WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, July 11, 2011

GULA JE MAMPU

Semalam Imanshah mendapat satu undangan untuk menghadiri kenduri menyambut puasa daripada seorang teman. Eh, ada ek kenduri menyambut puasa. Ada jemputan, kenalah hadir kan, kerana menghadiri jemputan kenduri adalah wajib jika tidak ada aral melintang. Semalam juga Imanshah pertama kali terdetik membawa buah tangan kepada tuan rumah.

Justeru, Imanshah teringat jika ada kenduri, mak akan selalunya membawa gula barang 2 kg ataupun susu dua tin. Lalu Imanshah belikan gula sebanyak 2 kg untuk dibawa ke rumah teman tadi. Semangat ni bawa gula dalam beg plastik. Konon-kononya kita ni macam baik budi lah, orang dah jemput makan, kita bawa lah buah tangan kan. Eh ikhlas lah..memang ikhlas. Sapa kata tak ikhlas.

Sampai sahaja Iamshah lihat ramai juga tetamu. Imanshah seterusnya menyerahkan gula tersebut kepada isteri teman Imanshah. Dia macam tercengang-cengang. Wah mulutnya dengan selamba, memanggil suaminya, Bang tengok Imanshah bawa gula. Hadiah terbaik lah!! Eh tiba-tiba popular la pulak. Semua orang tengokkan kami. Adei dalam hati Imanshah terfikir murah ke hadiah Imanshah bawa kan. Kot-kot orang lain bawa hadiah peti sejuk ke, kereta myvi ke kan. Hehe, sekadar gula 2 kg, apalah sangat.

Bukan apa, mungkin lain tempat lain caranya. Tapi di kampung Imanshah sememangnya gula dan susu merupakan dua barangan popular sebagai hadiah jika ada kenduri (bukan kenduri kahwin). Hurm, tempat kawan-kawan macam mana??





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

Kalamhati said...

Kak wan try doh remove n add smula link imanshah...tgk ghano nnt..

rasonyo tempat kito jah gitu..tempat lain tok beso buat gitu..kak wan rajin jugok bawak gitu..tuan umah pelik sikit la..hehe

NzA said...

hi.hi.hi......tu budaya ore kelate ttp akak tetap bw budaya tu kt johor...ok apa..org respeck...

p/s: akak dh remove link iman n masukkan balik ttp ttp sama la....kena klik kt tajuk blog br boleh masuk....

alif haris said...

same jugak dgn org jawa kt selangor ni :)

bwk barag cmtu untuk tuan rumah ^^..

tp xde la melampau pemberiannya smpai bg kete sebijik ke ape.. haha

Siti Mashitah Saidin said...

kalau kat kedah, kuih bahulu tuh la... hehehe

alif ismail said...

betol333.. kalau kat terengganu dan klantan mmg slalu bwk gula kalau ade kenduri kesyukuran..

owh ade kat ipoh?? bleh lah kuar lepak jom!

yatie Awang said...

kat tempat akak pun sama

orang berbudi kita berbahasakan...

iKhRam said...

sama je bang IMANSHAH...
kat tempat saya orang bawak gula dgn tin susu..

cuma kalau minum petang sebelum kenduri.. mak akan bawak kuih. itupun utk kenduri jiran terdekat

h A n Y S said...

hm..lain negeri, kadang2 lain adatnya..kalau kat tempat sy, xde pulak mak sy bawak apa2, or kalau kami sekeluarga buat kenduri ni, org jemputan pon tak bg apa2..datang jemputan dan tolong gitu2 je.. lainlah kalau kenduri kawen.. =)

nurkass said...

aha..selalunya kalau bawa mcm tu bagi org yg turut bergotong royong utk majlis tu..kalau sekadar jemputan, buah tangan lain contohnya kuih muih..

sahromnasrudin said...

mmg unik amalan nie..sy suka amalan sebegini

iPai said...

eh memang heran ke ? erm .. tak tau plak bagi gula n susu tin ..

gadisBunga said...

makan apa kat kenduri tu? :D

sollehahn.com said...

tpt aku kt johor sama je kot...selalu org bawak gula, susu, bawang...kadang2 ada yg murah hati bawak sampai satu kotak susu...

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

kampung saya kat sabah ni biasa bawak makanan...tak kisah la kuih ke ...tp biasa org bawak kuih atau buah...

but da moden ni ...ada yg bawak puding, cup cake, fruit basket (tempah lak tu)...

tapi apa pun yg penting biar lah ikhlas...
(mak kita kalau kenduri..kasi duit je kalau tak dan wat kuih..)

nurfauzi said...

biasa kalau kat kampung-kampung kat johor (biasanya orang jawa la)
bahan macam gula, susu, tepung ni memang ada yang orang bawak dan bagi. tapi sebelum kenduri berlangsung.

Lagi-lagi kalau kenduri kawin, memang sedara mara akan sedekah barang keperluan asas mcm ni. Beras pun ramai yang bagi. Terpulang la pada orang yang nak bagi tu dia nak bagi apa.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget