WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, July 7, 2011

KELANTAN JUARA LIGA SUPER 2011

Malam ini, akan terjawab segala teka-teki berhubung siapakah yang bakal menjulang Piala Liga Super 2010/2011. Dan pasukan pilihan Imanshah, KELANTAN dijangka akan mencatatkan sejarah baru dalam arena bole sepak negara apabila buat julung kalinya bakal dinobatkan juara liga. Imanshah begitu optimis betapa pasukan THE RED WARRIOR ini tidak akan mampu digugat oleh dua pesaing terdekat iaitu SELANGOR dan TERENGGANU. 

Penentuan kejuaraan liga super pada tahun ini begitu sengit sekali kerana juara hanya akan ditentukan melalui keputusan perlawanan terakhir. Dan sudah tentunya KELANTAN yang memiliki segala kelebihan tidak mahu berputih mata buat kali ke dua selepas gagal memenangi Piala FA setelah tumpas di tangan pasukan tetangga, TERENGGANU dalam perlawanan akhir. Apapun, anak-anak buah Dato' M Kharatu tidak boleh memandang enteng akan keupayaan pasukan Negeri Di Bawah Bayu, SABAH yang akan menerima kunjungan KELANTAN malam ini. Ditambah lagi dengan keazaman penyerang berbisa KELANTAN, NOR SHAHRUL IDLAN ataupun MAT YO, yang mengimpikan anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak Liga Super pastinya perlawanan akan tampak lebih menarik. Apapun, sama-sama kita saksikan sama-ada KELANTAN akan mencatat sejarah memenangi Piala Liga Super buat julung kali atau tidak.



Berikut keputusan perlawanan Liga Super 6/7/2011.


Felda United (2) - (6) Terengganu

Harimau Muda (2) - (2) Johor FC

Negeri Sembilan (2) - (0) Perlis

Pahang (0) - (1) Kedah

T-Team (2) - (3) Kuala Lumpur

Perak (0) - (0) Selangor

Sabah (1) - (2) Kelantan


KEPUTUSAN RASMI :


JUARA : KELANTAN
NAIB JUARA : TERENGGANU
KE TIGA : SELANGOR
KASUT EMAS : ABDUL HADI YAHYA (TERENGGANU)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

5 GENTA RASA:

Miecyber said...

Semugo Kelate berjayo...

Blog Baru >> http://savebudget.net

YUL said...

pasukan kelab pilihan malaysia tiap2 tahun, terengganu ngn kelantan je. tu je yg boleh pergi, haha. yang laen ntah ler

alif haris said...

adoyai selangor seri =.=

Ibnu isa said...

kasut emas hadu yahya kn..

Sally said...

Alhamdulillah..Klantan juara..tapiiiii..menang tak de coti la pulak..huhu

Salam singgah..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget