WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, July 23, 2011

KEPUTUSAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 MALAYSIA MENENTANG SINGAPURA



Skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal bakal turun menentang Singapura pada perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia di Stadium Jalan Besar malam ini.
Walaupun berdasarkan statistik dan rekod pertemuan lalu, Singapura di bawah bimbingan Radojko Avramovich menjadi pilihan namun mengikut prestasi semasa anak didik Rajagobal mampu melakar kejutan di ‘kandang singa’.
Kemenangan di Kota Singa malam ini, mustahak buat Malaysia sebagai bekalan selesa pada aksi timbal balik di Kuala Lumpur, 28 Julai ini.
Ia juga sekali gus mampu melenyapkan kritikan dan pandangan sinis Avramovich yang memperlekehkan kemampuan Malaysia menjulang trofi Piala AFF Suzuki tahun lalu.
Malaysia layak ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia selepas menyingkirkan Chinese Taipei di pusingan pertama manakala Singapura mendapat bye.
Dengan peminat yang mengharapkan kemenangan untuk pasukan masing-masing, kedua-dua pasukan kini bersedia mempamerkan persembahan terbaik.
Pemain sudah pasti menghadapi tekanan kerana semua peminat mahukan kemenangan, oleh itu apa jua keputusan, mereka harus bijak mengawal diri semasa perlawanan, yang dianggap perlawanan paling menarik musim ini.
Bagi Singa, kelebihan bermain di tempat sendiri, boleh memberi lebih tekanan, dengan kehadiran ribuan peminat memenuhi stadium, yang hanya mengharapkan kemenangan.
Dengan slogan ‘Malaysia Boleh’, skuad Harimau juga tidak sanggup menghadapi kekalahan pada malam ini.
Perlawanan itu akan ditayangkan secara langsung di Saluran 5 TV MediaCorp pada 7.25 malam.
Semua tiket bagi perlawanan antara Singapura dan Malaysia habis dijual pada hari pertama jualan tiket dibuka pada Sabtu lepas.
Memandangkan hanya 6,000 tiket dijual untuk peminat, beribu-ribu peminat bola sepak di sini dan di seberang tambak gagal untuk menyaksikan perlawanan itu.
Selain disiarkan secara langsung, Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) dan Persatuan Rakyat (PA) turut menawarkan alternatif lain dengan menyediakan skrin besar.
Skrin besar itu akan ditempatkan di padang Sekolah Victoria lama iaitu kawasan bersebelahan Stadium Jalan Besar.
Ini memberi peluang kepada peminat untuk merasai kehangatan sebenar perlawanan itu dan membantu menyemarakkan semangat para pemain dalam perlawanan tersebut. MYNEWSHUB

KEPUTUSAN
MALAYSIA (3) SINGAPURA (5)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

cucu umie said...

tidak tahu mane silapnyer pemain malysia.mcm okay shje mereka main..harap2 mereka bngkit untuk samekn kedudukan..

sonata anak kancil said...

dah 4 - 1 - susahlah nak kejar lagi...walaupun skuad Msia sangat baik tahap Msia...tapi ada lagi yang lebih baik !

insan_marhaen said...

Tunggu tayangan score melalui berita tv sat g.

NzA said...

oooooooooooooooooo...tidak!!!!!

:Cikgu Akim: said...

sangat susah nak kejar..adeh....

adrenalina said...

bedebarnya....hahaha...biarlah msia menang....

sarah-najwan said...

akak tgh layan ni..kemon tiger (pinje status cikgu kalam hati kat fesbuk)..sebutir jah lagi nk pitah tu...hahhahaa

Afida Anuar said...

Aduhh termiss pulak....

jap jap nak bukak tv.. he he

cik pulau said...

keeper msia pegang bola asyik terlepas je..
mencikkk...

huhu..
papepun.. tahniah menang 3 gol kat tempat lawan..huhuh

alif haris said...

harap 2nd leg nnt defender mas menunjukkan aksi lebih bertenaga lg huhu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget