WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, July 21, 2011

HUKUM MEMAKAI KANTA SENTUH BERWARNA

Haritu,masa ke Alamanda, aku bersolat lah di surau.tetiba nmpak ade sorang akak cantek.Matanya warna biru,corak macam api2..Rasa nak search, sebenarnya,bole ke dop ni pakai contect lens warna lagi bercorak2? sbb musim rasanya tika ini melihat mata-mata milik wanita mempunyai warna. Rasanya orang melayu, lebih2 lagi jawa cam aku ni susah la nak cari mata besar warna biru ke.hijau ke.kan.

Soal: Apakah hukum memakai kanta sentuh yang berwarna terutamanya bagi wanita?

Jawab:

Di sini kami suka untuk memetik fatwa dari Syeikh 'Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar:

"Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka akan menggunakannya untuk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata. Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita. Walau bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang. Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian and penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan. Dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang."

Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto, berkata: "Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian,
-dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya),
-hajiyyat (keperluan) dan
-tahsiniyat (untuk memperelokkan).

Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia berdasarkan masalih ini. Mengenai hal memakai kanta sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini: Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa? Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia seperti mengubah warna mata. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah. Saya tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa.

Syeikh Saleh Munajjid, seorang pensyarah dari Saudi, pula berkata: "Terdapat 2 jenis kanta sentuh:
1) Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar.
2) Kanta sentuh berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias). Jika dia memakainya untuk suami, maka tidak mengapa. Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan. 

Waallahualam.


Nak cantik,cantik lah.tp jangan berlebihan.susah sgt.pkai aje cemin mata.kan nmpak jugak.:) Ingat, yang cantik perlu disimpan untuk yang paling berhak melihat. Bukan untuk peragaan pada yang tak berhak langsung melihatnya.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

23 GENTA RASA:

norfaridahanum said...

isu contact lens kaler2 nih adalah isu yang saya agak letih nak nasihat org...basic sangat.tapi masih ada yang buat2 tak faham

::FAIZ FARISH:: said...

thanks 4 share

Kalamhati said...

lgpun ia memudharatkan mata kalu tak pandai jaga..baik tak payah la..

Allah bg mata setiap org comei doh..dpt melihat tu dah kira nikmat tak terhingga dr Allah utk kita

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

saya selalu pakai sun glass ajer..he he

Wassalam

gadisBunga said...

nak cantik2 untuk encik suami je nanti~

cucu umie said...

contact lens..bg ayie kalo dh rabun sgt tu pkai jerlh spec..tak perlu lh nak malu2 tunjuk yg memang dh rabun..gpon kalo tidak pandai jge memudrtkan diri kuga pkai contact lens nie.. huhuh

Afida Anuar said...

Larr..pi Alamanda tak ajak.. he he..

Masuk MPH dak Shah? kat ctu la saya selalu lepak2 klu pi Alamanda. Tak sah klu tak singgah MPH.

Hurmmm, itu lah. Mcm dah jadi trend dah skrang. Kdang2 saya tengok orang yang memakai kanta berwarna ni, rupa jadi lain. Mata jd lain. Takut kalau renung dalam mata dia lama-lama.

Berwarna tu satu, sekarang kat kanta siap ada corak2 lagi...adehhh pening2. Yang ramai terpengaruhnya, prempuan la. Sebab nak cantik..Lelaki tak pernah saya tengok pakai kanta berwarna ni.

saiazuan said...

ow, jadi klu girl pki lawa2 (dressing) untuk tarik perhatian lelaki pun dilarang la kan?

NzA said...

rasanya pakai spek lg slamat kot....

sarah-najwan said...

kontek lens tu mg lawa weh..mata mcm minoh salless tuuu..kaler biru butir mato..

memandangkan akak ni kebizian sokmo..dek kepayahan mengurus pakai spek ajolah..xdea nok melawa2 eh dgn kontek lensss tu..eheks..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

Tq info tu...

- abdul hadi abdul muti - said...

takut nak pakai sebab macam sakit

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

agak jakun juga bg sy yang tidak pernah mencuba pakai contact lens. takut kot main dgn mata.:(( haha.

anyways. tq for the info.

yatie Awang said...

tak sakit ke mata masa nak pakai tu...

diana said...

JANGAN SEBAB NAK CANTIK KITA TERLUPA APA YANG BOLEH APA YANG TAK BOLEH..

Mutiara Bernilai said...

~cantik2,,manja2 hanya utk suami neh,, :)

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
generasi nissan sentra

eeeemmmmm cun dimata kepalsuan dihati....

iKhRam said...

selesa jer kot pakai spec ni..
kalau mata rasa letih.. senang jer nak tanggal..

betul tak?

alif haris said...

hehe .. sy tak pakai contact lens .. suah nk bukak .. nk jaga pn payah =,=

sayangsayangibu said...

alhamdulillah mata akak masih baik lagi

makdara TERdiva said...

teringin jugak nak pakai contact lense tu tp rasa macam gayat plak nak jolok2 biji mata sendiri.huhu!

alhamdulilah mata masih terang dan tak rabun lg

rin0x_adz said...

dulu pakai jugak ctc lens..tapi bile makin lame rase mcm pkai spek lagi selamat..kebersihan terjaga..

[sutera kasih] said...

thanks for the info..
xpernah pakai pon, sebab mcm menyakitkan mata sendiri huhu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget