WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, July 26, 2011

GAMBAR PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA YANG BARU


Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah : 
1)Pontian Kecil di Johor
2) Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka) 
3)Teluk Kemang (Negeri Sembilan) 
4)Bukit Melawati (Selangor) 
5) Pulau Angsa (Selangor) 
6) Bukit Jugra (Selangor) 
                7) Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor)


8) Pantai Pasir Panjang (Perak)

9) Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh  (Pulau Pinang)

10) Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah)

11) Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah)

12) Menara Alor Setar (Kedah)

13) Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu)

14) Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu)

15) Pulau Perhentian (Terengganu)

 16) Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu) 

17) Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan)

18) Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan)

18) Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan)

20)Tanjung Lubang, Miri (Sarawak) 
21) Teluk Bandung, Kuching (Sarawak)
 22) Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak) 
23) Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah 
24) Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang)
25) Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang)
26)  Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang)
27) Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan)
28) Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
 29) Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya 
30)  Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis)

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.
Imanshah terkenang pada tahun 2005 Imanshah pernah sekali menyertai rombongan melihat anak bulan di Pasir Panjang, Perak yang turut dihadiri oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah. Ramai yang hadir pada hari tersebut. Robongan dari seluruh pelusuk Perak hadir untuk melihat kemunculan anak bulan. Sudah tentu tahun ini ramai yang akan tertunggu-tunggu di hadapan telivisyen menyaksikan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja yang baru Datuk Syed Daniel Syed Ahmad membuat pengumuman setelah sabna tahun kita membesar bersama YM Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang telah bersara setelah 22 tahun berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar  Raja-raja Melayu. kalau nak tengok gambar Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu inilah gambarnya..


Maaf kualiti gambornya agak kurang. Nanti bila dah kerap keluar telivisyen InsyaAllah gambarnya akan lebih jelas. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

EE said...

tp x excited mcm dulu klau nak tau tarikh pose atau raya..mgkn dah tgk dlm kalendar n konfim btol..kecik2 ape tau..lps pengumuman bersorak ++ raya...

cucu umie said...

walopon dekt pontian johor tempt tgok anak bulan..ayie tak pernah lg join..haishhh wah dh tukar waja yer penyimpan mohor2 besar.

Afida Anuar said...

Lar... dah diganti orang baru eh... ah rindu la zaman2 kanak2 dulu2, tertunggu2 depan tv nak tengok orang buat pengumuman. (pengumuman raya terutamanya.hehe)...sekarang mcm..dah tak seeksaited dulu..errr:)

shah...selamat berpuasa

sayangsayangibu said...

selamat menyambut dan menjalani ibadah puasa

seronok masa menunggu penguman puasa dan raya lagi lah kan?

Suhami Ahmad said...

betul tu...tiap2 tahun ngadap depan tv tengok penyimpan mohor umumkan tarikh hari raya

Citarasa Rinduan said...

oooh........
namanya Datuk Syed Daniel Syed Ahmad, thanks ya cikgu syer ttg hal ini..

mmg ramai y nak tahu..

NzA said...

thn ni mesti merindui tan sri ibrahim..wajah yg sering ditunggu sejak kecil lg...hu.hu.hu...

HAZWAN17 said...

dah takde la yang lama punya..dari kecik sampai dah besar ni...asik dia jerk..sekarang dah tukar orang pulak erk

Abd Razak said...

Salam cikgu...

Kehadiran Ramadhan sudah dirasai dan rasanya tak sabar untuk meniti hari-harinya..

iKhRam said...

x penah la lagi tgok anak bulan.. slalu dgar je kat tv.. hahaha

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget