WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, July 26, 2011

BILA IMANSHAH MAIN NETBALL

Hari ini, penat sedikit dari hari-hari yang lain. Hari ini bertempat di SMK JJ guru-guru penasihat sukan dan permainan telah pun mula diberi kursus perlaksanaan 1 Murid 1 Sukan. Biasalah kementerian, nak laksanakan dasar, cekgu-cekgi mesti diberi kursus. Nak bagi kursus depa bagi le  makan. Itu yang penting. Hehe, tinggal sekolah sehari dua, tu belakang kira. Boleh le pulok gitu ye. Tengah-tengah budak-budak nak menghadapi peperiksaan, selalu je deme ni panggil pergi kursus, awal-awal tahun masa tengah berfoya-foya idok le deme nak panggil. 

Eh-eh maroh ke abang shah?? Idok, tegur-tegur sayang gitu kan.Tak salah kan PPD juga, deme dapat arahan dari JPN.  Apapun, teman nak ceghita sikit pasai kursus ni. Sebenornya ada tiga hari kursus ni diadekan, cuma teman terkena slot hari ni sebab ada sukan hoki. Lepas tu ada juga sukan-sukan lain hari ni seperti bola jaring, bola tampor dengan bola baling. Ke empat-empat slot ini wajib diikuti, termasuk lah bola jaring. Wah, mak dapat ilmu baru nyah. Juru letih bola jaring. Apakebendanya semua tu, idok le teman faham. Ada GA, ada WA, ada C. Jenuh dema terang kat cikgu-cikgu lelaki, haram idok teman paham peratoran netball ni. Susoh benor oghang perempuan main netball. Kepit-kepit je nengok. Bila penceramah tanya apakah GA, apa susoh teman khabor je lah, GURU AGAMA. Idok pun apa WA? Teman khabor je lah Warden Asrama.. Kehekeh. C pulok..itu CLEANER. Lawak dok?? Kire buleh le mengembalikan suasna suram dan muram bila penceramah bukok mulot.

Tang makan memang tak buleh lawan. Sedap sesaja kalau pergi kurus ni. Teman memang suka gulai nenas ikan kering. Sedap bebenor. Sesi petang pula diadakan prektikal. Semua permainan kami cuba. Teman idok mencuba main netball, takut benor kalau kena tukor suara. Yalah jadilah suara pempuan sekejap..Hehe. Tapi yang paling best bila sesi main bola baling. Walaupun teman idok pandai main menean ni, teman cuba jelah. Seronok juga. Tambah-tambah saiz teman yang kecik ni senang je menyusup. Teghobang oghang peghak kate. Sukan hoki ngan bola tampar tu teman biase main. Jadi takde masaelah sangat. Keluar juga peluh jantan teman Ye lah, almaklumlah matahari atas kepala , kami cekgu-cekgu disuruhnya main tengah padang. Berpeluh semua, keluar peluh jantan, peluh pempuan dema semua. 

Akhirnya jam 4.00 petang kami pun dilepaskan pulang. Cewah macam buat karangan lawatan le pulok. Kami pulang dengan perasaan letih dan gembira.  Tapi di sana teman nengok ada satu cekgu bangsa C*** yang idok pandai cakap Melayu. Sinseng sluor pun die tak paham, macam mane le dia mengajor ye. Pelik juga kami, bagaimana dia boleh diterima menjadi seorang guru kalau Bahasa Melayu pun dia tak paham. Sedih sebab masih ada warganegara kita yang tak boleh berbahasa Melayu. Balik bukan sebarang balik, balik nanti kena le buat koje. Ok babai.


Teman idok sempat nak ambik gambar. Sekeping pu jadi lah. Ni sewaktu buat latihan bola baling. Jangan baling atas muka teman udoh.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

Citarasa Rinduan said...

cikgu.......
ayu nak komen tang nanas ikan kering tu..

peberat ayu gak....
kalau makan nasi dgn lauk tu.. boleh tambah nasi tau...

ckLah said...

Dulu pernah ckLah hadiri kursus kejurulatihan bola keranjang....3 orang je guru Melayu. Penceramah jurulatih dari negara China yang tak reti berbahasa Inggeris. Haru...

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduan

sama le feveret kte, tambah nasi jawabnya

cucu umie said...

nasib cikgu sukan..apcal lah abg iman tak main shje netball tu..gagaga

nyanyisunyi said...

tetiba rasa lapo lah pulak teringat gulai nanas dgn ikan masin@kering..satu menu yg lama dh tk buat..

p/s cikgu yg tk reti ckp Melayu tu suh je berhijrah ke Cina...hehhe

azwa amani said...

cikgu kena belahar sumer bende kan.

Cheq Sue said...

cheq sue pun tak reti nak main bola jaring nih...
**poyo

sayangsayangibu said...

wah..best main bole jaring..suka..suka


esok anak dara akak kata ada lawan bola sepak dengan pelajar lelaki kelas dia
hahahahaha..tak dapek omak nak bayangkan

asraf osman said...

hehe,,gambar abg main takde ke??;p

adrenalina said...

hahaha...mesti seronok tgk ckgu imanshah main bola jaring.sekali sekala mencuba yg luar biasa pun xsalah kan...

sarah-najwan said...

negeri teman xde la pulok kusus2 gitu..teman teringin nok belajo..keh3..

ini teman juruletih olahrage tau..kureng ilmu bab tu..kalu ade kusus gini..teman minat nak pi..
barulah kalu nk latih budok tu..balapan atau padang..teman terer la..hehee

siti murni said...

hehehe..terbalik sudaa...cikgu lelaki pun kena belajar pasal netball yer..hehe....

Afida Anuar said...

Guru Agama, Warden Asrama, Cleaner... hahaha memang terbaik shah...

ohh, saya tak pandai main netball, tak pernah main pun sebenarnya..err..ok sekian selamat malam.. hehe~

NzA said...

serentak kot dipanggilnya kursus cz cikgu sk akak pn kena p hr ni..mesti comelkan tgk org lelaki main netball.....suka!!!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget