WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, July 3, 2011

BUKAN LELAKI LEMBUT

Mohon maaf seharian tidak sempat menjenguk HOK SENGOTI. Ada urusan seri paduka baginda yang perlu disiapkan. Apapun Imanshah tinggalkan blog ini pada malam ini tidak sepi dengan sedikit cerita program yang Imanshah hadiri malam tadi. Jamuan Makan Malam OBW 2011 di padang sekolah. 


Para pelajar yang nantinya bakal bergelar "OLDBOYS" sedang menikmati jamauan. Tahun-tahun terakhir di Sekolah Bintang. Selalunya momen sebegini ditunggu-tunggu oleh mereka kerana makan"free" di tengah padang.


Persembahan dari bekas pelajar mengembalikan nostalgia masing-masing 20 tahun yang silam.


Hurm, seperti biasa, gambar senyum nampak gigi. Iklan DARLIE. Saya yang tengah itu seperti biasa kelihatan muda dari usia. Hehe, jangan marah na, saja nak "jual" diri sikit.


Seterusnya menemankan budak-budak membuat "sand art". Sesekali mencuba permainan wanita kan. Hehe. Jangan salah sangka, bukan lelaki lembut, tapi semuanya keras. Hehe. Selalu memegang kayu hoki sahaja, sesekali mencuba permainan wanita.huhu. Cikgu nya yang suruh. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

22 GENTA RASA:

zarazueyin said...

x lembut la...
nk juga tgk kreativiti lelaki buat sand art tu :)

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

gambar cikgu buat sand art tak tunjuk ke...

Wassalam

white rose said...

wah...
putihnye gigi darlie tu...

kakaka...

Kalamhati said...

suspen je tajuk..hehe

setakat main tu, tak lembut pun..hehe

IMANSHAH said...

@Rozali

wsalam, saya tak berapa reti

IMANSHAH said...

@Rozali

wsalam, saya tak berapa reti

IMANSHAH said...

@Kalamhati

haha suspen ye..kahkah, saja sekali sekala nak gimik

Blogberry Emry said...
This comment has been removed by the author.
Blogberry Emry said...

dapat merasa OBW sekali je la dlu huhu

nur aisya humaira said...

part paling best bergelar student, aktiviti akhir sblm tamat sek...moment yg kekal jdi ingatn...:)

adrenalina said...

haha...cikgu suruh pun tp mcm bersemangat jer diaorg tgh buat sandart tuh..

Rozuan Ismail said...

old boys weekend sekolah wan bulan 4 hari tuh.dah lepas.huhu

Cik SHiNJU said...

muka jambu,hati legend! :P

Alang Ridhwan said...

salam cikgu.. kasi cerita detail ckit OBW tahun nih.. cer citer.. cer citer..

Afida Anuar said...

Putih bersinar gigi haaa, pakai ubat gigi cap apa shah? he he;)

yatie Awang said...

kalau bab makan mesti best kan

IMANSHAH said...

@Blogberry Emry

xdapat la, tak ikut sangat, datang dinner je

iKhRam said...

hahaha.. sand art..
mcm best je .. idea yg baik tu..

najihah sahami said...

mak aih..rajin tu...hahhhaa..:)

nurkass said...

amboi sengih lebar nampaknye..emmm..dah makin tembam rupenya..hehe

iPai said...

lembut kaa ? dok eh .. ni universal .. sapa2 leh main benda ni .. uhuh

Azham Vosovic said...

comel je buat Sand Art hehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget