WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, July 31, 2011

HOKI ANTARA RUMAH

Lama sungguh tidak bercerita pasal hoki di sini. Dua perkara yang sentiasa menyebabkan Imanshah tersenyum ialah debat dan hoki. Kali ini giliran hoki mengambil tempat setelah HOK SENGOTI sebelum ini banyak bercerita tentang kejayaan debat memenangi Piala Perdana Menteri. Baiklah, sebelum menemui Ramadhan, Kelab Hoki Sekolah Bintang telah mengadakan Karnival Hoki Antara Rumah (interhouse) yang melibatkan penyertaan enam buah rumah iaitu Merah, Kuning, Hijau, Biru, Hitam dan Putih. Alhamdulillah, sepanjang hari karnival ini telah berjaya mencapai matlamat penganjurannya.

Pertamanya, karnival ini disertai oleh semua rumah bermakna kami berjaya mengumpulkan seratus pelajar untuk turut serta bersaing merebut kejuaraan. Kedua, urusetia kejohanan terdiri daripada para pelajar dari aspek pengadil, urusetia, kebersihan, pengangkutan, jadual perlawanan serta minuman. Semuanya diuruskan oleh pelajar. Imanshah hanya datang membantu mana yang patut sahaja. Dan ketiganya selain memupuk semangat sayangkan rumah, ramai bakat-bakat baru berjaya dicungkil melalui karnival ini. Tabik spring kepada urusetia yang berjaya mengelolakan karnival ini. Diharapkan mereka banyak belajar dari aspek penganjuran dan pengelolaan sesuatu aktiviti. Jom, kita kongsi beberapa keping gambar karnival.


Aksi peringkat kumpulan KUNING menentang MERAH


Nah ambik kau RED CARD..Tapi apa salah kami??


Antara penyokong yang hadir. Tak sangka sambutan hangat juga. Budak-budak ragbi, budak bola semua turun main hoki. Semangat rumah katakan.


Akhirnya kemenangan berpihak kepada pasukan RUMAH MERAH setelah mengalahkan RUMAH HIJAU di final.. Tahniah, kepada yang menang, yang kalah cuba lagi tahun depan. Ok babai..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

- abdul hadi abdul muti - said...

green kalah dengan red!!argh!!tidaakkk!!haha. owh, semua student uruskan? bagusnya!! kalau masuk u nanti mesti senang dapat jawatan

cucu umie said...

bukan sellu rumah merah xhebat ker??? haha kalo kt sek ayie lh..

IMANSHAH said...

@- abdul hadi abdul muti -

saya tukng tengok je kali ni..red mmg kuat hoki

IMANSHAH said...

@cucu umie
merah lah kuat dij oiii

Citarasa Rinduan said...

cikgu penasihat rumah merah ker?

Alang Ridhwan said...

wooooo.. djaman saya dahulu xdak pun ini semua... :( btw, smart ah baju bdk2 star skrg..

Eazy Izzuddin said...

dah lama tak main hoki..
xD

Ezay Hadry said...

taun depan pasukan kuning mesti menang..pasukan merah mcm red giant la pulak

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget