.. aishhh... sentap lh sgtkn..

Hiz'da said...

masalahnya bukan semua Yahudi jahat.. itu zionis..
suka ke kalau kita pegi luar negara nanti kene ejek sbb org bg alasan..
Melayu suka merempit, menagih byk masalah.. bla2..

IMANSHAH said...

@Hiz'da

kalau p aussie tu siap2 hang kena ludah en harinn

IMANSHAH said...

@Hiz'da

kalau p aussie tu siap2 hang kena ludah en harinn

Miecyber said...

Nasib dialah, itu pun nak mengadu...Mana ada body contact pun Apa raa yahudi manja nie...

diana said...

PADAN MUKA..
BIAR DUNIA TAU MALAYSIA
TAK SUKA DENGAN YAHUDI.

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

eleee....yang yahudi anti islam takpe plak. cocok kang.

alif haris said...

kita bo0o0 benayoun ramai2 ~

alaa dorag geng yahudi ape tahu tentang perasaan kita ..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget