WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, July 20, 2011

KONTREVERSI VIDEO KLIP "KARMA" FAIZAL TAHIR



Baru-baru ini
Imanshah ada terbaca dalam satu ruangan akhbar berkaitan dengan satu video klip Faizal Tahir yang berjudul Karma yang dikatakan menunjukkan keganasan yang melampau. Video klip ini bercerita tentang bagaimana seorang ayah yang telah melacurkan anak gadisnya akhirnya telah ditangkap dan dipenjarakan. Selepas tamat tempoh penjara, akhirnya beliau telah dibebaskan. Kepulangannya disambut oleh si anak tadi. Si bapa telah memohon maaf kepada anaknya. Malangnya si anak telah membunuh si bapa pada hari tersebut.

Imanshah berpendapat adengan ini bukanlah keterlaluan jika dibandingkan dengan aksi-aksi pembunuhan lain di kaca-kaca televisyen dan juga layar perak. Kalau kita melihat negatifnya maka yang akan kita fikirkan adalah negatif. Namun jika kita melihatnya dari sudut positif maka pastinya ia akan kelihatan positif. Mengapa sanggup menjual darah daging sendiri semata-mata untuk menampung kehidupan. Dan inilah realiti yang saban hari berlaku dalam kelompok masyarakat kita hari ini.

Pada Imanshah, FT hanya menyampaikan mesejnya dalam bentuk yang lebih kreatif untuk kita menilai sejauh manakah tanggungjawab kita sebagai bapa dan ketua keluarga telah kita laksanakan. Sekadar pandangan saya yang begitu naif tentang dunia hiburan tanah air yang sememangnya jarang saya pedulikan.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

31 GENTA RASA:

nurkass said...

emmm..tak tgk lg..mcm best jek..

gadisBunga said...

FT best!!

::FAIZ FARISH:: said...

kalau org fikir negative, negative la jadiknya... kalau positive.. positive la jadiknya

sarah-najwan said...

FT terbaeeekkk...akak suka ngan cara dan nyanyian FT...

video klip tu pun akak tgk masa tyg kat tv..mmg byk nilai moral dan kemanusiaan itu...kita kene fikir yg tersirat hasil dr video itu..bukn tgk keganasannya..

dan lagu karma...besttttt..

Kakzakie said...

Kakak rasa perlu tahu masyarat tentang ini semua. Keruntuhan akhlak org yg sepatutnya menjadi pelindung kian berleluasa....

Dlm hati kakak kata "padan muka" sebab kalau Islam hukumnya bukan penjara tapi rejam sampai mati!!

Hana Soffelia said...

Setuju dgn Imanshah..

a kl citizen said...

bagus idea dan persembahannya

- abdul hadi abdul muti - said...

ok je video clip dia. plus, yang director video ni bukan FT pun. Kesian director video clip ni, dia yang buat, FT yang dapat nama. huhu

MerLe said...

x tengok pn lg.. tp suka FT

Citarasa Rinduan said...

belum lagi lihat video FT..

alhamdullilah, blog cikgu dah okey...
syukur

khaifaiz said...

Stuju dengan cikgu... Positiflah yg patut dilihat...

yatie Awang said...

betul tu, berfikir yg positif tentu kita akan mendapat yg positif juga begitu juga sebaliknya

alif haris said...

betul ..
jika pndang dari sudut positif ,kita akan nmpak yg positif la ..
jadikan pengajaran :)

Asyieq-iN Rkey said...

best je...ala kejam sket je rasenye...kalau dalam filem leh time nape tak dalam vdeo klip kan

sahromnasrudin said...

video klip tue tak salah..yang salah penafsirnya yg sgt jumud fikirannya huhuhhhh

siti murni said...

yup..pada saya biasa saja clip tu. terpulang pada tafsiran seseorang....yang ganas lagi pun banyak...

makdara TERdiva said...

FT memang selalu kontroversi..nama pun dah dkt2 dgn nama MDT..haha!

diana said...

tak tengok pun...
video klip yang selalu kuar kat astro tu ke??

NzA said...

trkdg saja2 nk buat isu.....padahal cerita lain lagi dasyat...

p/s: blog dh ok ek dik...

wahida said...

suka FT kalau dia rambut panjang..hehe..

eh, ada kena mengena ke ngan n3 ni?

iKhRam said...

hahaha..
kalau la semua peminat FT ni yg bagi komen.. mesti byk yg menyangkal apa yg akhbar tu cakap..

apapun
ok jer..
setiap karya tu apsti ada sentuhan kreativiti.. yg tak terlalu streotaip..

jd usaha ni patut kita nilai dari aspek estetika dan faktor persekitaran..

aiman fanboy k-pop said...

alahaiiii...ni pon nak jadi kontroversi.......

Dinas Aldi said...

akak suka bangat suara FT, grrr! :D

adol ihsan said...

SAlam..

Nak try tengok video klip nye.. Tu la, dalam arena hiburan ni susah juga nak jaga sensitiviti pelbagai pihak..

:)

Cik SHiNJU said...

Pernah tgk skali dulu...
Kenapa klip video artis2 barat yg terkadang tu lagi ganas slamber jek kuar tb... x paham tol la...

Kapten Atok said...

gulp. mlm ni wajib tgk ni

Afida Anuar said...

Hurmmmm...macam mana eh..kalau kita bayangkan berada kat tempat si anak...nauzubillah.. mungkin jugak kita akan lakukan hal yang sama. Saya rasa FT cuba membayangkan mcm tu kot..tp bapak dia dah mintak maaf..kesian la pulak...hu hu.

Eazy Izzuddin said...

pergh!!
xD

cucu umie said...

betol ckap bro..kalo tgok video tu and mind set kearah ngtif..memang fikirn negatif ah..

h A n Y S said...

itulah mentaliti org melayu..lebih suka pandang suatu perkara dr sudut negatif..

Azmer Lias said...

xketerlaluan rasanya vidclip ni...
depend pada individu tu sendiri cmne.
huhu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget