WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, July 5, 2011

DATO' SITI NURHALIZA MENEMBAK GUNA M 16

Kalaulah orang lain atau askar biasa yang memegang M 16, mungkin ianya kelihatan seperti gambar biasa sahajakan. Namun apabila selebriti seperti Dato Siti Nurhaliza memegang M 16 dalam uniform tenteranya, ianya merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat beliau. Walaupun Imanshah bukanlah seorang fanatik Dato Siti namun sekadar berkongsi gambar Dato' Siti Nurhaliza sedang memegang M 16 sewaktu menjalani latihan menembak.


Dato' Siti merupakan antara beberapa selebriti yang menyertai Askar Wataniah selain daripada Lisa Surihani, Ana Raffali, Saheizy Sam dan Aizat. Hurm, kita bila lagi ye nak sertai Askar Wataniah. Sekadar terkenang dua tahun lepas Imanshah pernah menjadi guru penasihat kadet polis dan telahpun ditauliahkan pangkat ispektor kadet. Namun sekarang Imanshah dah berhenti. Sempatlah juga menyertai latihan menembak dan pertandingan menembak yang dianjurkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Bergeletar lutut pegang M 16. Namun, itulah antara pengalaman manis dalam hidup. Yelah arwah ayah dulu memiliki lesen menembak kerana berkhidmat sebagai rela. Selalu juga curi sentuh-sentuh senapang yang tersimpan di dalam biliknya. 

Apapun tahniah buat Siti kerana berani menyahut cabaran. Kepada yang berminat, jagan malu jangan segan, teruskan mendaftarkan diri dengan askar wataniah. Moga-moga ada sedikit jasa dan peranan kita di situ dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

Kakzakie said...

Kakak bukan teringin masuk wataniah tapi teringin pegang M16 dan menembak cikgu:)

nabilah_2908 said...

bagus la... :)

mungkin lepas ni mulut2 yg memperlekehkan aktiviti ni..akan terdiam... :)

Kalamhati said...

hebak tok ti kito..at least dia berani amik cabaran..=)

cucu umie said...

ayie tidak berani lg walopon dekat sekolah sememangyer bkn ahli kadet polis..huhu

NzA said...

askar yg jelita......

nurkass said...

teringat masa zaman sekolah dulu masuk wataniah..merasa pegang M16..

cik paja hanim said...

sy penah menembak guna m16 ni jugak..best tapi lenguh woooo..terbaek!

adrenalina said...

wah bersemangat lagi dato siti menembak... =)
dulu pernah pegang M-16 masa kolej PALAPES yg kat universiti buat hari terbuka...nang hebat

Andrik McVean said...

is it real or just an act?

siti murni said...

Saya pun teringin jugak lah..tapi tak tau lah larat ke tidak nak angkat senapang tu...

nelly said...

wah , hebat !!

Suhami Ahmad said...

bagus siti n rakan artis yang lain ni kan.....boleh menarik minat anak muda joint wataniah ni

iKhRam said...

yezza.. mak iti kita hebat..
dah la sore sedap.. kuat dan gagah pula.. hahaha

ni mungkin salah satu tarikan yg baik keapda masyarakat di luar sana.. tahniah kepada siti..

p/s - lepas ni leh la abg IMANSHAH ajar kitaorang menembak pulak kan..?? menembak jawab kertas ujian pun boleh.. itupun kalau ada petuanyer la.. hahaha

ibuintan said...

usaha yang baik demi menarik lebih ramai golongan muda

affie9 said...

epss... gagahnye datok siti nee.. awas.. awas.. kene tembak karang.. huhu

azly&iejah said...

waaaa...best nya hjah ct...tringat kmbali knangan time mnembak guna m16 kat PLKN...

Petu Boy said...

Mantap Mbak Sitti...

Dean Stark said...

action je tu..

Dean Stark said...

http://waddepak.blogspot.com/2012/01/waddepak-mari-sertai-bloglist-waddepak.html

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget