WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, July 24, 2011

IMANSHAH MARAH

Pernahkah saudara-saudari berhadapan dengan situasi membeli sesuatu, tapi kualitinya tak seperti diharapkan? Tentu pernah kan nak-nak kalau membeli durian. Semalam, Imanshah ke pasar malam untuk mencari nasi kerabu. Sekonyong-konyong berada di sana, Imanshah teringin la pula untuk makan durian. Bukan apa, Imanshah terlihat banner yang mengajak orang ramai mengunjungi Bukit Gantang, Taiping kerana ada pesta durian di sana. Katanya ada 50,000 durian disediakan dalam tempoh dua hari.

Tak dapat makan durian Bukit Gantang pun tak palah, janji ada durian Ipoh ni. Maka dengan penuh pengharapan sebagaimana lagu MEnaruh Harapan dendangan Zaiton Anak Pak Sameon, Imanshah mengunjungi salah satu penjual durian di situ. Ada tiga kategori durian bak kata penjual tersebut. Pertama gred A, dijual timbang dengan harga RM 8 sekilogram. Kedua , gred B, 2 biji sepuluh hengget. Dan ketiga gred C, main longgok saja, dua longgok 15 hengget ma. Justeru, mana satu pilihan hati.

Biasalah, orang jaga standard (staement berani mati), tak mainlah gred B dan C ni. Hehe, idakk, alang-alang nak merasa baik pilih yang baik sikit walaupun reganya mahal sedikit. Tambah-tambah buah pun dah hujung. Kalau nengok pada isi yang dipamerkan, kira persis anak dara tran tang-tang la. Kuning, gebu semua ada. Dan Imanshah tak melepaskan peluang, ambil lah dua biji. Mak ai, dua biji pun dah 3 kg. Jumlah semua RM 24 hengget. Durian punya pasal, 24 hengget melayang. Ya, penjal tersebut membukanya, dan memang benar isinya nampak cantik dan menyelerakan.

Nak dijadikan cerita balik dari pasar malam dengan tanpa sabar Imanshah terkam durian tersebut. Aduss, yang eloknya dua tiga ulas sahaja. Yang lain, keras!! Ulang pengumuman KERAS uolss. Sakitnya hati, keras macam ni sesuai buat bubur durian. Sakitkan hati kan. Macam rasa nak bagi 'tendangan percuma' je kat durian tu. Tapi kalau tendangan percuma durian tak apa-apa, kaki Imanshah pula yang terbelah. Full Stop! Sangat marah dengan penjual itew!!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

yatie Awang said...

sabar2 hahaha...kan dah tahu, durian isinya di dalam, tak nampak, yg dipamer tentulah gempak, lain kali makan terus kat situ...kalau tak elok tak payah bayar....hihi

sarah-najwan said...

nak buat camne cikgu..isi duyan tu bukannya nmpk tgk..penjual tu pun xle nk bgtau gak..kira nasiblah beli duyan ni..

xpe..sabar deh..beli hak lain pulok..

insan_marhaen said...

IM selalu beli yang isinya dah pack siap-siap dalam foam. Harga memang mahal tapi berbaloi-baloi...

Afida Anuar said...

Kadang-kadang marah jugak.. tp nak buat macam mana kan?

sabar shah..sabar....;)

kalau marah-marah nanti cepat tua...kekekek..

norfaridahanum said...

xpe xpe...kita fikir positif..penjual tuh pun x tau durian tuh keras kot?

Kalamhati said...

Ambo baco pun maghoh ni!huhu

nok buat ghano..rezeki penjual tu.kbetulan tmpat dia tebuk tu isi molek..huhu

iKhRam said...

sabar-sabar
ni dah macam kesah teluar tembakul kat dalam citer batu belah batu bertangkup..

sabar k?

azwa amani said...

huishhh..memang kena marah ni, tapi sabar yerr... :)

ckLah said...

Makan durian kena 'cool', tak boleh sambil marah...kerana sifat durian it sendiri sudah panas. Nanti meletup kau! Hehe

lillies said...

kalau buat pengat durian antala kat penang ni ckit ekk....hehehe..

nasibla dak ni mmg xleh makan doyan...klu x harusla jadi miss incredible hulk jugakk...hehehe...

sabar yea...

Fyqa said...

haaa kan dh tertipu...

FasiHaH SupiaN said...

huhuhu memang menyirap je lahhh camtu, sabor je lahh melayang duit.huhu

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

buah doyan ni berantuuuu..(he he)
kalau gaduh adik beradik atau dengan jiran kebun atau menebas semasa berbunga...buahnya tak menjadi

Insyaallah...beli yg lain kali nanti mukin eluk kut...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Wassalam

zarazueyin said...

dah terbeli nok wak lagu mano
buak bubur durian aje la :)

Jo Qusary said...

Selalu makan durian on the spot kat sana je... tapi memang byk kes penipuan mcm nie, dan penjual durian sendiri tu tau sebab tu la bila jual durian, taktik diorg selalu bukak durian yg pertama je... kekdg cuma kopek sket kulit durian lepas dah ketuk2 isi durian dgn belakang parang... kalo pergi ke Balik Pulau, cina jual durian sana tak menipu tau... durian yg dia bukak semua elok2.

adrenalina said...

xder rezeki lah tu nampaknya...xper sbr jer lah... mane tau lepas ni ada org jemput gi bekwoh durian pulop ..

Scya Lollita said...

cik scya pun tak suka kalau makan durian beli tp isi keras huh huh huh

sonata anak kancil said...

bawak bersabar....sebab tu kalau saya nak belik durian - saya suruh bukak depan mata saya ! senang kalau tak elok terus tukar....takat ni tak beli durian - orang beri ade le

h A n Y S said...

kalau sy kena bab durian mcm ni, agak marah jugak..nak2 gred A..kalau beli yg longgok gitu boleh la tolak ansur lg..haih..

Citarasa Rinduan said...

tak ada rezeki cikgu..
kasihannya,,
yang saya pulak...
durian terlebih..
nak buat lagu mana?
badan dah panas sbb makan terlebih....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget