WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, July 6, 2011

BERSIH 2.0 AKAN DIADAKAN DI STADIUM MERDEKA


Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) akan mengadakan perhimpunan secara aman di Stadium Merdeka di sini pada hari Sabtu ini seperti yang dirancangkan.
Perhimpunan itu adakan diadakan mulai jam 2 petang dan dijangka berakhir dua jam selepas itu.
Demikian pengumuman oleh jawatankuasa berkenaan yang diwakili oleh pengerusinya, Datuk S. Ambiga pada sidang akhbar sebentar tadi.
Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya berharap pihak polis tidak akan membenarkan penganjur perhimpunan Bersih 2.0 menggunakan Stadium Merdeka.
“Elok mereka (Bersih) pakai sahaja Stadium Shah Alam,” katanya yang turut disokong oleh pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.
Semalam, Ambiga memberitahu akan tetap akan diadakan pada hari Sabtu ini, cuma ‘bertukar’ lokasi dari jalan raya ke stadium.
Keputusan itu dicapai selepas mengadakan pertemuan dengan  Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Jawatankuasa Bersih 2.0 yang terdiri daripada Ambiga, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, semalam.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk membenarkan jawatankuasa Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan secara tertutup di stadium demi kebaikan semua pihak agar tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
“Pergi secara aman, berhimpun secara aman dan bersurai secara aman,” kata beliau.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

Cik SHiNJU said...

Stadium bersejarah akan mencatat sejarah baru nmpk gayanye..

Syukur mereka tukar venue..Kesian
peniaga bangsa kita di sekitar Jln TAR tu kalau dorg teruskan rancangan asal...

Kalau nak wat kat jalanan gak,suh Ambiga buat kat Little India,amacam?

gadisBunga said...

saya neutral, tapi tetibe rasa setuju dgn cik shinju.

*cameron highland tu idok le jauh bebenor dari ipoh cikgu oiiii~

NzA said...

moga aman la....

alif haris said...

abeh sesak la stadium gamaknye ^^

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget