WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, July 5, 2011

KEMBALI KE PANGKUAN ALMA MATER

Berakhir sudah Program Hujung Minggu Murid Tua atau dikenali sebagai OLD BOYS WEEKEND dalam bahasa Omputihnya. Selalunya beginilah, saban tahun acaranya tetap akan berlaku di Sekolah Bintang. Di mana hari dan waktu mempertemukan semula bekas-bekas penuntut Sekolah Bintang dalam satu wadah yang dinamakan OBW. Mereka bukan sahaja pulang ke pangkuan alma mater yang pernah menyaksikan jatuh bangun dan suka duka mereka, namun lebih daripada itu, membawa pulang semangat setiakawan dan persaudaraan sesama mereka. 

Imanshah tidak ingin mengulas lanjut tentang pro dan kontra program diadakan.  Sebagai seorang guru yang sudah sembilan tahun berada di sini, Imanshah saban tahun untuk cuba menghadirkan diri dalam satu dua acara. Hanya satu tujuan, untuk bertemu dan berjumpa dengan bekas anak-anak didik yang telah meninggalkan alma mater ini. Itu sahaja, walaupun rata-rata yang hadir adalah bekas-bekas pelajar yang sebaya dan agak berusia dari Imanshah, namun ternyata ada juga anak-anak didik yang pernah menerima dan merasa air tangan Imanshah dan rakan-rakan guru yang lain turut kembali ke sekolah.


Kepulangan mereka ke sekolah bukan sahaja ingin bertemu dengan rakan-rakan sebaya, namun juga ingin menjenguk guru-guru yang masih berbaki di sini, yang pernah ataupun tidak pernah mengajar mereka. Sedikit kehampaan di wajah apabila melihat ramai dalam kalangan guru-guru yang pernah mengajar telahpun berpindah ke tempat lain.

Apapun kuntuman senyuman terukir apabila mendengar dan melihat sebahagian dari mereka sudahpun berjaya menamatkan pengajian di peringkat yang tertinggi sama ada di dalam dan luar negara. Bahkan telahpun bekerja dalam pelbagai sektor. Sekurang-kurangnya apabila melihat anak-anak ini berjaya , maka hati turut berbunga. Daripada doktor sehinggalah jurutera PLUS sudah tentulah sedikit sebanyak anak-anak ini turut terhutang budi kepada sekolah yang banyak mengajar mereka erti hidup. Sesekali berbual dan beramah mesra, maka nostalgia lama kembali menerpa. Jika dahulu mungkin ada bahasa yang kurang enak untuk didengar, andai ada rotan menyinggah di kaki dan badan, sesungguhnya itulah pengalaman berada di sekolah kehidupan. Dan cikgu yakin di akhirnya, apabila kalian sudah berada dalam usia kematangan akan menyedari betapa segala tindak tanduk dan perlakuan guru-guru, adalah semata-mata untuk mendewasakan semua.

Kepada yang kurang berjaya, mungkin jalan yang dipilih kurang sesuai, ataupun gagal menguruskan diri bila di IPT, ada sedikit getar dan sesal dihujung kata. Banyak-banyak bersabarlah, mungkin hari ini rezeki tidak meihak kepada kalian. InsyaAllah, Allah telahpun menetapkan apa yang terbaik buat semua. Percayalah, doa, usaha dan terus bertawakkal moga-moga di akhirnya, ada sinar yang menjelma. 

Imanshah sertakan beberapa keping gambar bekas pelajar Imanshah yang hadir memeriahkan Program Hujung Minggu Murid Tua 2011.


Batch 2006


Batch 2008


Batch 2007


Batch 2004

Sorry semua gambar dicuri dari FB masing-masing!! Jangan marah!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

sarah-najwan said...

bagus sbenarnya alumni salu mai skoloh..bule wi motivasi ko junior...

nazmi shaarani said...

sori cikgu x smpat nk jumpa
saya dtg dinner mlm tu kejap je pastu trus ciao..
lain kali ade rezki jumpa lg
insyallah...

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Alhamdulillah ikatan ukhuwwah guru dan murid yang sentiasa terjalin akan menjadi dorongan bagi kejayaan-kejayaan mendatang.

Tiada yang lebih mengembirakan apabila guru mendapat khabar kejayaan murid-muridnya.

Tahniah!
TQ

IMANSHAH said...

@nazmi shaarani

xpa, ada umur panjang kta pasti ketemu lagi

Dinas Aldi said...

memang seronok melawat alma mater :)

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

seronok nyer jadi cikgu, ada orang kenang

Wassalam

Afida Anuar said...

Dah berapa ratus agaknya kan bekas2 anak2 didik shah? bertuahnya....dapat didik mereka semua.....

ibuintan said...

seronokkan mendengar kejayaan mereka... berbaloi usaha guru2nya

cucu umie said...

ayie suka tgok kalo senior2 dtng..mase kt asrama dulu ad pogram bersama senior.. mmeang best sebb ad senoir dripada overseas yg tgh cuty dtng and then bg talk.. dripada isu dpt kongsi pnglman..huhu

iPai said...

betul tuh .. sekolah laa permulaan segalanya ..

terima kasih cikgu ...

nurkass said...

semoga jasa guru akan sentiasa diingati..tahniah buat IMANSHAH..

My Little Diary said...

seronoknya ye bila semua batch berkumpul.... :D

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget